Anakku,
jalan kerikil tajam berliku itu
telah kau lewati sambil mencari hala tuju
tanpa ingin dikongkong
ingin bebas seperti camar
kerana mengikut gelodak jiwa remaja.
Anakku,
andai kau tergelincir
bangkitlah segera
bukalah minda
teruskan sedar dari mimpi fantasi
carilah jati diri
ingatilah pesan ayah bonda
suruhan dan tegahan-Nya
jadilah penguat iltizam diri.
apalah ertinya
engkau menyesali kesilapan dulu
tanamkan azam mengubah nasibmu
tanpa usaha gigihmu sendiri.
Anakku,
moga dirimu selamat dunia akhirat.
jalan kerikil tajam berliku itu
telah kau lewati sambil mencari hala tuju
tanpa ingin dikongkong
ingin bebas seperti camar
kerana mengikut gelodak jiwa remaja.
Anakku,
andai kau tergelincir
bangkitlah segera
bukalah minda
teruskan sedar dari mimpi fantasi
carilah jati diri
ingatilah pesan ayah bonda
suruhan dan tegahan-Nya
jadilah penguat iltizam diri.
apalah ertinya
engkau menyesali kesilapan dulu
tanamkan azam mengubah nasibmu
tanpa usaha gigihmu sendiri.
Anakku,
moga dirimu selamat dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment