Thursday, November 1, 2018

Throwback - Hooding Ceremony & Convocation 2018

Assalamu'alaikum my lovely bloggie.. Waa.. Lama betul sy tak menulis di sini.. Harap2 korang semua baik2 aja ya.. Okay, sebenarnya saya nak share sket tentang Hooding Ceremony dan Convocation yang saya telah hadiri pada akhir tahun lepas..

Kisahnya bermula apabila saya menerima RSVP dari Unimap yang menjemput saya menghadiri majlis Hooding Ceremony di Putra Palace pada 25 October 2018. 



Ketika saya hadiri majlis tu, memang ramai juga la yg attend.. Hooding ceremony ni apa sebenarnya? Hooding ceremony ni boleh kata macam sebuah majlis di mana, supervisor akan memakaikan hood dan topi bonnet kepada pelajar PhDnya sebagai tanda pengiktirafan yang special bahawa mereka telah berjaya menamatkan PhD mereka. 

Dalam erti kata lain, macam satu hadiah buat student yang telah berjaya survive selepas menempuh segala macam onak duri, ribut taufan dan puting beliung ketika menjalankan kajian PhD mereka.. Saya pergi majlis tu pun sebenarnya sebab sy nak experience macam mana hooding ceremony nie.. sbb macam best jer dengar org kata.. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Best ker???

Of course la,... biasa2 je.. Takde la best pun.. Hehehehe.. Just kidding.. Sebenarnya, majlis tu best sangat2 sebab.... ada makanan dan minuman.. hehehe.. itu yg paling penting buat sy.. And then, dekat majlis tu, of course ada persembahan.. tapi, okay la persembahan dia tu.. walaupun takde la havoc sgt mcm concert BTS tu.. hehe.. Meriah juga la majlis dia ni..



Selepas persembahan, MC start panggil nama one by one.. Time nama saya dipanggil, nervous giler.. takut gak kalau2 terpijak kain time naik tangga or tersadung wayar2.. waa.. menakutkan.. hee.. Sy dengar org kat situ cakap yg main supervisor sy tak dapat datang.. Nasib baik la co-supervisor sy ada.. kalau tak, mmg sy regret la pi majlis tu klau kedua2 supervisor sy xde.. 

Selepas diorang pakaikan hood, diorang akan pakaikan bonnet kita.. dalam masa yg sama, pelajar kena kemaskan hood dgn mencantumkan tali hood pada button gown.. Naah.. Time nie jugak la button dan tali gown sy buat hal.. Diorg tak sehati sejiwa plak.. Tetiba, boleh plak diorg buat tak nak bercantum.. Adeh.. Dah la aq tengah neves nie.. diorg wat msalah lak.. bertambah lg la nevesnya.. T_T 

Selepas sesi pengiktirafan tu, sempat la sy snap 1 @ 2 gambar sy.. buat kenangan orang kata.. bukan selalu kan kita boleh pi hooding ceremony ni.. kna buat PhD semula baru boleh pi.. hehehe.. sanggupkah anda?? hehe.. tak sanggup den.. klau buat PhD tanpa presentation, kemungkinan sy boleh buat PhD lagi sekali.. Tapi, klau kna buat presentation or viva, memang tak la jawabnya.. buat masa ni, mmg tak la.. mana la tau.. beberapa tahun lagi saya tergerak hati nak buat PhD lagi..

Ni gambar sy bersama geng2 PhD dari UniMAP yang grad sekali dgn saya, 2018.. Ada yang dari school yg sama dengan sy iaitu, School of Business Innovation and Technopreneurship (PPIPT) dan yang lainya semua dari school yang berbeza.. budak engineering ada, budak chemical ada.. budak mechanical ada, budak mekatronik ada.. dan lain2 budak yg sewaktu dengannya.. hehehe.. budak lagi ke diorg ni??? bapak2 dan mak2 budak ader le.. ^o^ 



Then, selepas selesai je majlis tu, sy trus buka gown dan trus bergegas balik.. malas nk selfie merata2 sbb byk lagi keja kat rumah nk kna buat... lagipun lepas habis majlis ni, sy plan nak pi beli brg dapur.. nasib baik la mama nak temankan sy shopping beli brg dapur.. ada juga peneman.. takde la rasa macam ibu tunggal membeli brg.. hehehe..  ^_^  

Berbalik semula kepada kisah saya, selepas Hooding Ceremony, sy kna hadiri konvokesyen UniMAP ke-13 di UniMAP Pauh Putra.. Dah la sidang pagi.. Dari Kangar ke Pauh? Jauh tu.. Kira-kira dalam pukul 7 lebih sy dah start drive dari rumah.. Sampai sana, tengok2 parking dah takde.. Punya banyak kete kat sana.. Jammed trus jalan nak masuk UniMAP.. Sy pun konfius jap.. Diorang ni mai lepas subuh ka? ke diorang berkampung semalaman kat sni? Cepat betul parking dia penuh.. Huhuhu.. Jauh jugak la sy nak park sebelum berjalan ke dewan.. 

Sampai je dekat dewan, semua orang dah siap beratur di luar dewan.. dengan siap pakai gown, hood dan mortarboard/ bonnet.. Waaa.. Gown, hood dan bonnet sy pun masih terletak elok dlm beg kertas.. duduk sopan2 je diorang dalam beg tu.. waa.. apa lagi, sy pun  terus daftar nama dan terus mencari barisan sy.. dlm barisan baru la sy start pakai gown, hood dan topi penyet tu.. nasib baik la, ada phone.. boleh buat pengganti cermin..

Sebenarnya, pagi hari konvo tu saya bawa Mama dan adik saya.. peneman mama dalam dewan.. Sedih jugak la sebab papa tak dapat pergi sekali.. hhuuwaaaa...T_T  

Sidang pertama!! Pergh! Segala macam ucapan dan anugerah kehormat sebelum tiba giliran kitorg budak2 doctorate nie.. waduh.. lama benar nk tunggu.. nasib baik tak tertidur je lagi.. time dalam dewan tu, beberapa kerusi sebelah kanan dan sebelah kiri sy kosong.. maybe diorg tak dapat hadir rasanya.. sebab kebanyakan student doctorate ni dari luar negara.. habis je study, trus diorang balik ke negara diorang.. mungkin trus sambung kerja diorang la tu..



Lepas selesai majlis, saya terus hantar balik jubah konvo ke bilik yang ditetapkan.. sebab kalau balik kangar pastu nak pergi pulak ke pauh untuk hantar jubah, macam jauh je.. habis minyak kete plak.. tu yg terus hantar..

Habis ke urusan jubah, sy setelkan urusan gambar konvo, gambar hooding ceremony dan dapatkan sijil pengiktirafan PhD dari UniMAP menandakan saya dh tamat belajar di UniMAP.. Sebelum balik, sy dapat plak satu kad alumni UniMAP.. Bekas pelajar UniMAP..

That's the end of my convocation day.. Drive balik ke Kangar semula dengan penuh keletihan.. 

Monday, July 23, 2018

Pengakhiran Pengajian PhD

Moshi.. moshi.. Ogenki desuka? Atashi? Genki desu.. Waa.. Lamanya saya tak jenguk kat sini.. since lepas viva hari tu.. Hee.. Harap2 takde la yang berkarat or bersawang ye.. *(n_n)* 


Alhamdulillah, syukur ya Allah.. Semuanya sudah selesai.. Surat senat telah saya perolehi dari CGS UniMAP, so saya dah boleh start apply job.. Yeay! First time nak apply job.. Resume kna prepare lain.. CV kna create yang baru.. Sebab CV diperlukan untuk yang apply dalam academician.. Diorang tak terima resume.. Hee.. Konvo?? Lambat lagi.. Hujung tahun maybe.. *(^_^)* 



Perjalanan kehidupanku sebagai seorang pelajar phd telah sampai ke titik pengakhirannya. Segala pahit manis dalam menempuhi perjalanan ini akan saya pahatkan dalam ingatan sampai bila-bila.. Tetapi, titik ini jugalah merupakan satu titik permulaan saya sebagai seorang researcher yang bergelar 'Dr'.. Hmm.. Title ini merupakan satu gelaran yang besar dan masih belum mampu untuk saya menanggungnya.. Dengan ini, saya akan berusaha untuk menggalas tanggungjawab ini demi penyebaran ilmu buat semua.. Ilmu itu untuk disebar dan bukanlah untuk disimpan kan.. Doakan saya agar saya dapat terus tabah menempuhi alam ini.. 

Buat masa sekarang, saya sedang menulis sebuah buku mengenai psychology pelanggan dan pemasaran.. Saya cuba untuk mengkaji sesuatu di luar bidang pengajian saya dan membuat sedikit kajian mengenainya.. Kata researcher.. so, saya boleh jer kaji apa2 sahaja yang saya nak kaji.. Memahami perangai pelanggan memang mencabar.. kerana pasti ada yang menyembunyikan perangai sebenar mereka.. hehehe.. sekarang kita kaji pasai ragam manusia.. waaa.. best tu.. boleh tau apa maksud tersirat di sebalik 'action' mereka.. omoshiroi! 

Pengalaman sebagai pelajar postgraduates telah mendewasakan saya dalam memahami selok belok menghadiri conference dan penerbitan jurnal dan buku. Bukan mudah untuk hadapi semua ini.. Tetapi istiqamah dalam melakukannya pasti membantu kita dalam menyiapkan segala tugasan dan pekerjaan. Kena consistent untuk tulis jural or buku. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Man jadda wajada wa man zara'a hasada..  


Source: Cikgugrafik

Okay la.. sampai di sini sahaja yang saya dapat coretkan buat kali ni.. Nak pi cari makanan plak.. hehehe.. Benda yg paling saya suka adalah, makan.. Makanan yg sedap2 je la.. jalan2 cari makan.. weeee~~ Okay2.. Lain kali saya mai jenguk sni lagi ya.. Sehingga ketemu lagi.. Jaga diri ye.. Kalau jatuh, bangun sendiri.. wa tak nampak.. hehe.. Ja na~ 

Puisi Buat Sahabat


Sahabat,
Kemunculanmu ibarat sinar mentari
Terang gemilang menyinari hidupku
Kemunculanmu menerangi jiwaku 
Jiwa yang sekian lama diracuni
Oleh tangan-tangan yang mencemburui
sebuah ikatan persahabatan

Walaupun kita tidak ditakdirkan
Untuk bersama selamanya
Pasti manis pertemuan yang kita dambakan
Pertemuan yang menjanjikan keindahan
Pertemuan yang menyatukan jiwa
Pertemuan yang membibitkan perhubungan

Tuturmu mengungkap seribu makna
Kemesraanmu mendamaikan diriku
Kerenah manjamu menghiburkanku
Tangisan hibamu meresahkanku

Kemanisan dalam persahabatan
Kemanisan dalam perjuangan
Yang menutupi kepahitan jiwa

Memori indah suka duka
tidak pernah dilupai
memori tercipta bersama kalian
memori indah hingga akhir usia

Kiranya setiap pertemuan
Pasti adanya sebuah perpisahan
Andai kata perpisahan ini
Memisahkan jiwa
Hiaslah jiwa tingkatlah iman
Dengan amalan yang bakal dihisab
Di akhirat kelak

Wednesday, March 7, 2018

Submit hard bound thesis

Assalamu'alaikum.. Hai bloggie ku sayang.. Kita bertemu lagi.. ^_^

Bertemakan tajuk pd hari ni, sy pun nak bercerita la tentang thesis yg dah selamat di'hard bound'kan or di'hard cover'kan.. Haih la.. Dia pi rosakkan Bahasa Melayu plak dah.. Hehe.. Anyway, selepas menerima smula tesis yang telah di'proofread'kan, sy pun cuba sedaya upaya untuk meng'edit' sususan ayat dan grammar yg telah dibaiki dalam masa sehari. Sebab masa dah semakin suntuk.. Tapi, apakan dayanya.. sehari pun tak sempat nak siap.. Ambik masa dlm 2 hari jugak la nak siapkan semua editing and correction utk tesis yg mempunyai 296 pages tu..

Selesai je editing, sy print tesis tu dlm 2 salinan soft copy utk diberikan kpd internal dan external examiners sy utk disemak dan diakui.. Alhamdulillah, mereka approved dan verified tesis sy berdasarkan correction yg sy dah buat.. Sy terus print 6 copy tesis utk di'hard bound'kan.. Kenapa mesti 6 copy? Bukan CGS UniMAP nak 3 copy je ke? Hehe.. Of course la kita nk simpan utk kita satu kan.. Buat kenangan.. Yg lagi 2 utk supervisors kita.. Main supervisor dan co-supervisor.. Yg last 3 tu bru hantar ke CGS..


Dalam hari Jumaat yg penuh barakah itu, selepas je print, sy trus hantar ke kedai utk di'hard bound'kan.. Cari kedai sampai ke Arau nuu.. Tp, diorg ambik masa dlm 4-5 hari utk siap.. Lpas tu sy pi cari kat area Kangar plak.. Saya pi dkat kedai yg sy biasa buat hard cover thesis utk adik sy, time dia degree dlu.. Mula2 tu diorang kata diorang boleh siapkan dlm masa 5 hari.. So, sy kata xpa lah.. Dah nk berpaling kluar kedai dh ni.. 

Niat di hati mmg nak cari kedai lain, tetiba bos dia ckap, klau nak siap 1 hari pun boleh.. Hantar pagi, ambil petang.. What?! Serious la! Pucuk dicita ulam mendatang.. Bersinar-sinar mata sy.. Blink.. Blink.. Blink.. 1 hari boleh siap! Terbaik ni! Sesuai utk student mcm sy yg slalu dok wat keje last minute.. Kedai tu depan mahkamah, klau tak silap nama kedai tu, Easy Copy & Machines Centre.. Warga Perlis pun boleh la pi sna klau korang nak buat hardcover utk thesis atau final project korang.. Promote ke? Eh, mesti.. Ni mmg niat nak promote kedai tu pun.. Service diorg mmg tip top! Kualiti terbaik!


Bos dia ckap, ada charge tambahan klau nak siapkan dlm masa sehari.. Sy pun apalagi, setuju sajalah.. Berapa pun sy sanggup bayar asalkan dapat siapkan dgn cepat.. Kalau hantar tesis melebihi tarikh yang ditetapkan, sy akan dapat 'gagal' utk phd sy tu.. Nauzubillah.. Minta jauh la.. So, selepas bayar deposit sy pun meninggalkan tesis2 sy tu kat sana.. Hopefully, diorg semua selamat la kat sna.. Terasa sedih lak berpisah dgn tesis2 tu.. Tp, xpe la.. demi nak bagi baju baru kat diorang terpaksa la berpisah jap.. 

Hri Ahad tu, diorg ada call bgtau tesis dah siap.. So, pagi2 Isnin tu lg sy dh terpacak kat kedai tu tuk ambik tesis tu. Lagipun supervisor ada call bgtau yg dia dah nak gerak pi KL.. Ya Allah, klau lambat skit je mesti tak sempat sign.. dan yg surenya tak sempat nak hantar.. huu..

Hri Rabu (7 Mac 2018) merupakan last day utk submit tesis tu.. Btw, borang approval yg sy hantar pada hari Jumaat lepas (2 Mac), still tak dpt lagi pd hri Isnin (5 Mac).. So, tgh hari tu sy pi tggu dkat school tu.. Tunggu lama pun xpa la.. Takut klau sy balik rumah nnt lagi lambat boleh dpt.. Selepas 15-20 minit, sy pun terima borang yg telah di'sign' oleh dekan dan terus memecut kete ke Seriab.. Time tu dah pkul 4.05 pm.. Ada 25 minit lg sblum pejabat CGS tutup.. Sampai je kat Seriab, jam di kete dh menunjukkan pkul 4.20 pm..

Alhamdulillah, selamat juga hantar kat diorang dlm pkul 4.25 pm.. Walaupun terawal 2 hari dari tarikh last, sy rsa lega sket.. Sekarang ni kiranya sy stay dkat rumah ja la tunggu Surat Senat.. Sementara tu sempat la nak mengarang kat sni dan baca journal psal entrepreneur..

Yaa.. Begitulah kisahnya seorang pelajar yang slalu dok bwat keje last minute.. Pengajarannya, jgn la kita slalu dok bwat keje last minute klau jantung kita tu tak berapa nak kuat sgt.. Sbb takut nnt ada lak yg msuk spital pengsan sbb sakit jantung.. Hehe.. Sehingga ke temu lagi my lovely bloggie.. XOXO

Ja mata ne~

Thursday, February 22, 2018

Throwback VIVA

Assalamu'alaikum.. Waa.. Lamanya tak jenguk sini.. Rindu banget.. Wee~ Dapat juga spent time jap.. Busy ka sebelum ni?? Hmm.. Mmg busy pun.. Tak sempat nak post anything.. Hee.. 
Berkenaan dengan tajuk post sy kali which is "throwback viva", sy nak story sket pasal viva saya yg dah selamat saya tempuhi.. Alhamdulillah.. Ni kisah yg berlaku pada tahun lepas (2017) dalam bulan September mcm tu la.. Eh, awat yg lama sangat? Hehehe.. Rileks kay... Dah nama pun throwback, mesti la yg dah lepas kan.. hee.. tak gitu.. (^_^) 

Nak dijadikan cerita, dlm saya tengah rehat-rehat sebab thesis dah habis tulis.. tengah prepare slide secara main-main dan lambat-lambat.. bak kata orang, kita kena enjoy the journey.. jgn terburu-buru.. feeling tu kena kasi ada dlu.. baru idea tu datang.. hehehe.. so, dalam akhir bulan Ogos mcm tu (25/08/2017), sy dapat email dari CGS UniMAP.. diorang bagi tarikh utk sy viva iaitu 4 Sept 2017.. what?! ada dalam seminggu lebih je nak prepare.. 



Memang time tu rasa gemuruh dah mula mai.. tangan sy dok menggeletar tak habis.. buat tu tak kena, buat ni tak kena.. mcm mna ni, slide presentation tak habis buat lagi.. so, berjaga malam la sy utk siapkan slide tu.. ditemani dengan segala jenis nescafe, cappucino, green tea dan sebagainya supaya tak tertido.. tapi kan, cappuccino jenama BEE mmg terbaik (*sempat lg dia promote).. hehehe.. bukan nk kata la kan, tp, sekali buat 1 sachet, dpt satu mug besar.. dah la byk, sedap lak tu.. hee.. klau nk lg sedap bleh tmbah condensed milk.. yummy..

Tp, nasihat sy, lain org lain taste dia tau.. tak sama, okay.. taste sy, sy xberapa suka yg pahit sgt mcm americano ka espresso ka black coffee ka.. sbb sy suka yg manis2 sedang mcm cappuccino ka latte ka macchiato ka.. tp, mocha wlaupun manis, sy still xberapa sgt.. maybe sbb manis chocolate syrup dia tu telah melebihi dan menghilangkan rsa coffee dia kowt.. hehe.. 



Eh, kejap kejap.. Asal lak kita dok cite psal coffee lak? Jenis2 coffee pun bleh kluar.. hehehe.. Okay2.. kita berbalik smula kepada kisah viva tdi ye.. tu iklan semata-mata kay.. iklan selingan.. (^_^) 

Alhamdulillah.. Dalam masa 2 hari je saya dah berjaya siapkan slide tu.. Tu baru slide power point belum masuk lagi skrip utk presentation.. huu.. so, sy pun prepare la skrip tu dgn jayanya.. Tp, tak hafal lagi.. whaa.. bala.. bala.. tu la bwat lagi keje last minute.. kan dh kena.. hehe.. 

Nak dijadikan cite.. lepas tu, ada benda yg lagi menarik yg jadi.. Time tu juga la, papa ajak kitorang smua balik kampung nenek (sebelah bapa) dekat Perak.. Sebab papa kata nenek sensorang je kat sna, xde orang nk pi melawat dia.. Kau rasa?? Wah! Memang betul2 dugaan ni.. Beberapa hari lagi nak viva, sempat lagi dia pi balik kampung.. waa.. mmg tak pernah dibuat orang kowt.. hehe.. So, kitorang pun konvoi la pi sana dgn 2 buah kreta.. Ingat sehari je dok sna, esok dah boleh balik mai Perlis smula.. Rupa2nya, berhari2 kat sana.. huhu.. sabar je la hati.. mungkin ada hikmah di sebalik apa yg terjadi tu.. 

Sy berdoa dan berharap agar diorang 'postpone'kan tarikh viva tu sbb kitorang kna balik Perlis pada hari Ahad (3 Sept 2017).. Sedangkan viva sy keesokan harinya (4 Sept).. Papa pun bagi la semangat skit.. Papa kata, viva ni senang je.. Kalau examiners tu tanya, kita jawab je apa2 pun.. Kalau tak boleh nk jawab, kita pusing soklan dan tanya diorang semula.. Diorang tu nak test kita ja.. Waa.. Mcm senang je dengar kan.. Tp takpa, berkat doa mama, papa dan adik2.. harap2 senang la spt yg dikatakan oleh papa.. 

Alhamdulillah, tak tau mcm mna, tetiba dapat tau yg PM umumkan hari Isnin (4 Sept 2017) sebagai cuti umum sempena pencapaian Malaysia dlm Sukan SEA ke-29.. Alhamdulillah.. syukur ya-Allah.. Allah telah menggerakkan hati PM utk umumkan cuti tu.. Sampai je kat rumah, sy buka email, tengok2 diorang dah bagi tarikh baru viva.. yeay.. tambah 3 hari lg.. hari khamis (7 Sept 2017).. *(n_n)* 


Weee~ Akhirnya... Dah boleh bernafas sket.. Enjoy sekejap.. Tak insaf2 lagi tu.. Hehe.. Tp, sempat la hafal skit skrip tu.. Slide yg dekat nak akhir2 tu x berapa nak boleh hafal sangat.. Kita tawakal jer la.. Kita main tembak jer apa yg keluar dri mulut nnt.. hee.. Buat simple2 je.. Kalau salah nnt kita baiki smula.. ye tak??


At last, tiba juga hari yg ditunggu2kan.. Pagi Khamis.. Sy datang awai pagi tu.. Tetiba cari bilik viva tak jumpa plak.. Adeh,.. Gabra jap.. Rupanya bilik tu kat bawah bangunan tu ja.. Hehehe.. Kedua-dua supervisor sy dah ada time sy sampai tu.. Almaklum la kita dh sesat jalan.. hee.. Sampai2 jer, trus sy set up laptop sy sendiri sebab dah serik.. Takut nanti ada problem macam yg pernah jadi time proposal defense dlu.. Nauzubillahiminzalik.. mintak simpang la.. 

Lepas beberapa minit kemudian, internal dan external examiners termasuk pengerusi dan PR pascasiswazah PPIPT pun datang.. Awat tah yg ramai sgt datang.. Aduh, makin kecut perut.. Rama-rama plak makin sronok dok berterbangan dlm perut ni.. adeh..


Aik! Makin panjang lak cite sy ni.. Tp takpa.. ni kan pengalaman seorang candidate phd yg tak pernah amik master tapi trus pi amik phd.. kan dah mencabar mental dan fizikal namanya tu.. hmm.. xpe la.. sekali je seumur hidup.. lain la klau nak pi amik phd lagi skali kan.. hehe.. nak ke?? bukan stakat uban, hilang trus rambut tu nnt.. hee.. anyways, let's continue...

Lepas pengerusi bagi introduction, perkenalkan diri semua, sy diminta utk keluar dari bilik jap.. diorang nak discuss mcm mna dgn pembahagian markah, soalan tu bila boleh tanya, soalan tu sorang kna tanya brapa kali, soalan yg ditanya tu kna masuk akal ke tak.. hehehe.. gurau je la.. mana la sy tau apa yg diorang bincang time sy keluar tu.. then, diorang pun panggil sy masuk smula.. dan saya diberitahu tentang masa pembentangan berapa lama dan sesi soal jawab diadakan di akhir presentation sy.. 


Dgn lafaz bismillah.. sy pun mulakan la pembentangan sy satu demi satu slide tu.. level suara? pengurusan vokal? haha.. tu mmg sah2 dah hancur.. tu la salah satu weaknesses sy klau korg nk tau.. "presentation".. yup! Satu word yg amat menggerunkan sy sejak diploma lagi.. markah assignment, test dan exam smua dh okay,.. tp, bila mai tang presentation, pergh! teruk giler markah tu.. So, mmg sy kna pulun skit la sbb nak cover balik markah presentation yg hancur tu.. T_T 

Selepas hampir 20-25 minit mcm tu la, sy pun selamat bentang kesemua slide power point sy tu.. Aik, awat yg sat sgt? Bukan kna 30 minit ka? Hehe.. Nak wat gena kan, slide utk bahagian result dan discussion tu ada sikit2 yg sy dh terlupa scripnya.. So, pakat ckap pi la apa yg kluar dri mulut tu.. asal ada point skit tu, jadi la.. Lagipun, time tu sy pun dah blur.. Main redah jer.. Ikut sedap mulut jer apa yg keluar, itu la dia.. hehehe.. (^_^) 


Yeay~ sesi menguji minda dan mental pun bermula.. Lepas siap je present smua slide tu, internal dan external examiners sy pun mula la bertanya soalan.. Pergh! Padu naw soklan diorang.. Nak bwat camna kan.. Dah kedua-dua examiners sy time tu profesor penuh belaka.. Bukan tu je, pengerusi sesi viva sy tu pun profesor juga.. Huu.. Gena tu?? Hmm? Tp, saya tawakal jer jawab satu demi satu soklan diorang.. 


Tp, ada gak soalan diorang yg di luar jangkaan saya.. Sampai sy sendiri pun tak terfikir sampai ke tahap tu.. Dasyat diorg ni.. Maybe tu la sebabnya knapa diorg dapat profesor penuh kan.. Penuh ilmu di dada.. Diorang ada full of knowledge and expert dlm area of study diorg.. salute diorang.. mmg tabik la! caiya la.. 

Hahaha.. salute.. salute jugak.. soalan diorg, still tak leh jawab tu dah kenapa.. hee.. memang time tu fikiran jadi blank.. apa yg dh baca sblum ni, smua dh lupa.. gerun punya psal la kowt.. Adeh,.. tp, soalan mna yg sy tau, sy gigih jawab juga la.. tetiba sy jadi cuak plak nk tgok muka kedua2 supervisors sy.. diorg percaya yg sy boleh buat dan jawab soalan sedangkan yg berlaku adalah sebaliknya.. sy tau diorg mmg dissappointed sgt2 dgn sy.. huhu.. soalan bertubi2 keluar dr examiners.. lepas satu.. satu lagi.. setiap chapter dia tgok dan belek.. page by page.. sampai la ke satu tahap tu, sy tengok pintu bilik mesyuarat tu.. sy nampak pintu tu mcm bercahaya lain macam skit.. seakan-akan memanggil sy utk ke sana.. time tu sy rasa mcm nak lari jer ke arah pintu tu.. dan buka pintu tu.. dan zassss... trus lari balik rumah.. Serious stress kowt time tu.. pressure dia dh overlimit.. tunggu masa je tu.. 




Saya pujuk diri sy.. Takpa, syahida.. sikit lagi.. sikit lagi.. bersabar la.. kuatkan semangat tu.. jgn lari lagi.. tingkatkan kesabaran kau tu.. takkan nak lepaskan mcm tu je phd kau tu.. 3 tahun lebih dah kowt.. huu.. walaupun time defense proposal sy dulu ada 3 examiners dan 1 pengerusi.. keempat-empat mereka tanya soalan yg bertubi-tubi, still tak leh nk lawan dengan dua examiners time saya viva ni.. kira macam diorang ni askar yg tgh dok atas kereta kebal dgn bom tangan yg ada kat tangan diorang.. tunggu masa je nak baling kat kita.. sy sampai dah tak tau dh apa expression muka sy time tu.. kiranya sy berada di medan perang, dh tak kisah dah.. apa nak jadi, jadi lah.. 

Selepas hampir 2 jam lebih sy ditembak bertubi-tubi.. ada yg sempat mengelak peluru tu dan ada juga yg dh k.o terkena peluru tu, kedua-dua examiners tu pun berhenti bertanyakan soalan pd sy.. fuuhhh.. lega.. Pengerusi pun meminta sy utk tunggu di luar sementara mereka berbincang utk memberi keputusan sama ada sy lulus ke tak.. Seminit berlalu.. dua minit.. 3 minit.. lepas tu sy tak kisah dh.. sy dok kat tangga tepi bilik tu dan baca segala ayat2 suci yg sy dh hafal.. doa banyak2.. Andai kata kalau lulus phd itu baik utkku, Kau permudahkan urusanku.. Engkaulah ya-Allah yg Maha Mengetahui apa yang terbaik dan buruk utkku.. 

Kiranya, time sy tunggu kat luar tu, dah tengah hari.. panas giler kowt.. time tu baru tersedar bahawa betapa lamanya bergelut dlm bilik viva tadi.. dr pagi smpai tgh hari.. sy memang dah give up dah time tu.. klau ada rezeki tu ada la.. klau xde rezeki, boleh cuba lagi.. kata nak enjoy the journey kan.. so, tawakal jer la.. Tak lama kemudian, PR PPIPT yg join skali time sy present tdi keluar dari bilik tu dan jemput sy masuk bilik viva tu smula.. dia sempat bertanya sy knapa sy tak perform well time presentation tadi.. dengan muka sugul dia pun masuk, saya follow je la dia masuk.. waaa.. mmg habis la sy kali ni.. mmg for sure nnt sy kna sound dgn supervisors sbb x perform well.. aduh.. takutnya... (T_T) 

Selepas sy dijemput duduk, dia pun start bercakap.. "Selepas mengambilkira kesemua komen dari kedua-dua examiners..." Ya-Allah.. tolong kuatkan semangat hambaMu ini.. Tak senang duduk dibuatnya.. Sy genggam erat tangan sy, ala2 macam tengah tunggu keputusan akhir AJL lak.. Sempat lagi sy baca ayat2 skit.. Hilang gerun skit.. 

Sy tengok muka kedua-dua internal dan external examiners sy.. Diorg serius jer.. Tiada segaris senyuman pun.. Mcm tgh marah kat sy jer.. What?! Takutnya.. Muka main dan co-supervisors sy? Oh tidak!! Sy tak berani nak tgok muka diorg.. Takut klau2 diorg buat muka dissappointed sgt dgn sy.. Huhu.. Tiba-tiba suara tu kedengaran semula.. "Congratulation, Syahida. You've passed this viva with major correction. You have six months to do your correction." Alhamdulillah, syukur ya-Allah.. Automatic je tangan sy meraup sebahagian wajah sy.. Mata sy dah mula bergenang dgn air mata.. Nasib tak mengalir jer time tu.. Angkat je muka, sy tgok, kedua-dua examiners dan PR PPIPT tersenyum.. Wow! Pandai rupenye diorang ni berlakon.. buat suspen je.. dah la kita ni tengah gerun.. sy pun trus mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua examiners tersebut dan kedua-dua supervisors sy.. Alhamdullillah, syukur.. 
Lepas diorang semua dah pulang, sy pun trus kemas laptop sy dan drive balik ke rumah di Arau.. Tak sabarnye nak share berita gembira ni dgn mama, papa dan adik beradik.. Dah lulus viva.. Sampai je kat rumah, sy saje buat muka sedih.. Mama tnya mcm mna dgn viva.. Dengan muka sedih.. "Ma, sedih la.. Tadi Haida kna kaw2 dgn examiners.. byk sungguh soklan diorg.. pastu kna buat byk correction lak tu.." "Pastu, mcm mna? Kena present lain ke?" mama pun tnya smula.. risau gak klau kna buat lain.. "Hehehe.. Alhamdulillah ma, Haida lulus viva.. cuma kna buat correction skit je".. "Syahida nie kan.. suka sgt buat orang terkejut".. "Hehehe.. Saje je Haida nak ngusik mama.. bila lagi.." Hee.. (^_^) 

Alkisahnya, begitu lah kisah sesi viva phd sy.. Selepas 3 tahun 4 bulan sy ditemani oleh artikel2 dan journal2, sy lulus viva dgn major correction.. Bak kata org, klau kita dpt major correction tu maksudnya kita dpt lg byk ilmu sbb examiners kita telah challenge kita utk trus kaji dlm bidang yg kita sedang kaji tu.. Alhamdulillah.. Takpe, major correction tu pun dah kira seribu rahmat bg sy.. klau diorg sruh buat presentation lain ke collect data lain ke, tu yg naya sbnarnya.. hee.. (^_^) 

So, sekarang ni, baru la sy berkesempatan utk tulis dekat blog nie sebab sy dh siap buat correction.. Thesis tu sy dah hntar dekat editor utk proofread.. Hampir Rm3k juga la kna bayar utk proofreading, editing, check grammar dan sbgainya.. Ni dok tggu dia hantar balik la thesis tu.. Hujung minggu ni, In Sha Allah, dia akan bagi semula thesis yg dh dibaiki.. Sementara tu, sy boleh la sambung tulis buku dan artikel utk diterbitkan.. kalau ada masa, nanti sy sambung tulis lagi ye.. lapar la pula.. nak cari mkanan jap.. sehingga ketemu lagi.. ja mata ne~ 


p/s: Allah jadikan setiap manusia itu rezeki yang berbeza. So, lain org, lain la rezekinya.. Congratz to my friends yg dah selamat mendirikan rumahtangga dan berkeluarga.. Sy sentiasa doakan yg terbaik utk korang semua.. (^_^) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...