Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Saturday, April 6, 2024

Cetusan hati si pemilik blog

Assalamu'alaikum my lovely bloggie..  


Ahlan wa sahlan, ya habibi.. Kaifa haluk? Alhamdulillah, ana bikhoir.. ehh.. asal lak dia jadi baik je hari nie.. macam pelik je dia ni.. ayashii~ hehehe.. alhamdulillah.. berubah ke arah yang lebih baik.. tak gitew?.. (^_^) 

Serahlah hati kita ni pada Allah, in sha Allah segalanya akan baik-baik sahaja.. kerana hati kita ni milik pencipta kita, Allah Azza Wa Jalla.. apabila kita didatangi perasaan yang sedih, berbaliklah pada Allah.. apabila kita dirundung perasaan resah, gelisah dan keliru, berbaliklah pada Allah, dan apabila kita gembira berbaliklah juga pada Allah.. dan bersyukur atas nikmat yang diberikan.. Kadangkala kita tak dapat apa yang kita inginkan kerana ia tidak baik untuk kita.. dan adakalanya kita akan dapat sesuatu yang kita tak suka, yang sebenarnya ia amat baik untuk kita.. percayalah dengan perancangan Allah SWT.. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu.. 

Sebenarnya, Allah datangkan ujian tu sebab DIA nak kita jadi kuat.. Kadangkala Allah hilangkan sesuatu yang kita sayang tu sebab DIA nak gantikan sesuatu yang lebih indah untuk kita.. sesuatu yang tak disangka-sangka.. seperti rezeki yang berkat, kesihatan yang baik, jodoh yang baik dan bertanggungjawab, dll.. untuk kita dipertemukan dengan jodoh yang baik, kita sendiri kena lah jadi baik dulu.. kita kena jaga hubungan kita dengan Allah.. in sha Allah, wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. dan begitu juga lelaki yang baik untuk wanita yang baik.. 


Saya percaya ada di kalangan kita yang dah kehilangan ibu atau ayah selama-lamanya.. Allah lebih sayangkan mereka.. rasa amat sedih atas kehilangan ini.. tapi, yang sebenarnya mereka tak pernah hilang.. mereka cuma berpindah alam je.. mereka yg sampai dulu ke alam sana.. dan menanti kehadiran kita di sana.. kita semua pasti dan akan menyusul juga ke alam tersebut, iaitu alam barzakh.. buat masa ni, kita perbanyakkanlah amalan baik kita.. jaga solat, banyakkan amalan sunat seperti puasa sunat, berbuat baiklah pada ibu atau bapa (yg masih ada), rajin bersedekah, rajin baca Al-Quran.. jadikan lah Al-Quran sebagai sahabat kita di dunia ni, kerana ia akan menjadi sahabat dan penolong (syafaat) kita di Akhirat kelak.. 

Kadangkala kita terfikir, kenapa la di saat hati kita telah tertutup rapat dan kita tidak ingin menerima kehadiran insan baru dalam kehidupan kita, tetiba kita dipertemukan dengan someone.. dan dihadirkan juga dalam diri kita satu perasaan yang tak terungkap oleh kata-kata.. sekuat apa pun kita cuba hapuskan atau hilangkan perasaan itu, tetapi amat sukar.. ya Allah.. aku hanya mampu berdoa.. adakah dia ditakdirkan untukku sebagai jodohku.. untuk meningkatkan keimananku dan membimbingku ke syurgaMu ya Allah.. atau dia hanyalah ujian untukku, yang hadir untuk memberi pengajaran untukku? dan meninggalkanku sesudahku mendapat pengajaran?.. Ya, Allah.. bantulah hambaMU ini dalam membuat keputusan.. aku serahkan segala urusanku kepadaMU ya Allah.. doronglah dan bantulah aku dalam melakukan apa yang terbaik untukku mengikut perancanganMU.. 

Hari ni juga genaplah 26 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.. rasa sedih sgt, Ramadhan akan meninggalkan kita.. pahala dilipat ganda dalam bulan yang mulia ini.. walaupun nanti kita bukan lagi di dalam bulan Ramadhan, teruslah istiqomah dengan amalan baik yang kita dah kerjakan sepanjang bulan Ramadhan.. semoga kita masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan.. di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari memohon maaf atas kekhilafan saya sepanjang perkenalan kita.. maaf zahir dan batin.. 


Sampai di sini sahaja coretan kali ini.. semoga semua dalam lindungan Allah.. dan diberi kesihatan yang baik.. kita tak tahu apa yang akan jadi ke depan.. setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya.. janji Allah itu pasti.. semoga kita ketemu lagi di lain hari.. kita jaga kita.. (^_^) 

Fi Hifzillah.. wassalam.. 

Friday, June 5, 2009

Uban Yang Membahagiakan

Selagi usia belum sampai ke penamat, turun naik kehidupan akan tetap berlaku. Beberapa tahun dulu sudah berada di puncak, sekarang jatuh balik; sekejap dulu rasa macam sudah berjaya, sekarang rasa macam terjelepuk pula.

Usah hairan, hidup memang macam tu.

Selagi nafas masih ditarik dan dikeluarkan, turun naik kehidupan tetap mengambil tempat. Tidak ada orang yang sudah berada di puncak akan terus di situ selama-lamanya, ada ketikanya dia akan berada di bawah. Sama ada dia mahu mengakuinya ataupun tidak, pada ketika-ketika tertentu memang kehidupan akan memutarkan rodanya. Kalau ada orang berkata, “Tidak, saya tak pernah jatuh. Saya sudah memiliki segalanya sekarang. Harta saya banyak, pangkat saya besar. Saya tak mungkin ke bawah.”

Tanyalah orang itu, apakah dia tidak pernah berasa seperti tidak dipedulikan? Ketika pergi ke pusat-pusat pentadbiran masih terpaksa beratur panjang meskipun dulunya boleh pintas sesiapa saja. Tatkala sedang memandu tiba-tiba sebuah kereta buruk memotong secara berbahaya lalu terpaksa membrek. Apakah ketika itu tidak terasa seperti diperkecil-kecilkan? Ketika berada di satu majlis, lantaran orang sudah tidak begitu kenal, lalu dibiarkan bersendirian. Ketika anak-anak telah dewasa lalu berpindah, orang gaji pula tiba-tiba sakit, terpaksalah menyediakan minuman pagi sendiri padahal selama ini benar-benar tuan besar. Kalau pun dia seorang yang sangat agung, sedari kecil hinggalah dewasa memiliki segala-galanya hingga tidak mungkin nyamuk pun hinggap, tatkala di Makkah apakah masih boleh berasa seperti itu?

Katalah dengan kuasa dan hartanya dia boleh meletakkan dirinya ke tempat paling istimewa, tatkala melakukan tawaf dan melihat Kaabah apakah merasakan dirinya masih di atas? Nah, itu bukti menunjukkan putaran hidup sentiasa berlaku. Usah degil untuk tidak mahu mengakui usia yang semakin pendek. Usah tidak hirau dengan uban yang semakin banyak. Usah terlalu ego asyik hendak bercerita tentang kejayaan masa muda sedangkan hari tua amalan semakin sedikit. Maklum, kekuatan sudah pudar, kesihatan juga hambar. Memang uban tidak boleh disinonimkan dengan ketuaan sebab bukankah pada usia 30-an sehelai dua uban mula mencelah-celah di sana sini?

Kehidupan masakini menyebabkan stres lebih kerap berlaku, maka ini salah satu punca uban terjadi pada usia muda. Warna rambut juga berhubung dengan melanin, iaitu pigmen pewarna yang terhasil oleh sel melanosit di bawah akar rambut. Melanosit inilah yang menentukan apakah rambut seseorang itu berwarna coklat, emas ataupun hitam. Bagaimanapun, secara alamiah, uban akan tumbuh apabila usia mencecah 50 tahun ke atas kerana pada usia begini aktiviti dan kapasiti sel-sel tubuh menurun. Ketika itu terjadi, aktiviti sel melanosis ikut menurun dan pada satu tahap akan pencen terus. Ketika ia pencen, rambut yang asalnya hitam berkilat menjadi ‘salji’ seluruhnya. Tumbuhnya uban ibarat turunnya putaran roda. Ia dikatakan isyarat ghaib terhadap usia yang mungkin semakin pendek. Nisbahkan pada kehidupan dunia, ia ibarat juruingat dan jurunasihat bahawa setiap detik adalah usia dan apa yang dilakukan dalam usia – turun dan naik, turun dan naik. Sekurang-kurangnya ada dua perkara penting untuk diberi perhatian pada keadaan seperti ini:

1. Semak diri dan tanya hati; siapa aku, hendak ke mana aku, di mana aku, apa yang boleh aku lakukan untuk ‘besok’.

2. Kenang-kenang masa yang telah dilalui dan berbahagia serta berbanggalah dengan semua pencapaian serta kongsikan dengan orang lain mana-mana yang boleh.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda, “ALLAH berfirman, Demi kemuliaan-KU dan kebesaran-KU tidak akan AKU himpun pada hamba-KU dua kali takut dan dua kali aman. Jika dia takut kepada-KU di dunia AKU beri aman di Hari Kiamat dan jika dia berasa aman dari-KU di dunia AKU takutkan dia di akhirat (hari Kiamat). ~Riwayat Ibn Hibban~

Jika uban telah datang tetapi sejarah silam hanyalah hitam atau putih yang rasanya tidak pernah kedam walau sekali, uban hari ini adalah detik mula untuk muhasabah diri. Meniti usia berbaki bukan mesti miskin bakti dan kecil wawasan. Selagi usia masih ada ia perlu digembeleng untuk kecemerlangan.

-DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj-

Cara Mengurus Kemarahan

1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut: a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah


Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.


2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.

Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu



3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak

a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan


Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.

10 Cara Membina Motivasi dalam Diri

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda. Cuba lakukan sedikit perubahanKalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum. Senyum boleh mengubah segala-galanya. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif. Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi. Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang. Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas. Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah. Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru. Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. BertegaslahBertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Thursday, January 8, 2009

kejayaan impianku


Kejayaan terletak di minda anda,
sekiranya anda mahukan kejayaan,
mula memikirkan diri anda seorang
yang BERJAYA.

Friday, December 12, 2008

~* Time is like Gold *~



"Time is like gold"


To realize the value of a sister Ask someone who doesn't have one.


To realize the value of ten years: Ask a newly divorced couple.


To realize the value of four years: Ask a graduate.


To realize the value of one year: Ask a student who has failed a final exam.


To realize the value of nine months: Ask a mother who gave birth to a still birth.


To realize the value of one month: Ask a mother who has given birth to a premature baby.


To realize the value of one week: Ask an editor of a weekly newspaper.


To realize the value of one hour: Ask the lovers who are waiting to meet.


To realize the value of one minute: Ask a person who has missed the train, bus or plane.


To realize the value of one-second: Ask a person who has survived an accident...


To realize the value of one millisecond: Ask the person who has won a silver medal in the olympics time waits for no one.


Time is really important to human kind. Even Allah swears with 'time' in the several ayah in Al-Quran. Treasure every moment you have. You will treasure it even more.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...