Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Friday, July 12, 2024

Kesederhanaan dalam Pemakanan

Assalamu'alaikum.. moshi.. moshi.. genki desu ka? Hmm.. topik hari ni berkenaan pemakanan.. sebenarnya dah lama saya mengalami masalah gatal-gatal kulit.. nak kata eczema macam bukan.. tapi doktor pertama diagnose bahawa itu hanya lah sakit kurap bukan psoriasis atau eczema.. tapi masalahnya, gatal2 tu akan datang bila saya tersilap makan.. tapi, doktor tu kata kalau sakit kurap bukan disebabkan makanan.. 

Dah hampir 3 kali saya jumpa doktor tu.. still tak sembuh2.. kejap ada gatal.. kejap takde.. dia ada nak refer saya ke doktor kulit yang lain, tapi saya kata takpe la.. kita wait n see... saya bagitau doktor tu, kalau sakit saya datang lagi, nnt saya sendiri pergi jumpa doktor pakar kulit.. pastu lepas seminggu, sakit gatal2 tu datang balik.. korang rasa saya pergi jumpa doktor tak? hahahahaha... sudah semestinya saya yang malas nak jumpa doktor ni, memang tak pergi la jumpa doktor.. sebab kalau pergi pun, diorang akan bagi ubat dadah untuk makan.. ubat yang sama.. pastu nanti gatal balik.. ubat tu untuk rawat symptom sahaja bukan untuk sembuhkan penyakit.. nanti berenti ubat, datang balik sakit tu.. 

So, cara atasinya adalah dengan saya kawal pemakanan saya.. sebab selalunya masalah kulit ni terjadi adalah disebabkan usus yang tak sihat.. so, saya start makan probiotics plus prebiotics.. Antara produk yang saya dah consume adalah Just Thrive Probiotic, GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus, Vofina, dan Phytotics Yellow.. 

 

Mula2 saya try la produk Just Thrive (Probiotic & Antioxidant) ni.. Diorang kata okay untuk masalah kulit, so kita try la.. So, saya start consume produk ni pada bulan Disember 2023.. Time ni memang dah kronik gatal2 kulit saya.. So, saya beli dari Shopee sebab dekat Tiktok takde jual.. Harga dia cuba teka berapa? Sebotol untuk 1 bulan penggunaan adalah RM350.. Hahahaha.. Mahai naww!! Time tu, saya ingat memang macam tu harga dia.. Saya makan untuk tempoh sebulan je la.. Nak kata ada kesan ketara tu mcm takde je.. Mungkin sebab saya baru sebulan consume kut.. Cuma ada la nampak kesan sikit.. Tapi, kalau untuk nak beli lagi, memang tak la.. tersangat T20 ni.. hahaha.. saya rakyat marhaen tak mampu untuk teruskan.. kita pilih yang lain..

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

Then, saya search lagi pasal probiotics plus prebiotics ni.. Then, saya diperkenalkan dengan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ni.. Sebenarnya diorang ada jual kotak biru dan kotak pink.. Yang kotak biru khas untuk probiotic dan masalah usus dan pencernaan.. manakala yang pink khas untuk probiotic, masalah kulit dan masalah perempuan sekali.. Harga untuk kotak biru (RM70) murah sikit la dari kotak pink (RM128).. 1 kotak tu untuk 1 bulan penggunaan.. 

Yang Rhamnosus ni saya dah consume sampai 5 kotak dah.. Kiranya 5 bulan la saya consume ni.. Saya start consume dari bulan Januari tahun ni (2024) sampai bulan Mei.. Sedap sangat sebab kita kemam2 je.. Tak perlu nak telan or campur dengan air.. Memang ada nampak kesan dia.. Rasa gatal2 kulit tu kurang sikit.. Masalah perempuan pun dah berkurangan.. Tapi harga dia mahal jugak la.. Selalunya saya beli time diorang buat live Tiktok untuk dapat harga offer.. Saya dapat harga RM108 (1 kotak).. Kadang tu saya beli 2 kotak terus sebab dapat less lagi (RM90 sekotak)..


Then, saya dapat tau ada produk baru iaitu Vofina.. Okay ke produk ni? Produk ni dari Singapore.. So, dalam bulan Jun tahun ni (2024) saya try la Vofina ni sebab orang cakap okay.. Vofina ni lagi mahal dari GKB Rhamnosus tu.. Harga dia dalam RM145 (1 kotak).. Tapi, Vofina macam tak best je.. Of course la kena telan.. hahahaha.. bukan kemam2 lagi dah.. So, Vofina tu saya habiskan 1 kotak tu je la.. pastu tak beli dah.. dah la mahal.. hehehe.. kita cari yang lain la..


Then, saya bertukar ke Phytotics Yellow.. Review pun ramai kata okay.. Ada yang kata lagi okay dari Vofina.. So, kita try la.. So far, Phytotics Yellow ni ada nampak kesan dia.. kurang dah gatal2 pada kulit dan kurang peyut buncit.. hahahaha.. itu yang paling penting.. [^o^]

Disamping saya consume probiotics ni, saya kurangkan juga segala makanan yang menyebabkan gatal2 seperti makanan yang berasaskan gandum seperti roti (my feveret), maggi (last makan tahun lepas), pastri, kek, biskut, kuih-muih dan makanan yang tinggi gula seperti coklat, ais-krim, gula-gula, segala jenis sos dan kicap, minuman manis seperti kordial, jus, ice-blended, segala produk tenusu pun saya cuba elak, seperti keju, susu.. kalau teringin sangat nak minum kopi, saya akan order minuman tu dan request untuk replace fresh milk/susu lembu kepada susu oat atau susu almond.. telur ayam yang biasa tu pun saya elak.. dulu saya makan telur omega je.. pastu sekarang saya bertukar kepada telur selenium.. nak cari telur kenkori macam payah je.. selenium pun selenium la.. at least takde gatal2 tu..

Alhamdulillah, selepas 2 minggu saya pantang makan dan minum saya, gatal2 kulit dah makin hilang.. cuma tinggal parut sahaja.. selepas sebulan.. hilang terus gatal2 pada kulit saya.. of course, probiotics juga tak pernah tinggal.. jeng.. jeng.. jeng.. tetiba craving manis tu datang balik.. huwaaa.. rindunya nak makan roti dan minum air feveret saya.. hahahaha.. 

Dia punya mengidam makanan manis tu dah tak dapat nk dibendungkan lagi.. Akibatnya, saya pun berjaya la makan kek dan roti plus ice-blended machiato, spanish latte.. kudap-kudapan dia saya boleh pi bantai Coklat (Beryls) dan Nips (plastik merah).. hahaha.. ko rasa, gatal tu datang balik tak?? of course la datang balik... aduyai.. sabar je la hati.. waaa... sekarang saya dalam proses nak hilangkan gatal tu balik.. hmmm.. itu la, sapa suruh pi makan dan minum yang manis2.. kita ni dah manis, sepatutnya tak payah dah makan manis.. hahahaha.. [^o^]

Dah la orang kata, gula ni adalah makanan kepada microorganisms dalam badan kita yang akan menyebabkan gatal2 tu.. huwaaa.. sapa suruh langgar pantang.. sabar je la.. berat pun dah makin turun sebab kena pantang makan.. sebelum ni berat 75kg.. sekarang dah 64kg.. hmmm... memang best berat badan turun, tapi mood kita la.. emosi kita jadi tak best sebab tak dapat makan apa yang kita suka.. itu la.. orang dah cakap.. kadang benda yang kita suka tu, tak semestinya baik untuk kita.. dan benda yang kita tak suka tu yang sebenarnya baik untuk kita.. huhuhu... ku pasrah.. atas segalanya.. [T_T]

Selain dari jaga makan, saya pun start consume supplement dari Amway macam Lecitin-E, Cal Mag D Plus (sebab ada masalah takleh tidur), Bio C Plus (masalah jerawat), Salmon Omega Complex (masalah saraf) dan juga beberapa supplement dari Shaklee seperti Mixed Soy Protein (pengganti breakfast), Collagen Plus dan B-Complex Plus (umur dah tua, banyak penyakit). Boleh tahan juga la harga diorang nie.. huhuhu.. takpe la.. anggaplah ini sebagai salah satu bentuk ikhtiar je.. harap diangkat penyakit ini dengan izin Allah.. Aamiin.. 

Setakat ini dulu celoteh saya berkenaan kesederhanaan dalam pemakanan dan penjagaan pemakanan.. Kesan untuk setiap produk bergantung kepada badan masing2 nanti.. setiap orang, lain kesan dia tau.. mungkin untuk saya, takde nampak kesan sangat.. tapi untuk korang mungkin ada kesan dia.. so, jangan serik untuk mencuba beberapa jenis produk probiotics atau supplement.. (kena bagitau awal2, takut nanti kena bash.. hahaha.. peace no war!) [n_n]

Sehingga ketemu lagi.. Ja mata ne~

Monday, August 4, 2014

Japanese Cotton Cheese Cake ^_^

Assalamu'alaikum.. Moshi.. moshi.. Ogenki desu ka? Watashi wa genki desu.. Wah!!! Lamanya tak update blog ni.. Makin menyepi pulak saya ni kan.. Hehehe.. Biasa la.. Saya busy sikit sejak kebelakangan ni.. Mungkin ini disebabkan oleh life seorang student yang telah memaksa saya utk membaca segala anak cucu cicit journal utk dijadikan reference dalam kajian saya.. Huhuhu.. Pening sgt2.. Mungkin itu pengorbanan yg perlu kita lakukan sebelum dihadiahkan dgn kejayaan.. Huhuhu.. Sabar jer la sakurai oii.. T_T

Eh, kejap!! Kenapa saya cerita pasal life saya plak ni.. Ini bukan tujuan sebenar saya update blog sy ni.. hehehe.. Okay, back to the topic. Hari ni, saya nak share dengan korang macam mana nak buat "Japanese Cotton Cheese Cake" - [versi mudah!!!]




Sebenarnya, saya baru jer terjumpa resepi ni.. Ada org share dekat FB.. Tp, sy tak boleh nak cite nama dia kat sini sbb sy dah lupa kat mana sy ternampak resepi ni.. Maaf ye.. Kepada tuan empunya resepi ni, sy dengan rendah diri nak minta izin utk share resepi anda di sini.. Harap anda memahami ye.. Jangan saya disaman sudah ler.. Hehehe.. Okay, dalam beberapa hari yang lepas saya dah try buat kek ni.. Ternyata memang sedap kowt.. Sugoku oishii desu [It's so delicious].. Wanna try?? Okay, here is the recipe :-


Bahan2 :-
6 keping chesdale [jenama apa pun x pe] - disiat kecil2

300 ml susu segar [jenama apa pun xpe]


100 g butter [nak guna margerin pun bole]


100 g tepung gandum [jenama apa pun x pe, ikut keselesaan korang]


125 g gula


6 biji telur ayam - asingkan putih telur dn kuning telur


sedikit esen vanila



Cara2 :-
1) Bahan A - Campurkan  chesdale + butter + susu [dipanaskan dgn api kecil]
2) Bahan B - Pukul putih telur smpai kembang, masukkan gula & pkul smpai jadi meringue
3) Bahan C - Pukuk kuning telur sampai kembang
4) Campurkan Bahan A + B + C
5) TETAPI, sebelum letakkan Bahan B, masukkan dulu Bahan A & C, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit + esen vanila. Kacau sebati. Pastu baru masukkan Bahan B.


Cara Bakar :- 
1) Bungkus bahagian bawah loyang adunan dengan aluminium foil, kemudian, letakkan loyang yg berisi adunan didalam loyang yg lebih besar yg berisi air panas. Pastu barulah dibakar. EH!! Ada macam pening sikit tak?? Hehehe.. 

Okay, maksud saya, loyang yang berisi adunan dan loyang yg berisi air panas dibakar serentak.. Ala2 "double boiler" utk cairkan coklat gitu.. Cuma dlm kes ni, kita bakar dlm oven.. 

Motif?? Supaya, kek kita akan sentiasa lembab kerana air tersebut dapat mengawal kepanasan suhu dlm oven supaya sentiasa kurang dr 100 darjah celcius. Disamping itu, kek ini akan terkawal kelembapannya.. 


Suhu Bakar :-
1) Suhu 170 dalam 20 minit pertama
2) Suhu 140 dalam 40 minit terakhir


Okay, that's it.. Walaupun korang nampak mcm susah jer nak buat, tapi hakikatnya kek ni memang senang giler nak buat.. cuma bab bakar tu cerewet sikit.. biasa laa tu.. kek keju ni memang manja sikit.. kena pandai layan dia.. hehehe..

Selamat mencuba ya.. Sehingga berjumpa lagi.. ja mata ne~  *(^_^)*

Sunday, June 3, 2012

Things that I hate most..

Moshi.. Moshi.. Ogenki desu ka? Ima, daijoubu? I hope you are in a pink of health.. I'm doing fine, today.. Tomorrow?? I'm not sure whether I'll be fine.. Hehehe.. Today topic is some things that I hate most. Honto ni kirai! My dear blog, do you know what are the things that I hate the most in this world? Shitteru?? Maybe you don't really know. Let me list some things that I really don't like to eat.. In term of food..


1. Durian 
This is the king of all foods. Why?? I'm not sure.. Maybe because this food had thorn around its body? Hmm.. Whatever.. I dislikes this food because of its smell.. Urghh.. So bad.. 

Durian


2. Budu 
This budu is some kinds of smelly flavour that used as a sauce when eating with 'Ikan Singgang'. This budu come from Terengganu. Hope people from Terengganu will not hate me after this.. Hehehe.. My father really likes this budu but I don't like this budu because of its smell too.. 

Budu


3. Banana
This is another food that I don't like to eat. I can't stand with the taste of this banana. So sweet.. But, if this banana turn out into some sort of snack or 'kerepek', maybe I can eat it.. Hehehe.. But not the original one.. 

Banana


4. Kerang 
Kerang or known as cockles is another living thing that my throat really can't accept it. I had tried to eat this cockles once before but it getting worse coz I'll vomit all things that I had just ate.. Huh.. It's not a worth to try.. Rather than eating this cockles, I prefer to eat 'Lala' or 'Kepah'.. That's will be better than this cockles.. Hehehe..

Cockles


Do you now how lala looks like? The design on the outer shells look so great. The colour of 'lala' are better than cockles.. What the important is the taste of 'lala' are far more better than cockles.. Price of 'lala' are more expensive as compare to cockles.. Why not you treat me this 'lala'.. Hahaha.. Just kidding.. This is 'Lala'..


Lala


5. Hati Ayam 
Oh my gosh!.. I really hate this things. My mom ask me to eat this because it can increase my blood quantity, but I can't eat it. Yuukkss.. That's jelly thing.. Eeiiuuu.. Even now I have an anemia, I prefer not to eat this chicken liver.. I told my mom that, this liver is unhealthy to us because it contains the high level of toxin which will finally give damages to our body.. Hehehe.. Just giving some excuses from eating it.. 

Chicken Liver


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...