Saturday, June 27, 2009

cuti dah nk abis..

hari nie sy tengok ramai budak part 1 daftar...mak bapak diorg dr jauh dtg m'hantr... besar pengorbanan diorg buat ank mereka yg tercinta...ade yg naik moto ade yg naik teksi dn ade juga naik kpal trbang... kpal perang tu, sy rsa x de lg kot... hehe... bdk part 1 tu rasanya kira2 dalam 3 000 org.. uishh ramai gak tu.. harap2 diorg baek2 jer dan rajin blajar...haha..mcm la dlu diorg x baek.. tah2 diorg lg baek drp sy.. yg penting sy lah yg terbaek..hehe..prasan tul.. nk wat camne dh mmg sy dilahirkn menjadi org baek kt dunia nie.. kna terima jer la x kn nk tolak plak kn... haha..

tp bdk2 skang beruntung la sbb diorg x kna ragging dh.. sy pn x kna ragging sbb sy lari drp minggu orientasi..haha.. sy prnh baca dlm novel pasal ragging2 nie..ternyata amat menyakitkan hati dan memalukan tp terselit juga sedikit kemanisan... tp tuk pengetahuan sumer la kn, klau orientasi tu mendatangkn pekdah bleh la kita pi tp klau mnjatuhkan dn meleburkn semangat kita nk blajar, baek x payah..huhu..payah payah x payah...ikut la jejak langkahku nescaya selamat hidup..kih..kih.. hidup dunia jer tu..blum akhirat lagi..

yippe.. 2 minggu lg dh start klass.. sy x sabar nk blajar sbb dh borink dok kat rmh lama2... otak bleh karat lol.. sy dh x sabar nk pulun study... x sabar nk memeningkn kepala dgn segala assignment dan presentation..hehe..pelik tul sy nie.. org laen sumer nk cuti tp aku plak x nk cuti.. lain org len citarasa diorng.. btul kn? btul btul btul...( rindu plak kat ipin )

sy amik 7 subjek tuk sem dpn..byk tu... harap2 sy bleh control diorg nie.. walaupn sy dftar 7 subjek tp jam kedit sy x cukup lagi..bleh kasi tambah lg ni... harap2 aku dpt lecture yg baek2 dan rajin bagi assignment... bru senang score.. sy pn harap dpt kekal kn atau tingkatkn result.. study kna bagi lebih, maen2 kna kurangkn... bru dpt result gempak...

Friday, June 5, 2009

Uban Yang Membahagiakan

Selagi usia belum sampai ke penamat, turun naik kehidupan akan tetap berlaku. Beberapa tahun dulu sudah berada di puncak, sekarang jatuh balik; sekejap dulu rasa macam sudah berjaya, sekarang rasa macam terjelepuk pula.

Usah hairan, hidup memang macam tu.

Selagi nafas masih ditarik dan dikeluarkan, turun naik kehidupan tetap mengambil tempat. Tidak ada orang yang sudah berada di puncak akan terus di situ selama-lamanya, ada ketikanya dia akan berada di bawah. Sama ada dia mahu mengakuinya ataupun tidak, pada ketika-ketika tertentu memang kehidupan akan memutarkan rodanya. Kalau ada orang berkata, “Tidak, saya tak pernah jatuh. Saya sudah memiliki segalanya sekarang. Harta saya banyak, pangkat saya besar. Saya tak mungkin ke bawah.”

Tanyalah orang itu, apakah dia tidak pernah berasa seperti tidak dipedulikan? Ketika pergi ke pusat-pusat pentadbiran masih terpaksa beratur panjang meskipun dulunya boleh pintas sesiapa saja. Tatkala sedang memandu tiba-tiba sebuah kereta buruk memotong secara berbahaya lalu terpaksa membrek. Apakah ketika itu tidak terasa seperti diperkecil-kecilkan? Ketika berada di satu majlis, lantaran orang sudah tidak begitu kenal, lalu dibiarkan bersendirian. Ketika anak-anak telah dewasa lalu berpindah, orang gaji pula tiba-tiba sakit, terpaksalah menyediakan minuman pagi sendiri padahal selama ini benar-benar tuan besar. Kalau pun dia seorang yang sangat agung, sedari kecil hinggalah dewasa memiliki segala-galanya hingga tidak mungkin nyamuk pun hinggap, tatkala di Makkah apakah masih boleh berasa seperti itu?

Katalah dengan kuasa dan hartanya dia boleh meletakkan dirinya ke tempat paling istimewa, tatkala melakukan tawaf dan melihat Kaabah apakah merasakan dirinya masih di atas? Nah, itu bukti menunjukkan putaran hidup sentiasa berlaku. Usah degil untuk tidak mahu mengakui usia yang semakin pendek. Usah tidak hirau dengan uban yang semakin banyak. Usah terlalu ego asyik hendak bercerita tentang kejayaan masa muda sedangkan hari tua amalan semakin sedikit. Maklum, kekuatan sudah pudar, kesihatan juga hambar. Memang uban tidak boleh disinonimkan dengan ketuaan sebab bukankah pada usia 30-an sehelai dua uban mula mencelah-celah di sana sini?

Kehidupan masakini menyebabkan stres lebih kerap berlaku, maka ini salah satu punca uban terjadi pada usia muda. Warna rambut juga berhubung dengan melanin, iaitu pigmen pewarna yang terhasil oleh sel melanosit di bawah akar rambut. Melanosit inilah yang menentukan apakah rambut seseorang itu berwarna coklat, emas ataupun hitam. Bagaimanapun, secara alamiah, uban akan tumbuh apabila usia mencecah 50 tahun ke atas kerana pada usia begini aktiviti dan kapasiti sel-sel tubuh menurun. Ketika itu terjadi, aktiviti sel melanosis ikut menurun dan pada satu tahap akan pencen terus. Ketika ia pencen, rambut yang asalnya hitam berkilat menjadi ‘salji’ seluruhnya. Tumbuhnya uban ibarat turunnya putaran roda. Ia dikatakan isyarat ghaib terhadap usia yang mungkin semakin pendek. Nisbahkan pada kehidupan dunia, ia ibarat juruingat dan jurunasihat bahawa setiap detik adalah usia dan apa yang dilakukan dalam usia – turun dan naik, turun dan naik. Sekurang-kurangnya ada dua perkara penting untuk diberi perhatian pada keadaan seperti ini:

1. Semak diri dan tanya hati; siapa aku, hendak ke mana aku, di mana aku, apa yang boleh aku lakukan untuk ‘besok’.

2. Kenang-kenang masa yang telah dilalui dan berbahagia serta berbanggalah dengan semua pencapaian serta kongsikan dengan orang lain mana-mana yang boleh.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda, “ALLAH berfirman, Demi kemuliaan-KU dan kebesaran-KU tidak akan AKU himpun pada hamba-KU dua kali takut dan dua kali aman. Jika dia takut kepada-KU di dunia AKU beri aman di Hari Kiamat dan jika dia berasa aman dari-KU di dunia AKU takutkan dia di akhirat (hari Kiamat). ~Riwayat Ibn Hibban~

Jika uban telah datang tetapi sejarah silam hanyalah hitam atau putih yang rasanya tidak pernah kedam walau sekali, uban hari ini adalah detik mula untuk muhasabah diri. Meniti usia berbaki bukan mesti miskin bakti dan kecil wawasan. Selagi usia masih ada ia perlu digembeleng untuk kecemerlangan.

-DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj-

Cara Mengurus Kemarahan

1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut: a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah


Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.


2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.

Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu



3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak

a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan


Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.

10 Cara Membina Motivasi dalam Diri

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda. Cuba lakukan sedikit perubahanKalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum. Senyum boleh mengubah segala-galanya. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif. Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi. Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang. Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas. Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah. Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru. Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. BertegaslahBertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Tuesday, June 2, 2009

salam mujahadah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

salam mujahadah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

good luck exam


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

all the best


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

be positive


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

kejayaan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

cuti sem..

ana sekarang nie dok kat rumah jer sebab cuti...ana cuti 2 bln...sem depan ana study tuk sem 3..walaupun cuti 2 bln, ana x cari kerja apa2 pun..ana dok kat rumah jer..hehe..saja nk praktis jd suri rumah...huhu...slps menempuhi segala kerja2 di rumah, dapatlah ana membuat kesimpulan bahawa jadi seorg suri rumah nie amat amat susah dan menyeksakan..oleh itu, ana akan belajar dgn rajin dan melupakan hasrat tuk berkahwin buat masa yg terdekat nie...huhu..x sanggup ana nk hadapinya...lupakanlah..

keputusan result keluar 22 haribulan nie...x sabar nk tau..harap2 ana dapat dekan lg sem nie..insya-Allah...moga dimakbulkanNya..sem depan ana ambik 7 subjek..wah..byknye.. ana study bahasa arab sem depan..x sabarnye nk blajar...rasanya dh lama ana tinggal subjek bahasa arab..ermm..rsanya sejak sy abis skool men kot..rsanyalah..hehe..

apapun ana dh cuba yg terbaik...ana berpegang kepada pepatah yg best tau..nk tau pepatah ape??? nk tau kan...pepatah dia ialah:
'jika anda mahukan kejayaan, mula memikirkan diri anda sebagai seorang yg berjaya'
kata2 semangat nie, ana gunakan sejak ana skool menengah lg.. alhamdulillah ia membantu ana memberi semangat kpd ana tuk blajar rajin2 dan buat yg terbaik dianatara yg terbaik..renung2kan dan slamat beramal..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

happy teacher day


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

selamat hari guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ya Allah, aku bersyukur kpdMu kerana dikurniakan guru-guru yang sanggup berpenat lelah berhempas pulas mengajar saya tanpa sedikit pun ada perasaan jemu dan bosan... guru, kau diibaratkan seperti lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain...kau sanggup berkorban apa saja walaupun dirimu terkorban...sungguh besar pengorbananmu guru..di kesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada semua guru-guru sy yg pernah mengajar sy di sekolah tengku budriah, smk agama arau dan smk syed hassan...x lupa juga buat ustazah-ustazah di maahad tahfiz al-quran nurul saadah yg telah mengajar saya tentang ilmu akhirat yg jarang sekali sy perolehi..syukran ya ustazah wa ustaz..semoga Allah swt merahmati guru2 semua di dunia dan di akhirat...semoga guru2 semua diletakkan bersama golongan yg soleh dan solehah di akhirat kelak..amin..amin..ya rabbal'alamin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...