Friday, February 23, 2024

Urusan Harta Sepencarian

Moshi.. moshi.. ogenki desu ka? 

Melihat kepada tajuk ni, hari ni saya nak story sikit pasal urusan harta sepencarian. Minggu lepas, saya ada urusan dekat mahkamah tinggi syariah untuk harta sepencarian.. semua waris turun ke sana untuk urusan tersebut.. termasuk kakak kandung saya yang pertama (lain ibu) dari Johor.. Di situ la first time kami berjumpa selepas lama tak jumpa.. Last saya jumpa dia ketika dia mai perlis nak bagitau papa yang dia nak bernikah.. Time tu saya tengah buat diploma dekat UiTM Arau.. Itu la first time jumpa dan last time jumpa kakak sulung lain ibu.. So, dekat mahkamah tu baru jumpa dia dan dia pun dah ada 4 orang anak (3 boys dan 1 girl).. sempat la sembang2 sikit.. takut juga kalau dia garang sbb mengikut kepada cerita diorang, dia sangat garang.. nasib baik okay je.. 


So, macam mana boleh ada proses urusan ni? Nak dijadikan cerita, kitorang mula2 buat urusan faraid dan kitorang dah sepakat menolak bahagian masing (melalui borang DDA siap dah dpt cop pesuruhjaya sumpah lagi) tetapi ada pihak ketiga yang menuntut harta tersebut sedangkan dia telah diceraikan talak tiga.. ini menyebabkan kitorg terpaksa ubah dan buat permohonan harta sepencarian.. sebenarnya kitorang memang tak tahu menahu step dia, yang mana dulu.. faraid ke harta sepencarian ke.. so, mula2 kitorang try nak setel sendiri tetapi tersangkut dekat pengesahan lafaz cerai.. dh try pergi pejabat agama dungun, mahkamah tinggi syariah kuala terengganu, pejabat agama perlis, mahkamah syariah kat perlis tapi still stuck kat situ.. huwaaaa... (T_T) alamatnya, memang kitorang kena cari peguam.. 

Kita yang rakyat marhaen ni mana la nak tau proses dia.. so saya try cari seorang peguam kat perlis untuk urusan ni.. sy cari peguam perempuan, supaya senang nak discuss.. tetapi selepas berbincang dengan dia, dia decide utk teruskan ke faraid sahaja.. sedangkan kami perlukan pengesahan lafaz cerai dulu.. dia bagitau tiada official surat cerai menyebabkan kes akan rumit sbb dia takut orang akan pertikaikan status perceraian tu yg tak wujud... ehhhh.. boleh ea macam tu.. tp bukti bertulis dan saksi dah ada, pun tak boleh ea?.. waaahhh.. 

Memang kitorang tak bersetuju dengan keputusan tersebut.. so, saya decide untuk cari peguam di Kedah.. time tu, sy buat solat hajat minta dipertemukan dengan peguam yang boleh setelkan urusan harta ni.. saya takut kalau2 dapat peguam yang putuskan sama mcm yg kat perlis.. alhamdulillah, satu hari tu, saya ada terbaca post2 tentang harta sepencarian ni dalam FB dan banyak lagi post berkenaan isu2 dlm syariah ni.. saya tergerak utk msg dan bertnyakan tentang urusan ni.. walaupun, pada asalnya saya agak was2.. iye la.. gambar takde, nama firma guaman pun takde.. takut la kalau saya tertipu oleh scammer yang menyamar sebagai peguam.. dunia sekarang kan byk sgt modus operandi penipuan.. tapi, sy teruskn niat utk berjumpa juga dengan dia dan discuss.. ajak mama sekali sebagai pemohon.. takut nk jumpa dia sorang2.. (n_n) 

Alhamdulillah, sy bersyukur sangat sebab dia dan partner dia berjaya setelkan urusan tersebut.. Urusan yang saya sendiri tak sanggup nak buat.. sangat cerewet proses dia.. especially yang melibatkan pejabat agama, pejabat tanah, bank, JPJ, LPPSA.. banyak kowt proses dia.. saya serahkan kepada yang pakar.. saya memang tak tahu langsung ttg step dia.. kalau ada nk tnya ttg yuran guaman?? buka fail kes mama sy hri tu dalam RM2.5k.. belum masuk proses sebutan kes, lafaz wakalah, urusan hrta sepencarian, dll.. saya bersyukur sgt sbb sy dh start kerja time tu, so boleh la nak tampung kos guaman ni.. kalau sy tak kerja, saya pun tak tau nak buat macam mana.. totally lost.. (T_T) 

Hari tu, pi mahkamah, boleh beri keterangan di bahagian Sulh.. tetapi sangkut di bahagian Ad-Litem sebab tak bawa sijil kelahiran.. rasa ralat sebab kakak terpaksa datang 2 kali ke mahkamah alor setar.. dari johor ke alor setar sangat jauh.. rasa bersalah jugak dekat peguam dan partner dia sebab diorang tak dapat nak setelkan kes tu pada hari kejadian.. huhuhu.. Dapat tarikh baru utk pemberian Ad-Litem dan jawapan kepada discussion di Sulh.. 

Dalam tengah hari tu, baru la setel.. yang lain dah boleh balik tapi kitorang kena stay jap sebab ada hal di bahagian dokumen Ad-Litem.. huwaa.. laparnya.. pagi tu, start drive dari rumah dalam pkul 8 lebih sebab lambat sgt bersiap.. memang tak sempat la nak sarapan.. sempat minum BF Skinny je buat alas perut.. 





Kes di mahkamah ni lanjut sampai tgh hari.. then, kitorang kluar solat dkat masjid terdekat sebelum masuk balik mahkamah utk urusan di ofis jam 2.30 ptg.. mmg tak sempat juga nk cari mkanan.. huwaaaa.. laparrr bangeettt... Then, dalam pkul 3 ptg mcm tu, setel dah urusan tu.. alhamdulillah.. dah boleh balik.. mmg singgah dekat RnR jap cari makanan utk alas perut.. nk mkan nasi mcm tak je.. so, dpt la jagung kukus dan ayam gunting.. okay la.. balik rumah nnt baru cari makanan yg berat2.. 

Sampai je kat rumah dlm pkul 4.30 ptg, ingatkan dah boleh rehat.. tp, sayangnya tidak.. huwaaa.. (T_T) diorang tak pergi hantar balik kereta sewa (Exora) tu, walaupun sy dah remind diorg time diorg drive kluar mahkamah.. aduyai.. sabar je la hati.. so apalagi, bergegas la saya masuk rumah, grab kunci Exora tu dan pi hantar balik dekat agensi kereta sewa tu.. kalut jadinya la saya petang tu.. huhuhu.. sampai dekat sana dlm pkul 4.50 ptg.. habis drift dah tu.. nasib baik la tak kena charge lebih masa sbb lewat 20 minit hantar kereta tu.. dia kata kalau lewat lebih 30 minit (lebih 5 ptg) baru diorang akan charge tambahan masa.. pheww.. nasib baik.. 

Oh ya, lupa nak bagitau.. saya dapat ole2 daripada seorang sahabat dekat mahkamah tu.. terkejut jugak la sebenarnya dia bagi ole2 tu.. tak sangka yang saya boleh dapat ole2 dr dia.. selalunya kwn rapat sy je yg slalu bagi ole2 ni.. alahaii.. suweetnya.. siapakah gerangannya itu? hehehe.. biar lah rahsia.. terima kasih atas ole2 tersebut.. (^_^) cantik ole2nya.. Semoga Allah SWT memberkati hidupnya, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya.. Aamiinn.. 


Saya rasa setakat ni dlu story saya berkenaan harta sepencarian ini.. Prosesnya masih ada lagi.. selepas proses harta sepencarian akan ada urusan yang melibatkan faraid dan pejabat tanah.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Aamiinn.. 

Sehingga ketemu lagi.. Fi Hifzillah.. (^_^) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...