Saturday, April 6, 2024

Cetusan hati si pemilik blog

Assalamu'alaikum my lovely bloggie..  


Ahlan wa sahlan, ya habibi.. Kaifa haluk? Alhamdulillah, ana bikhoir.. ehh.. asal lak dia jadi baik je hari nie.. macam pelik je dia ni.. ayashii~ hehehe.. alhamdulillah.. berubah ke arah yang lebih baik.. tak gitew?.. (^_^) 

Serahlah hati kita ni pada Allah, in sha Allah segalanya akan baik-baik sahaja.. kerana hati kita ni milik pencipta kita, Allah Azza Wa Jalla.. apabila kita didatangi perasaan yang sedih, berbaliklah pada Allah.. apabila kita dirundung perasaan resah, gelisah dan keliru, berbaliklah pada Allah, dan apabila kita gembira berbaliklah juga pada Allah.. dan bersyukur atas nikmat yang diberikan.. Kadangkala kita tak dapat apa yang kita inginkan kerana ia tidak baik untuk kita.. dan adakalanya kita akan dapat sesuatu yang kita tak suka, yang sebenarnya ia amat baik untuk kita.. percayalah dengan perancangan Allah SWT.. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu.. 

Sebenarnya, Allah datangkan ujian tu sebab DIA nak kita jadi kuat.. Kadangkala Allah hilangkan sesuatu yang kita sayang tu sebab DIA nak gantikan sesuatu yang lebih indah untuk kita.. sesuatu yang tak disangka-sangka.. seperti rezeki yang berkat, kesihatan yang baik, jodoh yang baik dan bertanggungjawab, dll.. untuk kita dipertemukan dengan jodoh yang baik, kita sendiri kena lah jadi baik dulu.. kita kena jaga hubungan kita dengan Allah.. in sha Allah, wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. dan begitu juga lelaki yang baik untuk wanita yang baik.. 


Saya percaya ada di kalangan kita yang dah kehilangan ibu atau ayah selama-lamanya.. Allah lebih sayangkan mereka.. rasa amat sedih atas kehilangan ini.. tapi, yang sebenarnya mereka tak pernah hilang.. mereka cuma berpindah alam je.. mereka yg sampai dulu ke alam sana.. dan menanti kehadiran kita di sana.. kita semua pasti dan akan menyusul juga ke alam tersebut, iaitu alam barzakh.. buat masa ni, kita perbanyakkanlah amalan baik kita.. jaga solat, banyakkan amalan sunat seperti puasa sunat, berbuat baiklah pada ibu atau bapa (yg masih ada), rajin bersedekah, rajin baca Al-Quran.. jadikan lah Al-Quran sebagai sahabat kita di dunia ni, kerana ia akan menjadi sahabat dan penolong (syafaat) kita di Akhirat kelak.. 

Kadangkala kita terfikir, kenapa la di saat hati kita telah tertutup rapat dan kita tidak ingin menerima kehadiran insan baru dalam kehidupan kita, tetiba kita dipertemukan dengan someone.. dan dihadirkan juga dalam diri kita satu perasaan yang tak terungkap oleh kata-kata.. sekuat apa pun kita cuba hapuskan atau hilangkan perasaan itu, tetapi amat sukar.. ya Allah.. aku hanya mampu berdoa.. adakah dia ditakdirkan untukku sebagai jodohku.. untuk meningkatkan keimananku dan membimbingku ke syurgaMu ya Allah.. atau dia hanyalah ujian untukku, yang hadir untuk memberi pengajaran untukku? dan meninggalkanku sesudahku mendapat pengajaran?.. Ya, Allah.. bantulah hambaMU ini dalam membuat keputusan.. aku serahkan segala urusanku kepadaMU ya Allah.. doronglah dan bantulah aku dalam melakukan apa yang terbaik untukku mengikut perancanganMU.. 

Hari ni juga genaplah 26 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.. rasa sedih sgt, Ramadhan akan meninggalkan kita.. pahala dilipat ganda dalam bulan yang mulia ini.. walaupun nanti kita bukan lagi di dalam bulan Ramadhan, teruslah istiqomah dengan amalan baik yang kita dah kerjakan sepanjang bulan Ramadhan.. semoga kita masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan.. di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari memohon maaf atas kekhilafan saya sepanjang perkenalan kita.. maaf zahir dan batin.. 


Sampai di sini sahaja coretan kali ini.. semoga semua dalam lindungan Allah.. dan diberi kesihatan yang baik.. kita tak tahu apa yang akan jadi ke depan.. setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya.. janji Allah itu pasti.. semoga kita ketemu lagi di lain hari.. kita jaga kita.. (^_^) 

Fi Hifzillah.. wassalam.. 

Monday, April 1, 2024

Perlantikan Penjaga Ad-Litem

Moshi.. moshi.. o genki desu ka? kyou wa nani suru no? (^_^) 

Berkenaan topik hari ni, saya nak cerita sikit tentang penjaga Ad-Litem ni.. kita nampak benda ni kecik je kan.. tapi sebenarnya dia sangat2 besar dan penting.. sampai kalau kita dah nak masuk bicara pun, still kena tangguh tarikh bicara tu ke hari lain.. sebab prosedur mahkamah memang macam tu.. walaupun kanak-kanak tu tak cukup 2 bulan lagi untuk capai 18 tahun.. still kena buat juga.. huhuhu.. (T_T) 



Okay, so apa tu penjaga Ad-Litem? Penjaga Ad-Litem tu adalah satu istilah yang digunakan merujuk kepada seseorang yang dilantik oleh pihak mahkamah sebagai penjaga atau pengantara kepada orang yang tidak berkeupayaan seperti kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan lain-lain dalam prosedur mahkamah. So, orang yang dilantik ni la perlu melindungi hak dan menjaga kepentingan kanak-kanak yang terbabit dalam prosiding mahkamah tu nanti.. 

Tapi still sebelum kita nak dapat kelulusan pelantikan sebagai penjaga Ad-Litem ni, kita kena buat permohonan penjaga Ad-Litem dulu.. Ada dokumen yg kita kena sediakan.. berkenaan dokumen ni boleh tanya person in charge (PIC) bahagian permohonan ni di kaunter.. kes melibatkan penjaga Ad-Litem ni kena pergi Mahkamah Tinggi Syariah bukan mahkamah rendah syariah.. sebelum ni, saya pernah buat permohonan penjaga Ad-Litem ni dekat mahkamah tinggi kuala terengganu dan dah pun terima surat perlantikan tu dr mahkamah.. tapi, ada benda lain yg terjadi di luar jangkaan kami dan menyebabkan kes tu tergendala sampai di situ shj.. (T_T) 

So, untuk kes ni, saya minta peguam tolong drafkan dan sediakan dokumen dia.. kalau nak harapkan saya, memang tak menjadi la.. sama mcm apa yg sy pernah buat sblum ni.. dan akan drag masa yang lama sebab banyak yang saya tak tau.. akan ada banyak yang kena ubah nnt.. termiss pulak beberapa dokumen.. kna draf baru then kena buat semula... wahhh.. sangat2 complicated.. so, sebagai penyelesaiannya, kita kna la minta jasa baik expert utk tolong buatkan.. lebih afdal ye tak.. hehehe.. jasamu dikenang Tuan.. (^_^) 

Okay, kita sambung.. once kita dah buat permohonan, diorang akan proses permohonan tu dan diorang akan bagi tarikh untuk hadir memberi keterangan.. of course permohonan ni ada bayarannya ya.. oh ya.. start 1 Mac 2024 peningkatan service tax dah pun dinaikkan daripada 6% kepada 8% especially yang melibatkan perkhidmatan profesional (i.e., perundangan).. wahhh.. memang terasa kowt... Golongan M40 la yang paling terjejas sebab yang selalu dapat pelbagai bantuan adalah golongan B40.. Manakala T20 memang kewangan diorang dah stabil.. hmmm... 


Okay la, berbalik kepada topik kita tadi, once kita dah dapat tarikh tu, baru la kita hadir sekali lagi ke mahkamah tu untuk beri keterangan di hadapan hakim sebelum hakim boleh putuskan sama ada kita layak menjadi penjaga kepada mereka ataupun tidak.. Banyak la soalan yang hakim akan tanya dekat kita tu nanti.. Pengalaman saya, soalan yang dia tanya agak banyak.. Dan macam-macam.. dah memang prosedur dia mcm tu kan.. kita terima je la dgn hati yang terbuka.. 

Dia akan tnya reason kenapa kita nak mohon, sedangkan kita boleh je tunggu lagi 2 bulan (sampai kanak2 tu cukup umur) baru proceed.. kenapa kita yang nk jadi penjaga diorang? diorng stay dengan sape? sape je yg jaga kanak2 tu? takde orang lain ke yg boleh jadi penjaga diorang? nanti kalau bagi lantikan pun, still tak valid juga sebab sebutan bicara kes kemungkinan ambik masa lama.. kemungkinan nnt dah lepas tarikh la.. dan mcm2 lagi.. hahahaha.. tahap panas dia tu memang rasa macam viva kali ketiga kowt.. aduyai.. sabar la hati.. viva kali kedua ketika sy interview minta kerja dulu.. huhuhu... kaw2 soalan dia.. almaklum la soalan dari mahaguru2 hebat.. hahahahaha.. mmg kenangan betul la time interview tu.. 

Okay, berbalik kepada topik kita, untuk korang yang nak buat permohonan ni, saya nasihatkan ketika nak baca ikrar (rasanya tu istilah dia la kut.. hehehe.. belum habis kaji lagi..) dan sign ketika memohon dan juga time kita nak beri keterangan nanti, korang bawa la sekali surat beranak korang dan surat beranak kanak-kanak tersebut.. lagi satu, bawa salinan surat beranak tu sekali.. sijil kematian yang original dan salinan pun bawa sekali.. IC korang memang of course la kena bawa.. kalau boleh bawa segala dokumen yang ada yang dirasakan berkaitan.. 

kalau ada dokumen pengesahan anak kariah pun bawa je la skali.. utk standby je.. dokumen pengesahan anak kariah ni perlu ada in case kalau alamat kita dlm IC tu bukan di negeri kes tu didaftarkan).. bawa smua dokumen tu so, nanti takde la korang kena datang dua tiga kali atas alasan dokumen tak lengkap.. kan.. mcm terlebih rajin la pulak kan klau nk datang byk kali ni.. (n_n) 

Ye la.. jauh kowt nak drive.. dlm kes sy ni, perjalanan dari rumah ke mahkamah tinggi ni ambik masa 1 jam setengah ke 2 jam utk sampai.. kalau mahkamah tinggi tu sebelah rumah saya okay la jugak kalau nak pergi banyak kali kan.. aduyai.. tp, kalau sy bawa 140km/jam atau 160km/jam, in sha Allah dlm sejam atau kurang sejam dh boleh sampai.. hehehehe.. so, kna drift la jwbnya kan.. ala2 Michael Schumacher (F1) gitew.. besday kita pun dah sama.. okay aaa tuu.. (^_^) 


Rasanya, itu saja la kowt berkenaan penjaga Ad-Litem ni.. buat masa ni, saya tengah tunggu untuk hadir bicara bagi sebutan pertama untuk kes harta sepencarian sebab baru selesai bagi keterangan untuk permohonan penjaga Ad-Litem ni minggu lepas.. 2 kali kena buat Ad-Litem.. dan 2 kali juga la saya kena bagi keterangan pada hakim.. huhuhu.. saya berharap sangat yg segala urusan sebutan kes nanti dipermudahkan.. aamiinnn.. kakak dari Johor pun akan datang lagi sekali.. harap semua boleh selesai pada hari kejadian nanti.. 

Sehingga ketemu lagi.. ja mata na~ 

Fi Amanillah.. ^_^ 

Tuesday, March 5, 2024

Just for you

I'm so in love with you and I'm scared. 
I'm scared because I've never felt this way about anyone before. 
You've become the most important part of my life.  

Every time I see you, my heart skips a beat. 
And I get this overwhelming sense of happiness. 
But also fear. 
Because you mean that much to me. 

When we're together, 
everything just seems right. 
Your smile, your laugh, the way you look at me. 
It all makes me feel like I'm home. 
I love the person I am when I'm with you. 
You bring out the best in me. 

But with all these intense feelings, 
comes the fear of the unknown. 
What if one day you wake up and feel differently? 
What if life pulls us in separate directions? 

Despite the fear, I want you to know that I'm all in. 
I love you more than I thought possible. 
And 
I'm ready to face whatever challenges come our way
as long as I have you by my side. 

You're worth every bit of uncertainty 
because what we have is truly special.

 Fi Hifzillah (^_^) 

Friday, February 23, 2024

Urusan Harta Sepencarian

Moshi.. moshi.. ogenki desu ka? 

Melihat kepada tajuk ni, hari ni saya nak story sikit pasal urusan harta sepencarian. Minggu lepas, saya ada urusan dekat mahkamah tinggi syariah untuk harta sepencarian.. semua waris turun ke sana untuk urusan tersebut.. termasuk kakak kandung saya yang pertama (lain ibu) dari Johor.. Di situ la first time kami berjumpa selepas lama tak jumpa.. Last saya jumpa dia ketika dia mai perlis nak bagitau papa yang dia nak bernikah.. Time tu saya tengah buat diploma dekat UiTM Arau.. Itu la first time jumpa dan last time jumpa kakak sulung lain ibu.. So, dekat mahkamah tu baru jumpa dia dan dia pun dah ada 4 orang anak (3 boys dan 1 girl).. sempat la sembang2 sikit.. takut juga kalau dia garang sbb mengikut kepada cerita diorang, dia sangat garang.. nasib baik okay je.. 


So, macam mana boleh ada proses urusan ni? Nak dijadikan cerita, kitorang mula2 buat urusan faraid dan kitorang dah sepakat menolak bahagian masing (melalui borang DDA siap dah dpt cop pesuruhjaya sumpah lagi) tetapi ada pihak ketiga yang menuntut harta tersebut sedangkan dia telah diceraikan talak tiga.. ini menyebabkan kitorg terpaksa ubah dan buat permohonan harta sepencarian.. sebenarnya kitorang memang tak tahu menahu step dia, yang mana dulu.. faraid ke harta sepencarian ke.. so, mula2 kitorang try nak setel sendiri tetapi tersangkut dekat pengesahan lafaz cerai.. dh try pergi pejabat agama dungun, mahkamah tinggi syariah kuala terengganu, pejabat agama perlis, mahkamah syariah kat perlis tapi still stuck kat situ.. huwaaaa... (T_T) alamatnya, memang kitorang kena cari peguam.. 

Kita yang rakyat marhaen ni mana la nak tau proses dia.. so saya try cari seorang peguam kat perlis untuk urusan ni.. sy cari peguam perempuan, supaya senang nak discuss.. tetapi selepas berbincang dengan dia, dia decide utk teruskan ke faraid sahaja.. sedangkan kami perlukan pengesahan lafaz cerai dulu.. dia bagitau tiada official surat cerai menyebabkan kes akan rumit sbb dia takut orang akan pertikaikan status perceraian tu yg tak wujud... ehhhh.. boleh ea macam tu.. tp bukti bertulis dan saksi dah ada, pun tak boleh ea?.. waaahhh.. 

Memang kitorang tak bersetuju dengan cadangan tersebut.. dalam Islam dia tak berhak untuk tuntut harta tersebut.. so, saya decide untuk cari peguam di Kedah.. time tu, sy buat solat hajat minta dipertemukan dengan peguam yang boleh setelkan urusan harta ni.. saya takut kalau2 dapat peguam yang putuskan sama mcm yg kat perlis.. alhamdulillah, satu hari tu, saya ada terbaca post2 tentang harta sepencarian ni dalam FB dan banyak lagi post berkenaan isu2 dlm syariah ni.. saya tergerak utk msg dan bertnyakan tentang urusan ni.. walaupun, pada asalnya saya agak was2.. iye la.. gambar takde, nama firma guaman pun takde.. takut la kalau saya tertipu oleh scammer yang menyamar sebagai peguam.. dunia sekarang kan byk sgt modus operandi penipuan.. tapi, sy teruskn niat utk berjumpa juga dengan dia dan discuss.. ajak mama sekali sebagai pemohon.. takut nk jumpa dia sorang2.. (n_n) 

Alhamdulillah, sy bersyukur sangat sebab dia dan partner dia berjaya setelkan urusan tersebut.. Urusan yang saya sendiri tak sanggup nak buat.. sangat cerewet proses dia.. especially yang melibatkan pejabat agama, pejabat tanah, bank, JPJ, LPPSA.. banyak kowt proses dia.. saya serahkan kepada yang pakar.. saya memang tak tahu langsung ttg step dia.. kalau ada nk tnya ttg yuran guaman?? buka fail kes mama sy hri tu dalam RM2.5k.. belum masuk proses sebutan kes, lafaz wakalah, urusan hrta sepencarian, dll.. saya bersyukur sgt sbb sy dh start kerja time tu, so boleh la nak tampung kos guaman ni.. kalau sy tak kerja, saya pun tak tau nak buat macam mana.. totally lost.. (T_T) 

Hari tu, pi mahkamah, boleh beri keterangan di bahagian Sulh.. tetapi sangkut di bahagian Ad-Litem sebab tak bawa sijil kelahiran.. rasa ralat sebab kakak terpaksa datang 2 kali ke mahkamah alor setar.. dari johor ke alor setar sangat jauh.. rasa bersalah jugak dekat peguam dan partner dia sebab diorang tak dapat nak setelkan kes tu pada hari kejadian.. huhuhu.. Dapat tarikh baru utk pemberian Ad-Litem dan jawapan kepada discussion di Sulh.. 

Dalam tengah hari tu, baru la setel.. yang lain dah boleh balik tapi kitorang kena stay jap sebab ada hal di bahagian dokumen Ad-Litem.. huwaa.. laparnya.. pagi tu, start drive dari rumah dalam pkul 8 lebih sebab lambat sgt bersiap.. memang tak sempat la nak sarapan.. sempat minum BF Skinny je buat alas perut.. 




Kes di mahkamah ni lanjut sampai tgh hari.. then, kitorang kluar solat dkat masjid terdekat sebelum masuk balik mahkamah utk urusan di ofis jam 2.30 ptg.. mmg tak sempat juga nk cari mkanan.. huwaaaa.. laparrr bangeettt... Then, dalam pkul 3 ptg mcm tu, setel dah urusan tu.. alhamdulillah.. dah boleh balik.. mmg singgah dekat RnR jap cari makanan utk alas perut.. nk mkan nasi mcm tak je.. so, dpt la jagung kukus dan ayam gunting.. okay la.. balik rumah nnt baru cari makanan yg berat2.. 

Sampai je kat rumah dlm pkul 4.30 ptg, ingatkan dah boleh rehat.. tp, sayangnya tidak.. huwaaa.. (T_T) diorang tak pergi hantar balik kereta sewa (Exora) tu, walaupun sy dah remind diorg time diorg drive kluar mahkamah.. aduyai.. sabar je la hati.. so apalagi, bergegas la saya masuk rumah, grab kunci Exora tu dan pi hantar balik dekat agensi kereta sewa tu.. kalut jadinya la saya petang tu.. huhuhu.. sampai dekat sana dlm pkul 4.50 ptg.. habis drift dah tu.. nasib baik la tak kena charge lebih masa sbb lewat 20 minit hantar kereta tu.. dia kata kalau lewat lebih 30 minit (lebih 5 ptg) baru diorang akan charge tambahan masa.. pheww.. nasib baik.. 

Oh ya, lupa nak bagitau.. saya dapat ole2 daripada seorang sahabat dekat mahkamah tu.. terkejut jugak la sebenarnya dia bagi ole2 tu.. tak sangka yang saya boleh dapat ole2 dr dia.. selalunya kwn rapat sy je yg slalu bagi ole2 ni.. alahaii.. suweetnya.. siapakah gerangannya itu? hehehe.. biar lah rahsia.. terima kasih atas ole2 tersebut.. (^_^) cantik ole2nya.. Semoga Allah SWT memberkati hidupnya, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya.. Aamiinn.. 


Saya rasa setakat ni dlu story saya berkenaan harta sepencarian ini.. Prosesnya masih ada lagi.. selepas proses harta sepencarian akan ada urusan yang melibatkan faraid dan pejabat tanah.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Aamiinn.. 

Sehingga ketemu lagi.. Fi Hifzillah.. (^_^) 

Monday, January 22, 2024

Masih bernafas lagi.. alhamdulillah..

Hai... moshi ...moshi... wahhh.. lamanya tak jengah kat sini... lebih 3 tahun kowt saya tak jengah kat sni.. ni bukan di tahap berhabuk dah ni, tapi dah di tahap hidupan liar beranak pinak dh dekat sini.. hahaha.. serious busy yg amat.. sekarang baru kita tau bahawa kerja sebagai pendidik ni banyak betul yang nak kena buat.. yang tahu tu, tahu.. ^_^ 

Okay, kita nak start dari mana ea.. Hmmm... Alright, sebenarnya, time ni student tengah minggu ke-14, so saya tengah marking assignment untuk kod MKT623 (Sales Force Management) dan MKT656 (Global Marketing). Sambil2 marking assignment tu, datang la kemengantukan yang tahap dewa.. baca ayat diorang kaw2.. ada yang ada kaitan dan ada juga yang takde kaitan.. berkat pertolongan Chat-GPT memang power2 ayat dalam assignment ni.. tp, nak kena tengok juga sama ada dia ada justification utk reason dia atau tak.. ada kaitan ke tak.. nampak macam mudah, tapi sebenarnya agak rumit.. 


Pada minggu ke-14 ni, ada final test.. final test ni untuk student degree yang ambik subject MKT623.. Soalan esei semuanya.. long essay and short essay.. disebabkan diorang sangat ramai, so saya terpaksa book dewan utk diorang jawab test.. test diorang saya buat waktu petang dalam tempoh 3 jam.. 

Saya klau dah mengantuk, nak turun bawah cari makanan memang tak la.. disebabkan ofis saya ni atas kayangan sangat.. memang bercinta la nak turun.. semput oo nak naik balik.. so, kita snap je la gambar keadaan semasa di ofis.. hehehe.. tp, sempat susun2 sikit sebelum snap... then, lepas rehat lunch kita sambung marking balik ea.. caiyok!! 


Kalau sapa yang pernah baca post saya sebelum ni, memang korang akan tau yang saya ni memang die-hard fan utk kamen rider.. yang paling kakkoi adalah Kamen Rider Decade.. minat gila2 kut kat dia ni.. pesaing dia yang Kamen Rider Diend tu pun saya minat.. saya minat dia sebab dia suka cari pasal dengan Decade.. hahaha.. nampak macho di situ... tapi, last2 diorg tolong jugak sesama diorang.. waaaa... indahnya sebuah persahabatan... ^_^ 

Antara kamen rider yang best adalah Kamen Rider Kiva, Kamen Rider Ryuki, Kabuto, Den-O, Kamen Rider W, Kamen Rider OOO, Kamen Rider Wizard.. tapi yang paling best adalah kamen rider zaman Heisei (fasa pertama).. kalau yang zaman Heisei (fasa kedua) dah start tak best.. utk fasa dua, yang last saya layan adalah Kamen Rider Gaim.. berkisarkan buah-buahan.. durian pun ada.. hahaha.. ^o^ 

Lepas tu, start je Kamen Rider Drive, Ghost dan Ex-Aid dah mula tak best.. pastu masuk pulak zaman Reiwa, dah semakin kurang best... so saya pun dah stop tengok kamen rider.. Kalau ikut la kan, dia ada tiga zaman; zaman Showa, zaman Heisei dan zaman Reiwa.. 

Kamen rider yang zaman Showa kurang best dan zaman Reiwa lagi2 tak best.. jalan cerita dia tak berapa nk best sangat.. kalau korang nak tengok, saya suggest korang tengok yang zaman Heisei tapi pilih yang fasa pertama.. tapi kalau nak tengok fasa kedua Heisei, yang awal2 je okay (macam W, OOO, Wizard dan Gaim).. 

Wah, cakap pasal kamen rider boleh panjang ooo... hahahahaha.. okay, berbalik kepada topik tadi, pelapik laptop dan mouse ni sy order dari Shopee.. tp saya minta dia custom ikut gambar yang saya bagi.. ambik masa seminggu lebih gak la.. sebab dari China.. 


Yang ni la antara penyejuk mata saya kat ofis.. time saya kecik2 dlu memang saya mengimpikan ada tempat kerja yang saya boleh susun cantik2 pen, highlighter, stickers, washi tape, sticky notes dan seangkatan dengannya.. Alhamdulillah, saya berjaya capai salah satu daripada impian saya.. 


Ni antara stok makanan dan minuman kalau saya dan officemate saya lapar.. kalau rasa2 macam tak sanggup nak turun dari kayangan ni, kita bancuh je la air dkat ofis.. kalau rajin, baru kita turun dan cari makan kat luar.. drive-thru atau dine-in kat kedai makan... itu pun kalau ada banyak masa la.. Tapi, kalau tengah marking2 assignment atau final exam ni, memang tak la saya nak turun pi cari makanan.. kita makan je la apa yg ada sebagai kudap-kudapan sebelum dapat makan makanan berat balik kerja nnt.. bertabahlah..  

Okay la, rasanya setakat ini dulu kowt saya nak berceloteh.. saya ni kalau bab bercerita memang akan jadi panjang.. sekecil2 alam sehingga sebesar2 alam saya akan cerita.. kowt nanti korang boring lak nak dengar... okay la, saya pun nak start sambung balik marking assignment ni.. caiyok!! You can do it! Nanti saya mai singgah sini lagi.. Itu pun kalau ada benda2 best yang saya nk story mory.. ^_^ 

Ja mata ne~  (^_^) 

Saturday, November 21, 2020

Aktiviti Mengurangkan Stress

Assalamu'laikum my lovely bloggie.. 
Ogenki desu ka? Hisashiburi desu ne~
Waa.. Lamanya tak jenguk kat sini.. Takpe.. Tak berhabuk sangat pun blog sy ni.. Setakat nak bersihkan sikit2 ni boleh la.. Hehe.. Sorry la, sebab lately saya agak busy sikit dengan kerja.. Kerja itukan satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan.. So, untuk dapat rezeki yang berkat, usaha kita perlu lah setara atau lebih daripada hasil yang kita dapat..

Hmm.. Sebenarnya dalam bulan yang lepas, saya agak tertekan. Emosi agak tak stabil waktu tu. Dizziness tahap teruk sgt dan rasa mual sangat. Kepala rasa berdenyut sgt.. Tangan pun dok menggeletar je.. Nak tulis pun macam payah je.. Wah.. sangat menakutkan.. ni dah melibatkan saraf nie.. Wah.. Mungkin kerana belum biasa dengan tugasan yang diberikan.. Agak advance.. Itu yang jadi stress kowt.. Almaklum la sebelum ni saya hanya deal dengan kanak-kanak tadika.. Wahh.. Tetiba teringat plak dekat diorang.. Rindu la pulak nak layan celoteh diorang.. Kalau layan diorang bercerita ni, sampai ke petang pun tak habis.. Hehehe.. 

Okay, berbalik kepada kisah kita tadi.. selepas saya mengalami sakit kepala yang sangat teruk, saya memang kena cari penawar dia.. Nak pi klinik? Hahaha.. Memang tak la.. Trauma kowt dgn doktor time sy diploma dulu.. waaa.. suka hati dia cakap saya ni pembawa virus.. Ingat sy ni takde perasaan.. Sabar je la hati.. Lepas tu sy terus nekad tak nak dah pi klinik or hospital.. Demam pun sy tak ambil ubat.. biar sembuh sendiri.. Saya ni jenis susah nak terkena demam.. alhamdulillah.. Tapi, kalau dah terkena demam tu, alamatnya memang lambat la nak baik.. Ada hari tu sampai sebulan baru sembuh demam.. Kalau demam ke sakit perut or kepala memang saya tak ambik langsung panadol.. Bahaya kowt..
Sumber: Google

Alhamdulillah syukur ya Allah.. sekarang ni kepala saya dah kurang rasa pening.. Tiada lagi rasa mual2 atau tangan menggeletar.. Apa yang saya dah buat? Cara dia, bila time saya rasa sakit kepala sangat2, saya terus tutup buku, laptop dan apa sahaja fail2 yg ada depan saya dan saya sandar ke kerusi dan pejam mata. Kosongkan fikiran.. Meditasi.. Ala2 yoga gitew.. Sambil tu saya pasang ayat2 Al-Quran dan ikut bacaan dia sekali.. Dalam setengah jam mcm tu dah rasa kurang sikit, baru la sy bangun dan buat kerja lain.. Atau pi cari makanan.. Solat hajat perlu buat juga minta hilangkan rasa pening2.. Amalkan bacaan surah-surah pilihan setiap hari pagi dan malam.. In sha Allah, akan berkurang penyakit tersebut.. Arwah papa pernah cakap dekat saya, kalau kita dapat sesuatu penyakit tu maksudnya kita ada buat salah dengan Allah.. Allah sayang dekat kita, tu sebab kalau kita buat salah dia akan datangkan penyakit kepada kita supaya kita cepat sedar dan insaf.. So, kita kena bertaubat dan minta ampun atas kesalahan kita.. Allah sentiasa ada bersama kita.. 

Sumber: Google

Then, sementara nak siapkan lesson materials atau tugasan saya yang lain, saya akan selitkan dengan hobi saya iaitu menghias planner dengan stickers dan washi tapes.. Tu pun salah satu cara lain utk terapi minda dan emosi.. Saya peruntukkan masa dalam 15 minit.. Saya suka sangat kumpul stickers, sticky notes dan washi tapes.. Semuanya saya simpan dalam box.. kalau saya singgah Mr DIY atau mana2 kedai buku, saya akan cari washi tapes dan stickers.. Walaupun orang cakap benda2 tu faveret budak2, sy tak kisah langsung.. Janji kita happy.. Kan.. Tapi kebanyakannya saya akan order dekat Shopee.. Lagi cantik dan cun.. Kawaii~ *(^_^)*

 
 
 


Sebelum ni waktu saya diploma dan degree, saya hilangkan stress saya dengan cara mewarna gambar.. Saya cari satu colouring book gambar kartun mickey mouse.. Then sy akan warnakan gambar2 tersebut.. Memang sgt berkesan! Walaupun saya warna tak secantik orang lain, tapi kalau dah boleh kurangkan stress kita, kira dah okay la tu.. Jangan hiraukan kata2 orang lain.. percaya la pada diri sendiri.. Ayat ni la yang saya pegang sampai sekarang.. "To succeed in life, you need two things; ignorance and confidence!"



Sambil mewarna tu fikiran saya jadi tenang dan sy boleh kosongkan minda sy buat seketika.. Selalunya saya hanya akan warna sampai sy dah rasa tenang sikit then baru saya berenti.. kadang tu tak sampai habis satu gambar lagi saya dh okay.. so sy berenti je la.. hari lain waktu stress baru sy sambung semula.. siapa kata jadi student ni tak stress? Stress woo.. Byk benda sebenarnya boleh buat kita stress.. kalau nak senaraikan tu, memang panjang list dia.. Huuu... Tapi tu la juga yg akan jadi kenangan kpd kita sebagai seorang pelajar yang belum tentu kita akan dapat dekat tempat lain.. (T_T)

Okay, back to planner.. Saya mula guna planner ni tahun 2011.. Waktu tu saya beli saiz A5.. Saiz buku latihan pendek tu.. Saya guna planner tu untuk tulis assignment bila nak hantar, tarikh2 test dan quiz dan bila nak study.. tapi ruang dia agak terhad utk isi.. So start tahun 2015, saya mula beli planner bersaiz A4.. Banyak sikit ruang nak isi dalam tu.. Selalunya saya beli planner dari UniPaper.. Warna warni je dalam tu.. Tinggal utk hias dengan stickers dan pen warna-warni je.. yeay~ *(n_n)*


Planner yang kat atas ni antara koleksi planner yang saya dah guna tahun2 sebelum ni.. Untuk planner tahun ni (2020) saya hanya menghias planner yg dah siap ada kotak2 tu.. Selalu planner yg ni saya akan tulis apa plan utk bulan tu.. tarikh interview, appointment, subjek utk tuisyen, bila nak submit task yg diberikan, bila nak prepare slide dan teaching materials.. dan planner ni saya campurkan work dgn personal.. Tapi, isinya banyak saya isi berkenaan kerja.. Yang ni planner saya yang bersaiz A4..


Tahun 2020 ni sebenarnya saya ada 2 planner.. Saya dah beli yg UniPaper then saya pi order lagi planner dekat Shopee.. Jadinya, monthly planner dia bergabung la tugasan melibatkan kerja dan personal.. walaupun depa dua ni bergabung, tapi planner yang saiz A6 ni agak berbentuk personal sikit.. Sebab ada bahagian daily planner.. So, dekat situ la saya akan tulis diari sy.. Walaupun buku ni tulis 365 days, tapi sebenarnya tak jugak.. Lepas saya dah tulis dari 1hb Januari sampai la ke bulan November.. Rupa-rupanya, muka surat dia tak cukup untuk 365 hari.. Hehehe.. Apa nak buat.. Kita sambung je la tulis sampai habis bulan November..


Bermula tahun depan (2021) saya nak try buat bujo planner pulak.. Kita akan design daily dan weekly planner sendiri.. termasuk financial planner, to-do list, daily trackers, doodles dan mcm2 lagi.. Yang bestnye saya akan asingkan planner utk kerja dan personal.. Yeay! boleh sambung tulis diari.. So, sebagai preparation saya order planner through Shopee termasuk loose item dia.. Saya memang suka shopping online lagi daripada offline.. hehehe.. mungkin faktor usia kot.. Sy suka lagi Shopee berbanding Lazada.. sebelum ada Shopee, dulu saya shopping dekat 11Street dan Lazada.. Sekarang ni, saya setia kepada Shopee (sebelum wujud app lain yg lebih baik).. Even laptop dan printer pun saya order dekat Shopee.. Alhamdulillah, nasib baik laptop dan printer sampai dengan selamatnya.. Ni pun saya tak sempat nak rate barang lain yg dah sampai.. Hehehe.. tu yg 'To Rate' jadi 13 tu.. Ni pun masih menunggu lagi produk lain nak sampai.. Ada yang dari oversea.. Waaa.. memang kaki shopping betul la syida nie.. aduyai.. payah dah nk ubah perangai dia ni.. mohon2 la bertaubat syida oii.. ^o^






Planner tu saya order warna dark blue.. Sebab pilihan warna ada 4 je.. Black, Dark blue, Orange dan Chocolate.. Kalau dark blue nampak macam cantik sket.. Mula tu saya decide nak pilih kaler orange sbb kaler dia sgt cantik dan terang.. pastu tetiba teringat dekat sami waktu tengok kaler orange.. hahaha.. spoil betul la.. so kira tak jadi la nak ambik kaler orange.. Hehehe.. Btw, sy plan yg kaler dark blue ni nak jadikan sbg planner untuk kerja je.. So, semua appointment berkaitan kerja saya, saya akan catat dalam planner ni.. Untuk diary pula, saya dh beli dekat Mr DIY.. Cantik sangat.. Pink gitew.. Bunga sakura lagi tu.. Hehehe.. Tak sabarnye nak guna diari ni.. Yatta~

 

Okay la, tetiba panjang pulak sy bercerita kali ni.. hee.. saya rasa setakat ini dulu kowt coretan saya buat kali ini.. Nak kena pi sambung siapkan materials untuk subjek yang saya mengajar sem ni.. Waaa.. jumpa lagi ye my lovely bloggie.. Jgn nakal2.. Stay safe and take care.. Covid-19 belum tamat lagi ye.. Sehingga ketemu lagi.. Ja mata ne~

Monday, July 27, 2020

Sayonara~ Miura Haruma T_T

Assalamu'alaikum guys. How's it going? Ogenki desu ka? Harap you guys sihat.. Covid-19 still tak habis lagi nie.. Kes baharu pun makin meningkat.. 

Berbalik kepada topik kita, beberapa hari yang lalu saya dikejutkan dengan berita kematian Miura Haruma. WHAT?! Tidaaakkk!! Kenapa dia? Saya tak sempat lagi nak fly ke Jepun jumpa dia.. Huwaaa.. (T_T) Sedih sangat dengar berita nie.. Kenapa la sampai macam tu sekali.. 

Dia adalah antara actor yang paling saya minati selepas Yamashita Tomohisa (yamapi), Jun Matsumoto dan Sakurai Sho. Saya mula kenal dia dalam cerita Gokusen 3 sebagai Kazama Ren.. Siap ada gambar dia lagi menghiasi wallpaper komputer.. dan profile picture di Facebook.. memang banyak betul koleksi gambar dia yg kakkoii tu.. Selalu gak saya ulang tengok cite Gokusen ni.. Best sangat..  

Source: From Google

Then, saya terjebak dengan drama dia yang lain seperti Bloody Monday.. waaahh.. cho kakkoii~~ memang pandai betul dia memainkan wataknya sebagai seorang hacker.. Saya suka tengok dia berlakon.. Fall in love gitew.. hehehe..

Source: From Google

Dia ada juga berlakon dalam cerita genre comedy. Tajuk drama dia, Samurai High School.. Sangat funny.. Dari seorang yang tak pandai lawan kepada seorang yg ada ilmu martial art.. Hehe.. But then, selepas tu saya kurang dah tengok drama sebab nak fokus dekat study.. Time tu saya tengah buat Diploma.. Dengan assignment dan kena jawab past year questions.. so, memang saya takde masa lagi nak layan Japanese drama..

Tup2.. dengar dia dah meninggal dunia akibat suicide.. Saya pun tak tahu kesahihan berita ni. Ada yang cakap masalah emosi dan tekanan dari production agency dia. So, sebagai ahli netizen yg bijak, saya serahkan semuanya kepada mereka untuk memberikan keputusan. Kita tak sepatutnya masuk campur.. Biarlah Haruma seorang saja yang tahu apa sebenarnya yang dah berlaku.. Sekarang hanya tinggal kenangan.. Huhuhu.. T_T

Sunday, July 19, 2020

Bilik baharu.. Weee~~~

Alhamdulillah.. Hari ni saya dah berpindah ke bilik baharu.. Besar juga la.. tapi takde la sampai sebesar bilik mesyuarat tu.. Hehehe.. Yang penting selesa, kan.. Bilik ni pun baru je dihuni semula.. So, agak berhabuk sikit la.. Lagipun, time mco baru2 ni, tiada yang masuk bilik ni.. Memang confirm la kena kemas gak.. Nak decorate? Hmm.. Maybe seminggu dua nanti baru decorate.. hias sket2..


Dapat rakan sebilik juga seorang pensyarah baharu di UiTM ni.. dia baru je masuk bilik ni sebulan yang lalu.. Seorang yang friendly.. That's great! Sebab sy ni jenis pendiam sket.. Jap.. Rasa mcm tak je.. Dalam family, saya la paling byk ckap smpai diorang pun tak larat nak dengar sy berceloteh.. Especially kalau time mood swing.. byk la yg sy berleter..  memang kena tahan telinga la jwbnya.. hehe.. Tapi, kalau nak kata sy ni pemalu, mcm bukan jugak.. sebab kalau jumpa stranger still boleh tegur.. maybe saya agak kurang intention untuk bersosial.. 

Introvert ka? Hmm.. Macam iya juga.. Ciri-ciri Introvert kebanyakannya sama dengan saya.. suka observe orang.. tengok perangai diorang.. kalau dekat majlis ramai orang, saya akan pilih tempat hujung dan jauh sket.. cepat penat kalau stay terlalu lama di tempat yang ada ramai orang.. prefer staying home at the weekend rather than going outside.. prefer online shopping lagi daripada pergi jalan2 shopping dekat mall.. waa... Too crowded.. Can't breath.. Dizziness.. Drowsiness.. Nak balik cepat.. and so on.. Takkan la faktor usia kot yg membuatkan saya kurang berminat untuk keluar.. Hmm.. Time saya muda2 dulu best je keluar jalan2.. Tapi sekarang macam dah tak minat nak keluar.. Nak kata tua tu.. takde la tua sangat.. tua sikit je.. hehee.. Definitely introvert! No doubt! ^_^

Sunday, June 28, 2020

Hadiri Webinar Dr OT

Alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang untuk hadiri webinar yang disampaikan oleh Dr OT. Kiranya, ini adalah first time saya hadiri webinar selepas memegang tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Webinar ini merupakan anjuran JK Penerbitan UiTM, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Kedah. Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat pihak UiTM Kedah kerana menganjurkan webinar ini. Sangat-sangat membantu buat insan ini yang baru mula nak merangkak dalam bidang pendidikan ini. Thumbs up!!


Dr OT sememangnya merupakan sumber rujukan saya ketika menyiapkan kajian saya. Ketika saya mula membuat kajian phd saya pada tahun 2014, saya telah membeli dua buah buku Dr OT dengan duit gaji saya sebagai seorang research assistant iaitu, "Tulis Tesis Cepat" dan "Tesis: Mendeley". Sebelum saya membeli buku Dr OT, saya hanya membaca dan merujuk blog Dr OT untuk memahami lebih mendalam tentang penyelidikan dan cara pengiraan measurement model.. Blog Dr OT sangat santai bahasanya dan mudah difahami. Terbaik!! Alhamdulillah, pada tahun 2018 saya berjaya siapkan phd saya. 

Feedback webinar ni?? Hmm.. Selepas hadiri webinar ini, semangat saya untuk menulis buku kembali semula. Actually, ketika saya membuat phd dulu, saya ada mengarang 2 buah buku, tetapi sayangnya ia berhenti di tengah jalan.. hehehe. tak pasti apa sebabnya.. tau2 je dah berhenti menulis buku.. Maybe, during that time saya fokus dekat penulisan article je.. Huuu.. In sha Allah, saya akan sambung menulis semula..

Okay, till next time! Be safe and take care! Covid-19 belum tamat lagi ye.. ^_^

Sunday, March 29, 2020

Covid-19

Assalamu'alaikum my lovely bloggie.. Alhamdulillah, sy diterima untuk jawatan pensyarah di UiTM.. Pada 23 Februari 2020, ketika sy otw balik kampung di Kerteh, sy dapat panggilan dari HEP UiTM Merbok.. Saya diterima utk jawatan pensyarah.. Alhamdulillah.. Syukur ya ALLAH.. Saya macam tak percaya je diterima.. In sha Allah, saya akan buat yang terbaik demi agama, negara dan bangsa.

Namun, tarikh yang dipilih untuk lapor diri jatuh dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (movement control order) iaitu between 18 - 31 March 2020. Nasib baik saya belum lagi bertolak keluar dari Terengganu or else maybe saya akan stuck kat sana tanpa bekalan makanan.

Ikut jangkaan saya maybe dalam awal bulan April sy boleh lapor diri, but then melihat kepada jumlah kes positif covid-19 yang semakin bertambah nie.. kepada 2,320 orang.. So, nampak gayanya memang tertangguh lagi la nie.. 


Our PM menambah lagi tempoh PKP demi menghapuskan rangkaian Covid-19 ini iaitu bermula 1 April 2020 sehingga 14 April 2020.. Sehingga kini (28 Mac 2020) jumlah kematian meningkat kepada 27 orang.. Takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Kes baru dah kurang sikit peningkatan dia selepas diumumkan PKP, so nasihat saya untuk semua sila la duduk di rumah..


Jaga kesihatan dan kebersihan kalian.. Selagi kita boleh makan apa yang ada kat rumah, makan je.. Jangan keluar rumah walaupun untuk membeli roti.. Better stay at home.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...