Wednesday, March 7, 2018

Submit hard bound thesis

Assalamu'alaikum.. Hai bloggie ku sayang.. Kita bertemu lagi.. ^_^

Bertemakan tajuk pd hari ni, sy pun nak bercerita la tentang thesis yg dah selamat di'hard bound'kan or di'hard cover'kan.. Haih la.. Dia pi rosakkan Bahasa Melayu plak dah.. Hehe.. Anyway, selepas menerima smula tesis yang telah di'proofread'kan, sy pun cuba sedaya upaya untuk meng'edit' sususan ayat dan grammar yg telah dibaiki dalam masa sehari. Sebab masa dah semakin suntuk.. Tapi, apakan dayanya.. sehari pun tak sempat nak siap.. Ambik masa dlm 2 hari jugak la nak siapkan semua editing and correction utk tesis yg mempunyai 296 pages tu..

Selesai je editing, sy print tesis tu dlm 2 salinan soft copy utk diberikan kpd internal dan external examiners sy utk disemak dan diakui.. Alhamdulillah, mereka approved dan verified tesis sy berdasarkan correction yg sy dah buat.. Sy terus print 6 copy tesis utk di'hard bound'kan.. Kenapa mesti 6 copy? Bukan CGS UniMAP nak 3 copy je ke? Hehe.. Of course la kita nk simpan utk kita satu kan.. Buat kenangan.. Yg lagi 2 utk supervisors kita.. Main supervisor dan co-supervisor.. Yg last 3 tu bru hantar ke CGS..


Dalam hari Jumaat yg penuh barakah itu, selepas je print, sy trus hantar ke kedai utk di'hard bound'kan.. Cari kedai sampai ke Arau nuu.. Tp, diorg ambik masa dlm 4-5 hari utk siap.. Lpas tu sy pi cari kat area Kangar plak.. Saya pi dkat kedai yg sy biasa buat hard cover thesis utk adik sy, time dia degree dlu.. Mula2 tu diorang kata diorang boleh siapkan dlm masa 5 hari.. So, sy kata xpa lah.. Dah nk berpaling kluar kedai dh ni.. 

Niat di hati mmg nak cari kedai lain, tetiba bos dia ckap, klau nak siap 1 hari pun boleh.. Hantar pagi, ambil petang.. What?! Serious la! Pucuk dicita ulam mendatang.. Bersinar-sinar mata sy.. Blink.. Blink.. Blink.. 1 hari boleh siap! Terbaik ni! Sesuai utk student mcm sy yg slalu dok wat keje last minute.. Kedai tu depan mahkamah, klau tak silap nama kedai tu, Easy Copy & Machines Centre.. Warga Perlis pun boleh la pi sna klau korang nak buat hardcover utk thesis atau final project korang.. Promote ke? Eh, mesti.. Ni mmg niat nak promote kedai tu pun.. Service diorg mmg tip top! Kualiti terbaik!


Bos dia ckap, ada charge tambahan klau nak siapkan dlm masa sehari.. Sy pun apalagi, setuju sajalah.. Berapa pun sy sanggup bayar asalkan dapat siapkan dgn cepat.. Kalau hantar tesis melebihi tarikh yang ditetapkan, sy akan dapat 'gagal' utk phd sy tu.. Nauzubillah.. Minta jauh la.. So, selepas bayar deposit sy pun meninggalkan tesis2 sy tu kat sana.. Hopefully, diorg semua selamat la kat sna.. Terasa sedih lak berpisah dgn tesis2 tu.. Tp, xpe la.. demi nak bagi baju baru kat diorang terpaksa la berpisah jap.. 

Hri Ahad tu, diorg ada call bgtau tesis dah siap.. So, pagi2 Isnin tu lg sy dh terpacak kat kedai tu tuk ambik tesis tu. Lagipun supervisor ada call bgtau yg dia dah nak gerak pi KL.. Ya Allah, klau lambat skit je mesti tak sempat sign.. dan yg surenya tak sempat nak hantar.. huu..

Hri Rabu (7 Mac 2018) merupakan last day utk submit tesis tu.. Btw, borang approval yg sy hantar pada hari Jumaat lepas (2 Mac), still tak dpt lagi pd hri Isnin (5 Mac).. So, tgh hari tu sy pi tggu dkat school tu.. Tunggu lama pun xpa la.. Takut klau sy balik rumah nnt lagi lambat boleh dpt.. Selepas 15-20 minit, sy pun terima borang yg telah di'sign' oleh dekan dan terus memecut kete ke Seriab.. Time tu dah pkul 4.05 pm.. Ada 25 minit lg sblum pejabat CGS tutup.. Sampai je kat Seriab, jam di kete dh menunjukkan pkul 4.20 pm..

Alhamdulillah, selamat juga hantar kat diorang dlm pkul 4.25 pm.. Walaupun terawal 2 hari dari tarikh last, sy rsa lega sket.. Sekarang ni kiranya sy stay dkat rumah ja la tunggu Surat Senat.. Sementara tu sempat la nak mengarang kat sni dan baca journal psal entrepreneur..

Yaa.. Begitulah kisahnya seorang pelajar yang slalu dok bwat keje last minute.. Pengajarannya, jgn la kita slalu dok bwat keje last minute klau jantung kita tu tak berapa nak kuat sgt.. Sbb takut nnt ada lak yg msuk spital pengsan sbb sakit jantung.. Hehe.. Sehingga ke temu lagi my lovely bloggie.. XOXO

Ja mata ne~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...