Sunday, December 27, 2009

sambung degree trus???



Hari ni saya dapat satu berita yg mengejutkn, iaitu sy diterima masuk tuk smbung trus degree... huhu... sy dpt berita tu dr kwan saya Hanan. Mula-mula saya tak percaya, tapi setelah melihat surat tawaran tu dengan mata sy sendiri, barulah saya percaya. Huhu. Macam mana saya boleh dapat tawaran tu sedangkan saya tak pohon dan x isi pun borang dia. Huhu. Macam mana ni. Takutnya. Harap2 saya boleh tolak tawaran tu.

Walaupun kelebihan trus masuk degree boleh menyingkatkn masa study, tapi sy tetap tak nak smbung. Buatnya sy tak boleh bawa subjek tu atau saya gagal, sah2 sy kena mengulang balik diploma dari part 1... part 1 tu... bukan dari part 3... huhu... kat situ dah membazir masa saya. lagi pun, untuk dapat anugerah dekan (AD) time degree, susah skit. Kena usaha lebih sebab carry mark dgn final exam dia, 50:50... klau carry mark skit, susah nk cover time final exam nnt... kesimpulannya, biarlah saya trus smbung part 4 dn amik degree lepas abis diploma part 6 nnt...
Lagi satu sbb sy x nak smbung degree, adalah sebab kna transfer jauh sgt. Kat Melaka plak tu. Jauh dari mama dan papa. Kat sana kena duduk rumah sewa. Nak cari rumah sewa, satu hal plak. Duit untuk makan dan pakaian kna jimat2... huhu... Byk masalah klau smbung degree ni.. Sape yg mmg dh tinggal dekat melaka, mesti diorg sanggup smbung degree sbb dekat dgn rumah diorang... Saya ni duduk jauh di utara dn kena study nun jauh ke selatan. Huhu. Tak sanggup dowh...
Saya ade dengar citer 2 org kwn sekelas sy, dah amik keputusn tuk smbung degree kat Melaka sbb dekat dgn rumah diorg. Huhu. Apapun, sy doakan yang terbaik untuk diorang. Harap2 diorg trus success dlm pelajaran diorg.

Sekarang, langkah yang perlu saya ambil ialah menolak tawaran degree tu. Cepat.. cepat... sebelum terlepas tarikhnya. Huhu. Belajar la dengan rajin. Kalau org lain boleh pandai kenapa tidak saya. Saya pun boleh pandai gak. Cuma perlukan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi. Doakan kejayaan saya. Minggu depan dh nak daftar masuk untuk sem 4. Boleh start study semula.

2 comments:

Anonymous said...

gud luck in any decision u make.. org kata.. look b4 u leap.. :)

Shizuko Daisuke said...

thank you for the advice... i really appreciate it...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...