Thursday, November 1, 2018

Throwback - Hooding Ceremony & Convocation 2018

Assalamu'alaikum my lovely bloggie.. Waa.. Lama betul sy tak menulis di sini.. Harap2 korang semua baik2 aja ya.. Okay, sebenarnya saya nak share sket tentang Hooding Ceremony dan Convocation yang saya telah hadiri pada akhir tahun lepas..

Kisahnya bermula apabila saya menerima RSVP dari Unimap yang menjemput saya menghadiri majlis Hooding Ceremony di Putra Palace pada 25 October 2018. 



Ketika saya hadiri majlis tu, memang ramai juga la yg attend.. Hooding ceremony ni apa sebenarnya? Hooding ceremony ni boleh kata macam sebuah majlis di mana, supervisor akan memakaikan hood dan topi bonnet kepada pelajar PhDnya sebagai tanda pengiktirafan yang special bahawa mereka telah berjaya menamatkan PhD mereka. 

Dalam erti kata lain, macam satu hadiah buat student yang telah berjaya survive selepas menempuh segala macam onak duri, ribut taufan dan puting beliung ketika menjalankan kajian PhD mereka.. Saya pergi majlis tu pun sebenarnya sebab sy nak experience macam mana hooding ceremony nie.. sbb macam best jer dengar org kata.. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Best ker???

Of course la,... biasa2 je.. Takde la best pun.. Hehehehe.. Just kidding.. Sebenarnya, majlis tu best sangat2 sebab.... ada makanan dan minuman.. hehehe.. itu yg paling penting buat sy.. And then, dekat majlis tu, of course ada persembahan.. tapi, okay la persembahan dia tu.. walaupun takde la havoc sgt mcm concert BTS tu.. hehe.. Meriah juga la majlis dia ni..



Selepas persembahan, MC start panggil nama one by one.. Time nama saya dipanggil, nervous giler.. takut gak kalau2 terpijak kain time naik tangga or tersadung wayar2.. waa.. menakutkan.. hee.. Sy dengar org kat situ cakap yg main supervisor sy tak dapat datang.. Nasib baik la co-supervisor sy ada.. kalau tak, mmg sy regret la pi majlis tu klau kedua2 supervisor sy xde.. 

Selepas diorang pakaikan hood, diorang akan pakaikan bonnet kita.. dalam masa yg sama, pelajar kena kemaskan hood dgn mencantumkan tali hood pada button gown.. Naah.. Time nie jugak la button dan tali gown sy buat hal.. Diorg tak sehati sejiwa plak.. Tetiba, boleh plak diorg buat tak nak bercantum.. Adeh.. Dah la aq tengah neves nie.. diorg wat msalah lak.. bertambah lg la nevesnya.. T_T 

Selepas sesi pengiktirafan tu, sempat la sy snap 1 @ 2 gambar sy.. buat kenangan orang kata.. bukan selalu kan kita boleh pi hooding ceremony ni.. kna buat PhD semula baru boleh pi.. hehehe.. sanggupkah anda?? hehe.. tak sanggup den.. klau buat PhD tanpa presentation, kemungkinan sy boleh buat PhD lagi sekali.. Tapi, klau kna buat presentation or viva, memang tak la jawabnya.. buat masa ni, mmg tak la.. mana la tau.. beberapa tahun lagi saya tergerak hati nak buat PhD lagi..

Ni gambar sy bersama geng2 PhD dari UniMAP yang grad sekali dgn saya, 2018.. Ada yang dari school yg sama dengan sy iaitu, School of Business Innovation and Technopreneurship (PPIPT) dan yang lainya semua dari school yang berbeza.. budak engineering ada, budak chemical ada.. budak mechanical ada, budak mekatronik ada.. dan lain2 budak yg sewaktu dengannya.. hehehe.. budak lagi ke diorg ni??? bapak2 dan mak2 budak ader le.. ^o^ 



Then, selepas selesai je majlis tu, sy trus buka gown dan trus bergegas balik.. malas nk selfie merata2 sbb byk lagi keja kat rumah nk kna buat... lagipun lepas habis majlis ni, sy plan nak pi beli brg dapur.. nasib baik la mama nak temankan sy shopping beli brg dapur.. ada juga peneman.. takde la rasa macam ibu tunggal membeli brg.. hehehe..  ^_^  

Berbalik semula kepada kisah saya, selepas Hooding Ceremony, sy kna hadiri konvokesyen UniMAP ke-13 di UniMAP Pauh Putra.. Dah la sidang pagi.. Dari Kangar ke Pauh? Jauh tu.. Kira-kira dalam pukul 7 lebih sy dah start drive dari rumah.. Sampai sana, tengok2 parking dah takde.. Punya banyak kete kat sana.. Jammed trus jalan nak masuk UniMAP.. Sy pun konfius jap.. Diorang ni mai lepas subuh ka? ke diorang berkampung semalaman kat sni? Cepat betul parking dia penuh.. Huhuhu.. Jauh jugak la sy nak park sebelum berjalan ke dewan.. 

Sampai je dekat dewan, semua orang dah siap beratur di luar dewan.. dengan siap pakai gown, hood dan mortarboard/ bonnet.. Waaa.. Gown, hood dan bonnet sy pun masih terletak elok dlm beg kertas.. duduk sopan2 je diorang dalam beg tu.. waa.. apa lagi, sy pun  terus daftar nama dan terus mencari barisan sy.. dlm barisan baru la sy start pakai gown, hood dan topi penyet tu.. nasib baik la, ada phone.. boleh buat pengganti cermin..

Sebenarnya, pagi hari konvo tu saya bawa Mama dan adik saya.. peneman mama dalam dewan.. Sedih jugak la sebab papa tak dapat pergi sekali.. hhuuwaaaa...T_T  

Sidang pertama!! Pergh! Segala macam ucapan dan anugerah kehormat sebelum tiba giliran kitorg budak2 doctorate nie.. waduh.. lama benar nk tunggu.. nasib baik tak tertidur je lagi.. time dalam dewan tu, beberapa kerusi sebelah kanan dan sebelah kiri sy kosong.. maybe diorg tak dapat hadir rasanya.. sebab kebanyakan student doctorate ni dari luar negara.. habis je study, trus diorang balik ke negara diorang.. mungkin trus sambung kerja diorang la tu..



Lepas selesai majlis, saya terus hantar balik jubah konvo ke bilik yang ditetapkan.. sebab kalau balik kangar pastu nak pergi pulak ke pauh untuk hantar jubah, macam jauh je.. habis minyak kete plak.. tu yg terus hantar..

Habis ke urusan jubah, sy setelkan urusan gambar konvo, gambar hooding ceremony dan dapatkan sijil pengiktirafan PhD dari UniMAP menandakan saya dh tamat belajar di UniMAP.. Sebelum balik, sy dapat plak satu kad alumni UniMAP.. Bekas pelajar UniMAP..

That's the end of my convocation day.. Drive balik ke Kangar semula dengan penuh keletihan.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...