Monday, August 31, 2009

place in my dream...

tempat nie la yg paling sy teringin sgt nak pergi... sy suka sangat salji.. klau bleh, sy teringin sgt malaysia pun ade salji.. sy seronok sgt time baring atas tanah dh melihat salji turun ke bwh.. rasa tenang jer... kadang2 apa yg kita impikan susah nk dapat... sy berharap sesangatlah sy dpt pergi melancong ke negara2 yg ade musim salji nie.. sy nk duduk kat sana selama mana yg sy suka... doa2 kan sy dpt pergi sy ek... impian masa depan sy.. huhu...

Sunday, August 30, 2009

summer breeze..



Indahnya ciptaan Illahi

Pemandangan di tepi laut. Kelihatan daun-daun pokok kelapa melambai-lambai ditiup angin.. Suasana yang tenang dan nyaman menghilangkan tekanan seseorang yang dilanda masalah. Pasirnya yang memutih dak berkilau-kilau bak mutiara yang dihancurkan. Langit yang membiru terjadi kerana pantulan warna lautan yang juga kebiruan. Melihatkan betapa uniknya dan hebatnya ciptaan Illahi menjadikan seseorang hamba merasakan diri mereka yang kerdil dan daif. Kehebatan ciptaan Illahi tidak dapat ditandingi oleh manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan.

Saturday, August 22, 2009

~* Nilai Tudung Wanita *~

Di sini menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


* dipetik daripada laman web Darul Nu'man

Thursday, August 13, 2009

~ bulan sya'ban ~


~* hana kimi *~


comelkan bdk nie... bdk nie adalah pelakon utama dlm cite Hana Kimi versi Jepun... korunk pernah tengok ke citer dia?? citer dia pun sy x tengok sampai abis.. sy tengok sekerat jer... entah la mungkin x brape sesuai tuk di tonton kot, tu la yg malas jer nk tengok.. tp actually jalan citer dia best... bdk nie nama dia chara mizuki... dia nie sebenarnya plajar perempuan tp dia menyamar jadi pelajar lelaki dan bersekolah di sekolah 'all boys'...

dia buat macam tu sbb dia nk balas jasa seorg plajar lelaki yg telah menyelamatkan nyawanya... dia nk bagi semangat dekat plajar lelaki tu supaya involve semula dlm arena sukan iaitu lompat tinggi... mula-mula plajar lelaki tu x tau yg bdk nie perempuan, tp last2 dia pn tau... tp yg bestnye dia x bg tau pn kawan2 dia pasal bdk perempuan nie... byk peristiwa kelakar yg berlaku dlm citer nie... sy tgk pn sampai sakit perut, sbb gelak byk sgt... haha.. klau korunk x caya, korunk tengok la... tp mungkin x brape sesuai tuk kanak-kanak...

chocolate world...


sy suka sgt tengok cerita nie... citer dia ttg seorg pengusaha kilang coklat yg bernama willy wonka... dia x percayakan pekerjanya selepas peristiwa pekerjanya mencuri resepi coklatnya dn menjualkannya kepada orang lain... kemudian dia menguruskan kilangnya dgn bantuan org kerdil... dia lebih percayakan orang kerdil daripada manusia biasa.. coolnya.. kemudian dia menjemput 5 kanak-kanak yg berjaya memperolehi 'golden ticket'... salah sorang drp 5 kanak-kanak tersebut akan mendapat hadiah yg paling best sekali selepas melalui pelbagai cabaran di dlm kilang tersebut...


sy paling suka sekali time charlie dpt ticket tu... dia lebih mementingkn keluarganya drp kepentingannya sendiri... akhirnya selepas diperli oleh datuknya, dia pun pergi ke kilang tersebut... dlm kilang tersebut telah berlaku banyak peristiwa yg mencuit hati.. haha... diantaranya ketika willy wonka mencari kunci utk membuka pintu besi yg menempatkan ratusan tupai terlatih... hehe.. willy nampak comel ketika sedang mencari kunci tersebut... nampak sangat dia nakal dan suka mengusik... haha...


kemudian selepas semuanya berakhir, pemenang utamanya telah memenangi hadiah yg lumayan... pemenangnya sudah tentu charlie sbb tajuk citer nie pn ade nama charlie kan... tp sayangnya, charlie menolak hadiah tersebut sbb dia x nak tinggalkan keluarga dia... dia memang seorg anak yang baik... emm...korunk nak tau hadiah dia ape??? hadiah dia ialah...


jeng..jeng..jeng... klau nak tau beli la dvd dia barulah korunk dpt tau ending dia... haha... jangan marah tau... tp klau nk diikutkan la, sinopsis yg kat atas tu, sy rasa dh nk ending dh ... tp klau korunk sumer nk tau ape yg berlaku sebenarnya, korunk kena la tengok sendiri baru korunk satisfied... hehe.. klau dia suruh rating dari 1 bintang sampai 5 bintang, sy nk bg citer ni 5 bintang... citer nie best sesangat... trust me.. lg pun citer nie sesuai tuk kanak-kanak dan remaja... citer nie x der unsur-unsur negatif yg slalu ade dlm citer2 lain...

Saturday, August 8, 2009

~ kisah seorang anak yang menderita ~


Saya pernah terdengar satu cerita tentang seorang anak yang insaf selepas melakukan sesuatu kesalahan... si anak nie meminta maaf daripada bapanya tetapi si bapa pula tidak memaafkan anaknya, malah mendera anaknya dengan kejam sekali... bila terbayangkan citer tu tiba-tiba terasa sedih .. knape lah sampai macam tu sekali balasan yang dia dapat.. rasa macam tak setimpal jer.. citernya bermula begini..

Seorang bapa telah berjimat mengumpul duit untuk membeli kereta baru... setelah cukup jumlah wang yang diperlukan, dia pun pergi membeli kereta baru.. kemudian dia pulang ke rumah dengan menaiki kereta baru tersebut.. sampai jer kat rumah, dia terus panggil isteri dia, anak dia dan pembantu rumah dia..

"Tengok nie, abah dah beli kereta baru nanti bolehlah kita pergi jalan-jalan makan angin guna kereta baru nie"

Kereta baru si bapa nie masih lagi berkilat kerana kereta nie baru jer keluar dari kilang pembuatan kereta... kemudian si bapa pun masuk ke rumah setelah memastikan keretanya telah berkunci.. mereka makan malam bersama-sama... sebelum tidur, si bapa nie pergi tengok kereta dia lagi sekali untuk memastikan keadaan kereta tu selamat.. selepas dia tengok semuanya elok, dia pun naik ke bilik tidurnya dan terus tidur kerana esok pagi dia perlu pergi kerja..

Keesokan harinya dia terlambat bangun untuk ke pejabat.. dia terus bergegas mandi dan terus berpakaian kemeja untuk ke pejabat... apabila dia berdiri di depan pintu rumahnya, dia tergamam dan terkejut melihat apa yang telah terjadi di hadapan matanya.. pemandangan yg boleh menguji kesabarannya dan menaikkan kemarahannya... rupa-rupanya kereta baru kesayangannya itu telah diconteng dan dilukis oleh anaknya... seluruh badan kereta tersebut telah dipenuhi dengan contengan anaknya... apalagi, dia pun terus menjerit memanggil nama anaknya...

"Amin!!!"
"Amin!!!"

Pada saat itu, Amin sedang duduk di dapur. Mendengar sahaja jeritan ayahnya memanggil namanya, dia mengagak ada sesuatu yg buruk akan terjadi padanya... dia terus pergi ke arah ayahnya..

" Kenapa abah panggil Amin?"
"Amin tak buat salah apa-apa pun"

Si anak tersebut melihat muka ayahnya merah padam kerana menahan kemarahan... dia tidak tahu apa yang telah berlaku yang menyebabkan bapanya marah... si bapa pun menjerkah anaknya yang berada dihadapannya itu..

"Amin, kau kan yang conteng kereta baru abah nie?"
"Kau tau tak berapa banyak duit abah habis untuk beli kereta nie?"
"Kau pulak senang-senang jer conteng kereta nie"

Amin memandang bapanya dengan penuh ketakutan dan menjawab soalan bapanya dengan terketar-ketar..

"Amin yang conteng kereta tu abah"
"Amin minta maaf kalau abah tak suka"
"Amin janji Amin tak kan buat lagi"

Si bapa terus mencari benda untuk memukul anaknya yang telah merosakkan kereta barunya itu... kemudian si bapa ternampak batang besi buruk di tepi garaj kereta.. dia terus mengambil batang buruk tersebut dan mula memukul anaknya tanpa belas kasihan...si isterinya cuba mententeramkan suaminya, malangnya segala yang diungkapkan oleh si isteri tersebut tidak diambil peduli langsung... hati ibu mana tak sedih melihat anak yang dikandungkannya 9 bln itu didera oleh si bapa... si pembantu rumah cuba menasihati si bapa supaya bersabar tetapi tetap juga tidak diendahkan si bapa tersebut... kemarahan si bapanya sampai ke tahap kemuncak apabila dia mengunakan batang besi itu menores tangan si anak tersebut... darah merah mengalir keluar dari toresan tersebut...si ibu menjerit menyuruh suaminya berhenti berbuat demikian, begitu juga dengan si pembantu rumah...si anak meraung-raung kesakitan kerana ditores dengan batang besi yang berkarat tersebut...

"Abah, tolonglah Amin bah... Amin sakit sangat"
"Abah, ampunkan Amin"
"Amin janji tak kan buat lagi"
"Ampunkan Amin bah"

Si anak nie menangis meraung-raung minta dilepaskan kerana kesakitan yang dialaminya tetapi si bapa tetap melakukan perbuatan yang kejam itu sehingga di berpuas hati mendera anaknya... setelah dia habis melepaskan segala geramnya ke atas anaknya itu, dia terus memandu pergi ke pejabat dengan kereta lamanya... si ibu nie, mengubat dan merawat luka si anak tersebut dengan penuh kasih sayang yang melimpah ruah... si anak nie masih belum berhenti menangis kerana kesakitan yang amat sangat...

Si bapa pergi ke kerja dengan 'mood' yang tak baik... dia men'silent'kan 'handphone'nya kerana tidak mahu diganggu buat sementara waktu..ketika makan tengah hari, si bapa tidak pulang ke rumah seperti selalu.. mungkin kerana kemarahannya terhadap si anak tersebut masih belum reda... manakala si anak yang berada di rumah pula tidak lalu untuk makan tengah hari... menjelang petang suhu badan si anak tersebut telah meningkat secara mendadak... si ibu nie, cuba menelefon suaminya tetapi tak dapat, hanya masuk 'voice mail' jer... si ibu nie meninggalkan pesanan kepada setiausaha suaminya sahaja... selepas itu, si ibu nie terus membawa anaknya ke hospital untuk mendapat rawatan segera.. si ibu tidak putus-putus berdoa supaya tempoh hayat anaknya masih panjang...

Berbalik kepada kisah si bapa pula... selepas dia habis mesyuarat di luar, dia terus pulang ke pejabat tanpa balik ke rumah... setibanya di pejabat dia dikejutkan dengan berita yang telah disampaikan oleh setiausahanya.. anaknya Amin masuk wad ICU... dia terus bergegas ke hospital dan mengharapkan sesuatu yang buruk tidak akan berlaku... setibanya dia di hospital, dia terus berjumpa dengan doktor yang merawat anaknya... doktor tersebut meminta si bapanya nie menandatangani satu borang kebenaran... doktor tersebut memberitahu kepadanya bahawa nyawa anaknya berada dalam keadaan berbahaya dan mungkin akan membawa kepada kematian sekiranya tidak memotong tangan anaknya itu... tangan si anak tersebut telah dijangkiti virus yang boleh merosakkan segala sistem saluran darah dalam badan sekaligus merosakkan sistem saraf di bahagian otak sekiranya tidak diambil tindakan yang segera... 'karat' yang terdapat pada batang besi tersebut telah masuk ke tangan si anak tersebut ketika tangan si anak tersebut ditoreh oleh si bapa... demi menyelamatkan nyawa anaknya itu, si bapa menandatangani borang tersebut...

Setelah sedar dari pengsan, si anak terpandang bapanya yang berdiri di sebelahnya... bapanya memandangnya dengan pandangan yang sayu... dia berkata kepada bapanya

"Abah, Amin minta ampun... Amin minta maaf"
"Sebenarnya Amin cuma nak tunjukkan kat abah lukisan yang Amin lukis tu, nanti abah pergi kerja bolehlah abah tunjukkan lukisan tu kat kawan-kawan abah"
"Amin ingat abah suka dengan lukisan tu... kalau abah tak suka, Amin janji Amin takkan buat lagi"
"Abah, pulangkan semula pensel warna Amin... nanti Amin nak lukis senang sikit.. Amin akan lukis dalam buku jer"

Si anak tersebut melihat bapanya tertunduk... dia melihat ada air mengalir turun dari kedua-dua belah mata bapanya...dia memandang ibunya yang juga sedang cuba menahan kesedihan tetapi terdengar juga tangisan tersebut... dia tidak tahu kenapa mereka sedih... kemudian si anak tersebut terpandang tangannya yang berbalut... dia memandang bapanya semula dan berkata dengan suara yang perlahan...

"Abah, pulangkan semula tangan Amin.. Amin janji Amin tak akan conteng kereta abah lagi"
"Kalau abah tak pulangkan tangan Amin, macam mana Amin nak melukis?"

Si bapa nie, terus terdiam tanpa menjawab sepatah pun... dia berasa amat kesal dengan apa yang berlaku... sekiranya masa boleh diundur semula, dia bertekad tidak akan melukakan tangan anaknya itu dengan besi tersebut dan dia tidak akan sekali-kali mendera dan merotan anaknya itu... benar kata pepatah "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"

Begitulah kisah yang saya dengari dari salh satu saluran radio... ketika saya dengar kisah nie, mata saya bergenang dengan air mata... huhu... sedihnya saya... tak dapat saya nak gambarkan betapa sedihnya saya memikirkan nasib yang menimpa si anak tersebut.. tak kan kerana perbuatan yang sekecil tu, si anak tersebut terpaksa menderita seumur hidup dengan kecacatan pada anggota badan yang dihadapinya... pada pendapat saya, si bapa tersebut harus menarik nafas dan tahan kemudian lepaskan perlahan-lahan supaya tahap kemarahannya dapat dikurangkan... kemudian si bapa haruslah bertanya kepada anaknya sebab munasabab anaknya berkelakuan demikian... dan menasihati anaknya supaya tidak mengulanginya... dengan menghantar keretanya untuk di cat semula adalah lebih baik daripada mendera anaknya sendiri... sekiranya si bapa tersebut mengambil langkah yang bijak, kemungkinan besar dia tidak akan menanggung rasa kesal yang menebal di dalam jiwanya di masa depan... moga cerita nie dapat dijadikan iktibar oleh orang-orang yang di luar sana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...