Moshi.. moshi.. Ogenki desuka? Atashi? Genki desu.. Waa.. Lamanya saya tak jenguk kat sini.. since lepas viva hari tu.. Hee.. Harap2 takde la yang berkarat or bersawang ye.. *(n_n)*
Alhamdulillah, syukur ya Allah.. Semuanya sudah selesai.. Surat senat telah saya perolehi dari CGS UniMAP, so saya dah boleh start apply job.. Yeay! First time nak apply job.. Resume kna prepare lain.. CV kna create yang baru.. Sebab CV diperlukan untuk yang apply dalam academician.. Diorang tak terima resume.. Hee.. Konvo?? Lambat lagi.. Hujung tahun maybe.. *(^_^)*
Perjalanan kehidupanku sebagai seorang pelajar phd telah sampai ke titik pengakhirannya. Segala pahit manis dalam menempuhi perjalanan ini akan saya pahatkan dalam ingatan sampai bila-bila.. Tetapi, titik ini jugalah merupakan satu titik permulaan saya sebagai seorang researcher yang bergelar 'Dr'.. Hmm.. Title ini merupakan satu gelaran yang besar dan masih belum mampu untuk saya menanggungnya.. Dengan ini, saya akan berusaha untuk menggalas tanggungjawab ini demi penyebaran ilmu buat semua.. Ilmu itu untuk disebar dan bukanlah untuk disimpan kan.. Doakan saya agar saya dapat terus tabah menempuhi alam ini..
Buat masa sekarang, saya sedang menulis sebuah buku mengenai psychology pelanggan dan pemasaran.. Saya cuba untuk mengkaji sesuatu di luar bidang pengajian saya dan membuat sedikit kajian mengenainya.. Kata researcher.. so, saya boleh jer kaji apa2 sahaja yang saya nak kaji.. Memahami perangai pelanggan memang mencabar.. kerana pasti ada yang menyembunyikan perangai sebenar mereka.. hehehe.. sekarang kita kaji pasai ragam manusia.. waaa.. best tu.. boleh tau apa maksud tersirat di sebalik 'action' mereka.. omoshiroi!
Pengalaman sebagai pelajar postgraduates telah mendewasakan saya dalam memahami selok belok menghadiri conference dan penerbitan jurnal dan buku. Bukan mudah untuk hadapi semua ini.. Tetapi istiqamah dalam melakukannya pasti membantu kita dalam menyiapkan segala tugasan dan pekerjaan. Kena consistent untuk tulis jural or buku. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Man jadda wajada wa man zara'a hasada..
Okay la.. sampai di sini sahaja yang saya dapat coretkan buat kali ni.. Nak pi cari makanan plak.. hehehe.. Benda yg paling saya suka adalah, makan.. Makanan yg sedap2 je la.. jalan2 cari makan.. weeee~~ Okay2.. Lain kali saya mai jenguk sni lagi ya.. Sehingga ketemu lagi.. Jaga diri ye.. Kalau jatuh, bangun sendiri.. wa tak nampak.. hehe.. Ja na~
No comments:
Post a Comment