Sunday, June 28, 2020

Hadiri Webinar Dr OT

Alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang untuk hadiri webinar yang disampaikan oleh Dr OT. Kiranya, ini adalah first time saya hadiri webinar selepas memegang tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Webinar ini merupakan anjuran JK Penerbitan UiTM, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Kedah. Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat pihak UiTM Kedah kerana menganjurkan webinar ini. Sangat-sangat membantu buat insan ini yang baru mula nak merangkak dalam bidang pendidikan ini. Thumbs up!!


Dr OT sememangnya merupakan sumber rujukan saya ketika menyiapkan kajian saya. Ketika saya mula membuat kajian phd saya pada tahun 2014, saya telah membeli dua buah buku Dr OT dengan duit gaji saya sebagai seorang research assistant iaitu, "Tulis Tesis Cepat" dan "Tesis: Mendeley". Sebelum saya membeli buku Dr OT, saya hanya membaca dan merujuk blog Dr OT untuk memahami lebih mendalam tentang penyelidikan dan cara pengiraan measurement model.. Blog Dr OT sangat santai bahasanya dan mudah difahami. Terbaik!! Alhamdulillah, pada tahun 2018 saya berjaya siapkan phd saya. 

Feedback webinar ni?? Hmm.. Selepas hadiri webinar ini, semangat saya untuk menulis buku kembali semula. Actually, ketika saya membuat phd dulu, saya ada mengarang 2 buah buku, tetapi sayangnya ia berhenti di tengah jalan.. hehehe. tak pasti apa sebabnya.. tau2 je dah berhenti menulis buku.. Maybe, during that time saya fokus dekat penulisan article je.. Huuu.. In sha Allah, saya akan sambung menulis semula..

Okay, till next time! Be safe and take care! Covid-19 belum tamat lagi ye.. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...