Saturday, January 2, 2010
Happy New Year... 2010
Selamat menyambut tahun baru, tahun 2010. Selamat datang 2010 dan sayonara kepada tahun 2009. Masa berlalu dengan begitu pantas. Setiap tahun kita akan meraikan kedatangan tahun baru yang hanya sekali setiap tahun. Kelihatan ramai yang meraikannya dengan cara yg salah di sisi agama Islam seperti meraikannya bersama kekasihnya sehingga ke lewat pagi. Tetapi terdapat cara yang yang boleh dilakukan umat Islam untuk meraikannya iaitu dengan menunaikan solat sujud syukur dan bangun menunaikan qiamulaill. Perbuatan yang demikian adalah lebih baik daripada melepak hingga ke lewat pagi bersama kekasih mereka.
Setiap orang memiliki azam diorang di awal tahun. Begitu juga dengan saya, saya juga mempunyai azam pada tahun ini. Azam saya adalah untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan sabar menghadapi ujian dan dugaan hidup yang akan menimpa dan menduga diri ini. Setiap tahun dan setiap masa sya tidak pernah terlepas dari diuji. Ujian yang paling besar yang pernah saya alami ialah ketika sya berada di tingkatan 3. Pada ketika itu, saya difitnah oleh seorang kwn yang sy percaya. Padahal sya baru saja pindah ke sekolah tu. Tak sampai 2 bulan dah kena fitnah oleh kwn sendiri. Kawan2 sekelas dengan saya semuanya memboikot saya. Kejadian tersebut telah memberi satu kesan yang besar dalam diri saya iaitu saya tidak boleh terlalu percaya kepada kwn2 kerana mereka berkawan bukan kerana Allah S.W.T, tetapi kerana kepandaian kwn mereka dan paras rupa yang di miliki. Kejadian tersebut hampir2 memusnahkan diri saya. Terasa seperti ingin berpindah ke sekolah yang lain. Tetapi saya kuatkan semangat sya dan saya anggap ini semua adalah dugaan dari Illahi. Alhamdulillah sya berjaya mengatasi masalah ini. Pada saat itu, saya hanya ingin buktikan bahawa saya bukan sepeti yang mereka sangkakan. Ketika keputusan PMR diumumkan, sya telah berjaya menaikkan semula harga diri saya yang telah lama dipijak dan ditindas oleh kawan2 saya.
Pada tahun ini, saya tahu mungkin saya akan diuji lagi. Saya berdoa dan berharap agar saya tabah menghadapi segala dugaan hidup. Saya berazam untuk tidak leka lagi dengan permainan mereka yang ingin menjatuhkan saya iaitu menabur fitnah kepada saya. Mungkin ramai kawan saya tidak mengetahui apa yang saya alami. Saya lebih selesa unutk bercerita dengan blog saya daripada bercerita dengan mereka. Pengajaran yang lalu telah mengajar saya supaya lebih berhati2 apabila berkawan. Carilah kawan2 yang boleh membantu kita menuju ke puncak kejayaan dan hindarilah dari kawan2 yang mengajak ke lembah kesesatan yang akhirnya akan memudaratkan dan menggelapkan masa depan kita.
Ketabahan dan kesabaran menempuhi segala dugaan hidup adalah tanda keimanan yang dimiliki oleh seseorang. Semakin tinggi tahap kesabarannya, semakin tinggi tahap keimanannya dan semakin tinggi darjatnya disisi Allah S.W.T. Insya-Allah saya akan cuba sedaya upaya untuk tabah dan sabar menghadapi segala dugaan yang bakal melanda. Amin~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment