Saturday, April 6, 2024

Cetusan hati si pemilik blog

Assalamu'alaikum my lovely bloggie..  


Ahlan wa sahlan, ya habibi.. Kaifa haluk? Alhamdulillah, ana bikhoir.. ehh.. asal lak dia jadi baik je hari nie.. macam pelik je dia ni.. ayashii~ hehehe.. alhamdulillah.. berubah ke arah yang lebih baik.. tak gitew?.. (^_^) 

Serahlah hati kita ni pada Allah, in sha Allah segalanya akan baik-baik sahaja.. kerana hati kita ni milik pencipta kita, Allah Azza Wa Jalla.. apabila kita didatangi perasaan yang sedih, berbaliklah pada Allah.. apabila kita dirundung perasaan resah, gelisah dan keliru, berbaliklah pada Allah, dan apabila kita gembira berbaliklah juga pada Allah.. dan bersyukur atas nikmat yang diberikan.. Kadangkala kita tak dapat apa yang kita inginkan kerana ia tidak baik untuk kita.. dan adakalanya kita akan dapat sesuatu yang kita tak suka, yang sebenarnya ia amat baik untuk kita.. percayalah dengan perancangan Allah SWT.. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu.. 

Sebenarnya, Allah datangkan ujian tu sebab DIA nak kita jadi kuat.. Kadangkala Allah hilangkan sesuatu yang kita sayang tu sebab DIA nak gantikan sesuatu yang lebih indah untuk kita.. sesuatu yang tak disangka-sangka.. seperti rezeki yang berkat, kesihatan yang baik, jodoh yang baik dan bertanggungjawab, dll.. untuk kita dipertemukan dengan jodoh yang baik, kita sendiri kena lah jadi baik dulu.. kita kena jaga hubungan kita dengan Allah.. in sha Allah, wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. dan begitu juga lelaki yang baik untuk wanita yang baik.. 


Saya percaya ada di kalangan kita yang dah kehilangan ibu atau ayah selama-lamanya.. Allah lebih sayangkan mereka.. rasa amat sedih atas kehilangan ini.. tapi, yang sebenarnya mereka tak pernah hilang.. mereka cuma berpindah alam je.. mereka yg sampai dulu ke alam sana.. dan menanti kehadiran kita di sana.. kita semua pasti dan akan menyusul juga ke alam tersebut, iaitu alam barzakh.. buat masa ni, kita perbanyakkanlah amalan baik kita.. jaga solat, banyakkan amalan sunat seperti puasa sunat, berbuat baiklah pada ibu atau bapa (yg masih ada), rajin bersedekah, rajin baca Al-Quran.. jadikan lah Al-Quran sebagai sahabat kita di dunia ni, kerana ia akan menjadi sahabat dan penolong (syafaat) kita di Akhirat kelak.. 

Kadangkala kita terfikir, kenapa la di saat hati kita telah tertutup rapat dan kita tidak ingin menerima kehadiran insan baru dalam kehidupan kita, tetiba kita dipertemukan dengan someone.. dan dihadirkan juga dalam diri kita satu perasaan yang tak terungkap oleh kata-kata.. sekuat apa pun kita cuba hapuskan atau hilangkan perasaan itu, tetapi amat sukar.. ya Allah.. aku hanya mampu berdoa.. adakah dia ditakdirkan untukku sebagai jodohku.. untuk meningkatkan keimananku dan membimbingku ke syurgaMu ya Allah.. atau dia hanyalah ujian untukku, yang hadir untuk memberi pengajaran untukku? dan meninggalkanku sesudahku mendapat pengajaran?.. Ya, Allah.. bantulah hambaMU ini dalam membuat keputusan.. aku serahkan segala urusanku kepadaMU ya Allah.. doronglah dan bantulah aku dalam melakukan apa yang terbaik untukku mengikut perancanganMU.. 

Hari ni juga genaplah 26 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.. rasa sedih sgt, Ramadhan akan meninggalkan kita.. pahala dilipat ganda dalam bulan yang mulia ini.. walaupun nanti kita bukan lagi di dalam bulan Ramadhan, teruslah istiqomah dengan amalan baik yang kita dah kerjakan sepanjang bulan Ramadhan.. semoga kita masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan.. di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari memohon maaf atas kekhilafan saya sepanjang perkenalan kita.. maaf zahir dan batin.. 


Sampai di sini sahaja coretan kali ini.. semoga semua dalam lindungan Allah.. dan diberi kesihatan yang baik.. kita tak tahu apa yang akan jadi ke depan.. setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya.. janji Allah itu pasti.. semoga kita ketemu lagi di lain hari.. kita jaga kita.. (^_^) 

Fi Hifzillah.. wassalam.. 

Monday, April 1, 2024

Perlantikan Penjaga Ad-Litem

Moshi.. moshi.. o genki desu ka? kyou wa nani suru no? (^_^) 

Berkenaan topik hari ni, saya nak cerita sikit tentang penjaga Ad-Litem ni.. kita nampak benda ni kecik je kan.. tapi sebenarnya dia sangat2 besar dan penting.. sampai kalau kita dah nak masuk bicara pun, still kena tangguh tarikh bicara tu ke hari lain.. sebab prosedur mahkamah memang macam tu.. walaupun kanak-kanak tu tak cukup 2 bulan lagi untuk capai 18 tahun.. still kena buat juga.. huhuhu.. (T_T) 



Okay, so apa tu penjaga Ad-Litem? Penjaga Ad-Litem tu adalah satu istilah yang digunakan merujuk kepada seseorang yang dilantik oleh pihak mahkamah sebagai penjaga atau pengantara kepada orang yang tidak berkeupayaan seperti kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan lain-lain dalam prosedur mahkamah. So, orang yang dilantik ni la perlu melindungi hak dan menjaga kepentingan kanak-kanak yang terbabit dalam prosiding mahkamah tu nanti.. 

Tapi still sebelum kita nak dapat kelulusan pelantikan sebagai penjaga Ad-Litem ni, kita kena buat permohonan penjaga Ad-Litem dulu.. Ada dokumen yg kita kena sediakan.. berkenaan dokumen ni boleh tanya person in charge (PIC) bahagian permohonan ni di kaunter.. kes melibatkan penjaga Ad-Litem ni kena pergi Mahkamah Tinggi Syariah bukan mahkamah rendah syariah.. sebelum ni, saya pernah buat permohonan penjaga Ad-Litem ni dekat mahkamah tinggi kuala terengganu dan dah pun terima surat perlantikan tu dr mahkamah.. tapi, ada benda lain yg terjadi di luar jangkaan kami dan menyebabkan kes tu tergendala sampai di situ shj.. (T_T) 

So, untuk kes ni, saya minta peguam tolong drafkan dan sediakan dokumen dia.. kalau nak harapkan saya, memang tak menjadi la.. sama mcm apa yg sy pernah buat sblum ni.. dan akan drag masa yang lama sebab banyak yang saya tak tau.. akan ada banyak yang kena ubah nnt.. termiss pulak beberapa dokumen.. kna draf baru then kena buat semula... wahhh.. sangat2 complicated.. so, sebagai penyelesaiannya, kita kna la minta jasa baik expert utk tolong buatkan.. lebih afdal ye tak.. hehehe.. jasamu dikenang Tuan.. (^_^) 

Okay, kita sambung.. once kita dah buat permohonan, diorang akan proses permohonan tu dan diorang akan bagi tarikh untuk hadir memberi keterangan.. of course permohonan ni ada bayarannya ya.. oh ya.. start 1 Mac 2024 peningkatan service tax dah pun dinaikkan daripada 6% kepada 8% especially yang melibatkan perkhidmatan profesional (i.e., perundangan).. wahhh.. memang terasa kowt... Golongan M40 la yang paling terjejas sebab yang selalu dapat pelbagai bantuan adalah golongan B40.. Manakala T20 memang kewangan diorang dah stabil.. hmmm... 


Okay la, berbalik kepada topik kita tadi, once kita dah dapat tarikh tu, baru la kita hadir sekali lagi ke mahkamah tu untuk beri keterangan di hadapan hakim sebelum hakim boleh putuskan sama ada kita layak menjadi penjaga kepada mereka ataupun tidak.. Banyak la soalan yang hakim akan tanya dekat kita tu nanti.. Pengalaman saya, soalan yang dia tanya agak banyak.. Dan macam-macam.. dah memang prosedur dia mcm tu kan.. kita terima je la dgn hati yang terbuka.. 

Dia akan tnya reason kenapa kita nak mohon, sedangkan kita boleh je tunggu lagi 2 bulan (sampai kanak2 tu cukup umur) baru proceed.. kenapa kita yang nk jadi penjaga diorang? diorng stay dengan sape? sape je yg jaga kanak2 tu? takde orang lain ke yg boleh jadi penjaga diorang? nanti kalau bagi lantikan pun, still tak valid juga sebab sebutan bicara kes kemungkinan ambik masa lama.. kemungkinan nnt dah lepas tarikh la.. dan mcm2 lagi.. hahahaha.. tahap panas dia tu memang rasa macam viva kali ketiga kowt.. aduyai.. sabar la hati.. viva kali kedua ketika sy interview minta kerja dulu.. huhuhu... kaw2 soalan dia.. almaklum la soalan dari mahaguru2 hebat.. hahahahaha.. mmg kenangan betul la time interview tu.. 

Okay, berbalik kepada topik kita, untuk korang yang nak buat permohonan ni, saya nasihatkan ketika nak baca ikrar (rasanya tu istilah dia la kut.. hehehe.. belum habis kaji lagi..) dan sign ketika memohon dan juga time kita nak beri keterangan nanti, korang bawa la sekali surat beranak korang dan surat beranak kanak-kanak tersebut.. lagi satu, bawa salinan surat beranak tu sekali.. sijil kematian yang original dan salinan pun bawa sekali.. IC korang memang of course la kena bawa.. kalau boleh bawa segala dokumen yang ada yang dirasakan berkaitan.. 

kalau ada dokumen pengesahan anak kariah pun bawa je la skali.. utk standby je.. dokumen pengesahan anak kariah ni perlu ada in case kalau alamat kita dlm IC tu bukan di negeri kes tu didaftarkan).. bawa smua dokumen tu so, nanti takde la korang kena datang dua tiga kali atas alasan dokumen tak lengkap.. kan.. mcm terlebih rajin la pulak kan klau nk datang byk kali ni.. (n_n) 

Ye la.. jauh kowt nak drive.. dlm kes sy ni, perjalanan dari rumah ke mahkamah tinggi ni ambik masa 1 jam setengah ke 2 jam utk sampai.. kalau mahkamah tinggi tu sebelah rumah saya okay la jugak kalau nak pergi banyak kali kan.. aduyai.. tp, kalau sy bawa 140km/jam atau 160km/jam, in sha Allah dlm sejam atau kurang sejam dh boleh sampai.. hehehehe.. so, kna drift la jwbnya kan.. ala2 Michael Schumacher (F1) gitew.. besday kita pun dah sama.. okay aaa tuu.. (^_^) 


Rasanya, itu saja la kowt berkenaan penjaga Ad-Litem ni.. buat masa ni, saya tengah tunggu untuk hadir bicara bagi sebutan pertama untuk kes harta sepencarian sebab baru selesai bagi keterangan untuk permohonan penjaga Ad-Litem ni minggu lepas.. 2 kali kena buat Ad-Litem.. dan 2 kali juga la saya kena bagi keterangan pada hakim.. huhuhu.. saya berharap sangat yg segala urusan sebutan kes nanti dipermudahkan.. aamiinnn.. kakak dari Johor pun akan datang lagi sekali.. harap semua boleh selesai pada hari kejadian nanti.. 

Sehingga ketemu lagi.. ja mata na~ 

Fi Amanillah.. ^_^ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...