Resipi Kek Coklat Lembab (amat mudah untuk disediakan)
Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula (dikisar halus)
1 cawan minyak masak
2 cawan susu tepung (4 sudu besar untuk satu cawan)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur
Cara-cara:
1. Rebuskan air secukupnya untuk mengukus. Sementara menunggu air mendidih, anda bolehlah mula membancuh adunan tersebut.
2. Tepung gandum, serbuk koko, gula, soda bikarbonat dan serbuk penaik dicampur sekali dan dikacau.
3. Tuangkan minyak ke dalam adunan tersebut dan kacau rata.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata.
5. Tuangkan susu sedikit demi sedikit dan kacau. Pastikan anda kacau adunan tersebut satu arah sahaja, sama ada ikut arah jam atau lawan jam.
6. Apabila sebati, tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang atau acuan. Kukuskan adunan tersebut selama 45 minit atau lebih mengikut ketebalan adunan di dalam loyang tersebut.
7. Setelah siap, kek tersebut bolehlah dihidangkan. Anda juga boleh menyimpan kek yang sudah siap itu semalaman di dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak dan lazat.
No comments:
Post a Comment