Tuesday, January 8, 2013

Mood Exam T_T

Assalamu'alaikum semua.. Apa khabar semua?? Anda sihat?? Diharapkan anda semua sihat2 aja ya.. Di sini saya ingin meluahkan sedikit isi hati saya yang sudah lama terpendam ini.. Hmm.. Seperti yang anda sedia maklum, hidup seorang pelajar ini tidak pernah lari dari segala ujian dan peperiksaan.. Huhu.. Saya benar2 tengah stress sekarang ini.. Terpaksa menghafal segala topik yang ada di dalam buku teks saya yang setebal seinchi setengah ini.. Boleh pening kowt.. Nasib baik tak koma jer lagi.. Aduh.. T_T 


Sekarang saya sudah berjaya menjawab dua kertas untuk final exam saya ini.. Paper untuk Global Marketing dan Strategic Management.. Agak sukar juga soalan2 yang ditanya dalam kedua-dua paper ini.. Tambahan pula saya harus menempuhi 3 lagi paper sebelum saya benar2 boleh enjoy.. Tetapi, yang malang dan amat menyedihkan buat saya ialah tempoh cuti yang diberikan hanyalah selama 2 minggu aja.. Selepas itu, saya kena mendaftar untuk praktikal.. Hmm.. Cuti ini benar-benar tidak mencukupi buat saya.. Kenapa la saya tidak diberikan cuti 2 bulan ataupun 3 bulan.. Kan best sekiranya begitu.. Hehe.. *(^o^)* 


Anyways, saya harus gerak dahulu.. Saya mahu membaca sedikit buku2 itu sebelum dapat beristirehat dan tidur.. Hehehe.. Wish me good luck in my examination ya.. Hope I can get Dean's List this semester.. InsyaALLAH.. Amin~ (^_^) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...