Sunday, March 29, 2020

Covid-19

Assalamu'alaikum my lovely bloggie.. Alhamdulillah, sy diterima untuk jawatan pensyarah di UiTM.. Pada 23 Februari 2020, ketika sy otw balik kampung di Kerteh, sy dapat panggilan dari HEP UiTM Merbok.. Saya diterima utk jawatan pensyarah.. Alhamdulillah.. Syukur ya ALLAH.. Saya macam tak percaya je diterima.. In sha Allah, saya akan buat yang terbaik demi agama, negara dan bangsa.

Namun, tarikh yang dipilih untuk lapor diri jatuh dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (movement control order) iaitu between 18 - 31 March 2020. Nasib baik saya belum lagi bertolak keluar dari Terengganu or else maybe saya akan stuck kat sana tanpa bekalan makanan.

Ikut jangkaan saya maybe dalam awal bulan April sy boleh lapor diri, but then melihat kepada jumlah kes positif covid-19 yang semakin bertambah nie.. kepada 2,320 orang.. So, nampak gayanya memang tertangguh lagi la nie.. 


Our PM menambah lagi tempoh PKP demi menghapuskan rangkaian Covid-19 ini iaitu bermula 1 April 2020 sehingga 14 April 2020.. Sehingga kini (28 Mac 2020) jumlah kematian meningkat kepada 27 orang.. Takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Kes baru dah kurang sikit peningkatan dia selepas diumumkan PKP, so nasihat saya untuk semua sila la duduk di rumah..


Jaga kesihatan dan kebersihan kalian.. Selagi kita boleh makan apa yang ada kat rumah, makan je.. Jangan keluar rumah walaupun untuk membeli roti.. Better stay at home.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...