Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Student's Life.. Enjoy !! ( ^_^ )

bile xde keje nk wt :

bile su0h g class :

da sampai class :

bile waktu rehat :

bila dapat assignment :

time wt assignment:

bile da dekat exam :

study last minutes:

bile lecturer bg s0klan susa:

bile xpat jawab dgn begayenye :

last2 give up~ haha:

kluar dari exam hall :

dapat result..........:

xkesah pun sbb dak2 laen pun same je resultnye..: 
bile sampai bilek:

kees0kannye: HAPPENING!!!


student's lif

Sunday, January 11, 2009

Cinta vs. Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari mata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Tuesday, May 20, 2008

A True Friend



A true friend is hard
to come by.

A true friend is very rare,
one who would not dare to share
what you have whispered in
their ear.

A true friend will be with you,
even after you’ve both
had a dispute.

A true friend would take
the time to rewind, find the problem
and then regroup.

A true friend will tell you,
when you’re right and
when you’re wrong.

A true friend will admit
their faults as well.

But most importantly a True Friend
will be just that, and
the friendship you have
they will not borrow, trade,
nor sell.

***Pesanan Bonda***


Anakku,
jalan kerikil tajam berliku itu
telah kau lewati sambil mencari hala tuju
tanpa ingin dikongkong
ingin bebas seperti camar
kerana mengikut gelodak jiwa remaja.

Anakku,
andai kau tergelincir
bangkitlah segera
bukalah minda
teruskan sedar dari mimpi fantasi
carilah jati diri
ingatilah pesan ayah bonda
suruhan dan tegahan-Nya
jadilah penguat iltizam diri.
apalah ertinya
engkau menyesali kesilapan dulu
tanamkan azam mengubah nasibmu
tanpa usaha gigihmu sendiri.

Anakku,
moga dirimu selamat dunia akhirat.

''Salam Perpisahan''


Teman…
tika aku menulis di waktu ini,
aku ditemani oleh unggas dan cengkerik menyayukan
diselang-seli pula dengan
dengkuran rakus
manusia di alam mimpi,
tapi entah mengapa,
aku sukar melelapkan mata
biar pun kuyu dan layu
sesungguhnya aku tidak dapat beradu
kerana asyik teringatkan dirimu.

Teman…
Dulu, aku tidak tahu nilai persahabatan
apatah lagi untuk menghargainya.
Kini, di saat segalanya akan berakhir
baru aku mengerti,
betapa perlunya seorang teman
aku perlukan kahadiranmu walauseketika
buat menemani perjalanan usia
sebelum ajal menggamit tiba.

Teman…
namun aku tetap terkilan,
pertemuan yang sesingkat ini
pasti dihakis oleh bahang perpisahan.
Tetapi apakan daya,
setiap yang bermula pasti berakhir
setiap yang bertemu pasti akan berpisah.
Itulah hakikat kehidupan,
yang harus kita terima.
Walauapa pun, kenangan akan tetap bersemadi
di hati seorang teman…
Salam perpisahan…

~Sebuah Ketenangan~

Disini…
aku masih mencari,
mencari sebuah ketenangan
mencari sebuah kegembiraan
yang telah lama tidak ku temui.
teringin rasanya…
aku digembirakan…
disayangi…
seperti juga insan yang lain
walaupun ku tahu ianya
hanyalah impian
yang belum tentu akan tercapai.
masih terdengar
terngiang-ngiang di telingaku
terasa perit…pedih…
luahan kata…
dari mulut mereka.

Terasa sebak di dada ini
mengenangkan hidupku ini.
terdengar hilaian tawa mereka
sorakan…
serta ejekan mereka…
ah…
terasa semakin pedih.

Terasa sebak di dada ini
ku tak tahu pada siapa
ingin ku mengadu.
tidak ada insan yang kutemui
yang memahami diri ini.
ku melangkah sayu…
sambil memegang satu matlamat.
akan ku buktikan pada mereka
yang aku bukan sehina seperti yang mereka sangkakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...