Saturday, September 28, 2019

1st Time Interview - UiTM Jengka

Pada tanggal 24 August 2019 saya dikejutkan dengan 1 mail diterima dari UiTM Jengka untuk hadir temu duga jawatan pensyarah bidang pengurusan. First time kowt dapat panggilan interview selepas hampir setahun grad..



OMG! Interview buat kali pertama ni. Macam mana nak buat mock teaching? Pengalaman untuk buat mock teaching belum ada lagi ni.. Pengalaman mengajar tuisyen untuk pelajar sekolah rendah dan menengah tu ada la.. Mengajar diorang ni santai skit.. Tapi, kalau nak mengajar secara formal ni memang tak pernah la kita pun.. Kerana berani dan konfiden kan diri nie..



Kejap, berapa tarikh sebenar untuk mock teaching tu? 11 September.. Hmm.. 2 minggu lebih nie.. Mesti sempat nak prepare. So, saya prepare la slide PPT guna Prezi.. Semangat la nie.. Berhempas pulas menyiapkan slide guna Prezi.. But then, ketika tiba hari presentation tu diorang dah pasang laptop siap2, so candidate hanya perlu cucuk pendrive sahaja. So, tak dapat la saya nak present guna Prezi. Nasib baik sy ada buat back-up slide guna Power Point. So, saya present yang tu je.. Candidate yang berjaya datang untuk first interview tu ada 4 orang.. Candidate yang lain tak dapat nak datang sebab ada yang dah bekerja di tempat lain.




Disebabkan time tu merupakan first time saya pergi interview, so saya pakai la jubah hitam.. Pakaian yang biasa saya pakai untuk keluar.. Rupanya kod etika pakaian saya dah awal-awal lagi salah. Adeh! Sabar je la hati.. Beberapa hari yang lalu baru saya tahu yang jubah hitam tu sebenar-benarnya bukan pakaian office. Ia adalah pakaian orang arab. What?! Research punya research.. Rupanya pakaian office ni terdiri daripada pakaian kebangsaan seperti baju kurung, baju kebaya, cheongsam dan sari.. Huu.. Nasib.. Nasib.. Asal laa saya baru tahu pasal etika pakaian office ni.. Takpa2.. Kita kan nak tambah pengalaman.. So, interview lepas ni better prepare ye..


Sumber dari Google

Hmm.. Kira-kira seminggu selepas dari tarikh saya interview, kenalan saya yang juga merupakan candidate yang interview sekali dengan saya hantar whatsapp, untuk bertanya sama ada saya dapat tak untuk temu duga panggilan kedua. Then, dari situ la saya tahu yang saya tidak layak ke pusingan kedua. Hmm.. It's okay. At least saya dah ada pengalaman interview walaupun panggilan kedua untuk jawatan ini tak berjaya. Mungkin bukan rezeki saya di situ. Allah dah tentukan tempat yang terbaik buat saya. Cuma saya je tak tahu dekat mana tempat kerja yang terbaik buat saya.


No matter what happens, kita kena terus berusaha. Tak gitu.. So, dekat sini, saya nak share sikit soalan yang ditanya ketika interview hari tu. Mana tahu kalau2 korang dapat panggilan ke temuduga sebagai pensyarah di UiTM. Antara soalan yang ditanya..
1. Kenapa pilih UiTM dan bukan universiti yg lain?
2. Sekiranya pelajar membuat bising or dalam kata lain tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran kita, apa yg kita patut lakukan?
3. Apa contribution yang kita boleh bagi dalam meningkatkan imej sesebuah universiti atau fakulti yang kita mohon?
4. Macam mana nak perkenalkan UiTM Jengka especially Fakulti Pengurusan dan Perniagaan kepada semua, dalam dan luar negara?

That's all from me. To those yang akan hadiri interview jawatan pensyarah, good luck and all the best! Caiyok2! ^_^ 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...