Showing posts with label issue. Show all posts
Showing posts with label issue. Show all posts

Monday, April 1, 2024

Perlantikan Penjaga Ad-Litem

Moshi.. moshi.. o genki desu ka? kyou wa nani suru no? (^_^) 

Berkenaan topik hari ni, saya nak cerita sikit tentang penjaga Ad-Litem ni.. kita nampak benda ni kecik je kan.. tapi sebenarnya dia sangat2 besar dan penting.. sampai kalau kita dah nak masuk bicara pun, still kena tangguh tarikh bicara tu ke hari lain.. sebab prosedur mahkamah memang macam tu.. walaupun kanak-kanak tu tak cukup 2 bulan lagi untuk capai 18 tahun.. still kena buat juga.. huhuhu.. (T_T) 



Okay, so apa tu penjaga Ad-Litem? Penjaga Ad-Litem tu adalah satu istilah yang digunakan merujuk kepada seseorang yang dilantik oleh pihak mahkamah sebagai penjaga atau pengantara kepada orang yang tidak berkeupayaan seperti kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan lain-lain dalam prosedur mahkamah. So, orang yang dilantik ni la perlu melindungi hak dan menjaga kepentingan kanak-kanak yang terbabit dalam prosiding mahkamah tu nanti.. 

Tapi still sebelum kita nak dapat kelulusan pelantikan sebagai penjaga Ad-Litem ni, kita kena buat permohonan penjaga Ad-Litem dulu.. Ada dokumen yg kita kena sediakan.. berkenaan dokumen ni boleh tanya person in charge (PIC) bahagian permohonan ni di kaunter.. kes melibatkan penjaga Ad-Litem ni kena pergi Mahkamah Tinggi Syariah bukan mahkamah rendah syariah.. sebelum ni, saya pernah buat permohonan penjaga Ad-Litem ni dekat mahkamah tinggi kuala terengganu dan dah pun terima surat perlantikan tu dr mahkamah.. tapi, ada benda lain yg terjadi di luar jangkaan kami dan menyebabkan kes tu tergendala sampai di situ shj.. (T_T) 

So, untuk kes ni, saya minta peguam tolong drafkan dan sediakan dokumen dia.. kalau nak harapkan saya, memang tak menjadi la.. sama mcm apa yg sy pernah buat sblum ni.. dan akan drag masa yang lama sebab banyak yang saya tak tau.. akan ada banyak yang kena ubah nnt.. termiss pulak beberapa dokumen.. kna draf baru then kena buat semula... wahhh.. sangat2 complicated.. so, sebagai penyelesaiannya, kita kna la minta jasa baik expert utk tolong buatkan.. lebih afdal ye tak.. hehehe.. jasamu dikenang Tuan.. (^_^) 

Okay, kita sambung.. once kita dah buat permohonan, diorang akan proses permohonan tu dan diorang akan bagi tarikh untuk hadir memberi keterangan.. of course permohonan ni ada bayarannya ya.. oh ya.. start 1 Mac 2024 peningkatan service tax dah pun dinaikkan daripada 6% kepada 8% especially yang melibatkan perkhidmatan profesional (i.e., perundangan).. wahhh.. memang terasa kowt... Golongan M40 la yang paling terjejas sebab yang selalu dapat pelbagai bantuan adalah golongan B40.. Manakala T20 memang kewangan diorang dah stabil.. hmmm... 


Okay la, berbalik kepada topik kita tadi, once kita dah dapat tarikh tu, baru la kita hadir sekali lagi ke mahkamah tu untuk beri keterangan di hadapan hakim sebelum hakim boleh putuskan sama ada kita layak menjadi penjaga kepada mereka ataupun tidak.. Banyak la soalan yang hakim akan tanya dekat kita tu nanti.. Pengalaman saya, soalan yang dia tanya agak banyak.. Dan macam-macam.. dah memang prosedur dia mcm tu kan.. kita terima je la dgn hati yang terbuka.. 

Dia akan tnya reason kenapa kita nak mohon, sedangkan kita boleh je tunggu lagi 2 bulan (sampai kanak2 tu cukup umur) baru proceed.. kenapa kita yang nk jadi penjaga diorang? diorng stay dengan sape? sape je yg jaga kanak2 tu? takde orang lain ke yg boleh jadi penjaga diorang? nanti kalau bagi lantikan pun, still tak valid juga sebab sebutan bicara kes kemungkinan ambik masa lama.. kemungkinan nnt dah lepas tarikh la.. dan mcm2 lagi.. hahahaha.. tahap panas dia tu memang rasa macam viva kali ketiga kowt.. aduyai.. sabar la hati.. viva kali kedua ketika sy interview minta kerja dulu.. huhuhu... kaw2 soalan dia.. almaklum la soalan dari mahaguru2 hebat.. hahahahaha.. mmg kenangan betul la time interview tu.. 

Okay, berbalik kepada topik kita, untuk korang yang nak buat permohonan ni, saya nasihatkan ketika nak baca ikrar (rasanya tu istilah dia la kut.. hehehe.. belum habis kaji lagi..) dan sign ketika memohon dan juga time kita nak beri keterangan nanti, korang bawa la sekali surat beranak korang dan surat beranak kanak-kanak tersebut.. lagi satu, bawa salinan surat beranak tu sekali.. sijil kematian yang original dan salinan pun bawa sekali.. IC korang memang of course la kena bawa.. kalau boleh bawa segala dokumen yang ada yang dirasakan berkaitan.. 

kalau ada dokumen pengesahan anak kariah pun bawa je la skali.. utk standby je.. dokumen pengesahan anak kariah ni perlu ada in case kalau alamat kita dlm IC tu bukan di negeri kes tu didaftarkan).. bawa smua dokumen tu so, nanti takde la korang kena datang dua tiga kali atas alasan dokumen tak lengkap.. kan.. mcm terlebih rajin la pulak kan klau nk datang byk kali ni.. (n_n) 

Ye la.. jauh kowt nak drive.. dlm kes sy ni, perjalanan dari rumah ke mahkamah tinggi ni ambik masa 1 jam setengah ke 2 jam utk sampai.. kalau mahkamah tinggi tu sebelah rumah saya okay la jugak kalau nak pergi banyak kali kan.. aduyai.. tp, kalau sy bawa 140km/jam atau 160km/jam, in sha Allah dlm sejam atau kurang sejam dh boleh sampai.. hehehehe.. so, kna drift la jwbnya kan.. ala2 Michael Schumacher (F1) gitew.. besday kita pun dah sama.. okay aaa tuu.. (^_^) 


Rasanya, itu saja la kowt berkenaan penjaga Ad-Litem ni.. buat masa ni, saya tengah tunggu untuk hadir bicara bagi sebutan pertama untuk kes harta sepencarian sebab baru selesai bagi keterangan untuk permohonan penjaga Ad-Litem ni minggu lepas.. 2 kali kena buat Ad-Litem.. dan 2 kali juga la saya kena bagi keterangan pada hakim.. huhuhu.. saya berharap sangat yg segala urusan sebutan kes nanti dipermudahkan.. aamiinnn.. kakak dari Johor pun akan datang lagi sekali.. harap semua boleh selesai pada hari kejadian nanti.. 

Sehingga ketemu lagi.. ja mata na~ 

Fi Amanillah.. ^_^ 

Friday, February 23, 2024

Urusan Harta Sepencarian

Moshi.. moshi.. ogenki desu ka? 

Melihat kepada tajuk ni, hari ni saya nak story sikit pasal urusan harta sepencarian. Minggu lepas, saya ada urusan dekat mahkamah tinggi syariah untuk harta sepencarian.. semua waris turun ke sana untuk urusan tersebut.. termasuk kakak kandung saya yang pertama (lain ibu) dari Johor.. Di situ la first time kami berjumpa selepas lama tak jumpa.. Last saya jumpa dia ketika dia mai perlis nak bagitau papa yang dia nak bernikah.. Time tu saya tengah buat diploma dekat UiTM Arau.. Itu la first time jumpa dan last time jumpa kakak sulung lain ibu.. So, dekat mahkamah tu baru jumpa dia dan dia pun dah ada 4 orang anak (3 boys dan 1 girl).. sempat la sembang2 sikit.. takut juga kalau dia garang sbb mengikut kepada cerita diorang, dia sangat garang.. nasib baik okay je.. 


So, macam mana boleh ada proses urusan ni? Nak dijadikan cerita, kitorang mula2 buat urusan faraid dan kitorang dah sepakat menolak bahagian masing (melalui borang DDA siap dah dpt cop pesuruhjaya sumpah lagi) tetapi ada pihak ketiga yang menuntut harta tersebut sedangkan dia telah diceraikan talak tiga.. ini menyebabkan kitorg terpaksa ubah dan buat permohonan harta sepencarian.. sebenarnya kitorang memang tak tahu menahu step dia, yang mana dulu.. faraid ke harta sepencarian ke.. so, mula2 kitorang try nak setel sendiri tetapi tersangkut dekat pengesahan lafaz cerai.. dh try pergi pejabat agama dungun, mahkamah tinggi syariah kuala terengganu, pejabat agama perlis, mahkamah syariah kat perlis tapi still stuck kat situ.. huwaaaa... (T_T) alamatnya, memang kitorang kena cari peguam.. 

Kita yang rakyat marhaen ni mana la nak tau proses dia.. so saya try cari seorang peguam kat perlis untuk urusan ni.. sy cari peguam perempuan, supaya senang nak discuss.. tetapi selepas berbincang dengan dia, dia decide utk teruskan ke faraid sahaja.. sedangkan kami perlukan pengesahan lafaz cerai dulu.. dia bagitau tiada official surat cerai menyebabkan kes akan rumit sbb dia takut orang akan pertikaikan status perceraian tu yg tak wujud... ehhhh.. boleh ea macam tu.. tp bukti bertulis dan saksi dah ada, pun tak boleh ea?.. waaahhh.. 

Memang kitorang tak bersetuju dengan keputusan tersebut.. so, saya decide untuk cari peguam di Kedah.. time tu, sy buat solat hajat minta dipertemukan dengan peguam yang boleh setelkan urusan harta ni.. saya takut kalau2 dapat peguam yang putuskan sama mcm yg kat perlis.. alhamdulillah, satu hari tu, saya ada terbaca post2 tentang harta sepencarian ni dalam FB dan banyak lagi post berkenaan isu2 dlm syariah ni.. saya tergerak utk msg dan bertnyakan tentang urusan ni.. walaupun, pada asalnya saya agak was2.. iye la.. gambar takde, nama firma guaman pun takde.. takut la kalau saya tertipu oleh scammer yang menyamar sebagai peguam.. dunia sekarang kan byk sgt modus operandi penipuan.. tapi, sy teruskn niat utk berjumpa juga dengan dia dan discuss.. ajak mama sekali sebagai pemohon.. takut nk jumpa dia sorang2.. (n_n) 

Alhamdulillah, sy bersyukur sangat sebab dia dan partner dia berjaya setelkan urusan tersebut.. Urusan yang saya sendiri tak sanggup nak buat.. sangat cerewet proses dia.. especially yang melibatkan pejabat agama, pejabat tanah, bank, JPJ, LPPSA.. banyak kowt proses dia.. saya serahkan kepada yang pakar.. saya memang tak tahu langsung ttg step dia.. kalau ada nk tnya ttg yuran guaman?? buka fail kes mama sy hri tu dalam RM2.5k.. belum masuk proses sebutan kes, lafaz wakalah, urusan hrta sepencarian, dll.. saya bersyukur sgt sbb sy dh start kerja time tu, so boleh la nak tampung kos guaman ni.. kalau sy tak kerja, saya pun tak tau nak buat macam mana.. totally lost.. (T_T) 

Hari tu, pi mahkamah, boleh beri keterangan di bahagian Sulh.. tetapi sangkut di bahagian Ad-Litem sebab tak bawa sijil kelahiran.. rasa ralat sebab kakak terpaksa datang 2 kali ke mahkamah alor setar.. dari johor ke alor setar sangat jauh.. rasa bersalah jugak dekat peguam dan partner dia sebab diorang tak dapat nak setelkan kes tu pada hari kejadian.. huhuhu.. Dapat tarikh baru utk pemberian Ad-Litem dan jawapan kepada discussion di Sulh.. 

Dalam tengah hari tu, baru la setel.. yang lain dah boleh balik tapi kitorang kena stay jap sebab ada hal di bahagian dokumen Ad-Litem.. huwaa.. laparnya.. pagi tu, start drive dari rumah dalam pkul 8 lebih sebab lambat sgt bersiap.. memang tak sempat la nak sarapan.. sempat minum BF Skinny je buat alas perut.. 





Kes di mahkamah ni lanjut sampai tgh hari.. then, kitorang kluar solat dkat masjid terdekat sebelum masuk balik mahkamah utk urusan di ofis jam 2.30 ptg.. mmg tak sempat juga nk cari mkanan.. huwaaaa.. laparrr bangeettt... Then, dalam pkul 3 ptg mcm tu, setel dah urusan tu.. alhamdulillah.. dah boleh balik.. mmg singgah dekat RnR jap cari makanan utk alas perut.. nk mkan nasi mcm tak je.. so, dpt la jagung kukus dan ayam gunting.. okay la.. balik rumah nnt baru cari makanan yg berat2.. 

Sampai je kat rumah dlm pkul 4.30 ptg, ingatkan dah boleh rehat.. tp, sayangnya tidak.. huwaaa.. (T_T) diorang tak pergi hantar balik kereta sewa (Exora) tu, walaupun sy dah remind diorg time diorg drive kluar mahkamah.. aduyai.. sabar je la hati.. so apalagi, bergegas la saya masuk rumah, grab kunci Exora tu dan pi hantar balik dekat agensi kereta sewa tu.. kalut jadinya la saya petang tu.. huhuhu.. sampai dekat sana dlm pkul 4.50 ptg.. habis drift dah tu.. nasib baik la tak kena charge lebih masa sbb lewat 20 minit hantar kereta tu.. dia kata kalau lewat lebih 30 minit (lebih 5 ptg) baru diorang akan charge tambahan masa.. pheww.. nasib baik.. 

Oh ya, lupa nak bagitau.. saya dapat ole2 daripada seorang sahabat dekat mahkamah tu.. terkejut jugak la sebenarnya dia bagi ole2 tu.. tak sangka yang saya boleh dapat ole2 dr dia.. selalunya kwn rapat sy je yg slalu bagi ole2 ni.. alahaii.. suweetnya.. siapakah gerangannya itu? hehehe.. biar lah rahsia.. terima kasih atas ole2 tersebut.. (^_^) cantik ole2nya.. Semoga Allah SWT memberkati hidupnya, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya.. Aamiinn.. 


Saya rasa setakat ni dlu story saya berkenaan harta sepencarian ini.. Prosesnya masih ada lagi.. selepas proses harta sepencarian akan ada urusan yang melibatkan faraid dan pejabat tanah.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Aamiinn.. 

Sehingga ketemu lagi.. Fi Hifzillah.. (^_^) 

Thursday, October 24, 2013

Geram Sangat2 Dah Nie.. Nasib x meletop jer pun.. Urghh!!

Moshi.. Moshi.. How are you today? Is everything okay? 

I'm devastated right now. Really upset. This morning I got some bad news.. The worst news ever. Urghh!! I'm so stressed. How dare they cheat on my money like that. I really can't accept it. That's so unfair! They shouldn't charge students who cannot attend convocation the same amount as other students who can attend. They should be fair to their students. Especially to needy students like me. Am I right?? Weak people are being judged unfairly. 

As for now, I need to go. I need to get ice cream to cool me down. 


Thursday, December 27, 2012

Trend Kpop *(^__^)*

Moshi.. Moshi.. Konnichiwa minna-san.. Ops... Silap daa.. Hehe.. Kna tukar mood dh nie.. Hehe.. 

Annyong haseyo (Hello).. Shizuko imnida (I'm Shizuko)..

Sebenarnya trend Kpop ni dh lama menular di kalangan rakyat Malaysia.. Cuma skarang jer baru sy tergerak hati nk bg komen sket psal trend kpop ni.. Mungkin sbb sy dh x sanggup nk tergelak dekat kaum sendiri yg cuba meniru gaya org asing ni.. Hehe.. Nasib baik la x de trend alien.. Klau x, mesti dh lama org Melayu kita ni pkai mcm alien dari planet pluto tu hah.. Bwahahaha.. Can't imagine if it really happened in Malaysia in next few years.. Hahaha... Cuba kita bayangkan.. Time kita masuk klas, kwan2 kita pkai baju ala2 alien.. Siap topeng and hand gloves alien lg tu.. Pastu lecturer masuk mengajar pun pkai baju yg mcm tu gak.. Hahaha.. Tak ke pelik nmanya tu.. Haha.. So weird, kay.. *(^o^)* 

In my opinion, they can still follow this trend as long as the changes taken by them are not too much.. or else it may become a laugh stock to others.. Huhu.. Klau pakaian tu bertutup x pe la.. ni tak.. Hmm.. Klau dh byk sgt terdedah ni, boleh bawa bala namanya tu.. Yg lagi nmpak teruk kalau rakyat Malaysia especially orang MELAYU kita ni potong rambut sebijik cam org Korea.. Aduh.. Makin teruk sy tgok.. 

Tp, depend atas org Melayu tu jugak.. Klau dia mmg ada darah kacukan dgan org Korea, maybe dia mmg sesuai buat haircut mcm orang Korea.. Ni, juz nk share dgn korang.. Tp, sy x sebutkan nama dia sbb nnt mengumpat lak.. Juz utk ambil pengajaran.. Sy ada berkenalan dgn org Melayu melalui Tagged.. Dia mmg fanatik giler kowt dkat artis korea ni.. Smpai sanggup menukar gaya rambut dia yg asal tu kpd yg ntah apa2 ni.. Huhu.. Maybe sblum ni, x de org berani tegur psal style rambut dia tu kowt.. So, mungkin dia ingat haircut tu mmg sesuai dgn muka dia... 

Sbnarnya, pattern dan bentuk muka org melayu serta tone kaler org Melayu ni x sesuai utk haircut yg mcm tu.. Adeh.. Knapa la org Melayu kita ni cepat sgt terpengaruh ni.. Kita ni org Melayu, dah semulajadi elok dgn gaya rambut yg asal.. Tak payah nk tukar2 pulak.. Org Melayu kita ni mmg dh handsome.. Tak payah la nk tiru org lain.. Please la.. Drp handsome nanti jdi x handsome plak.. Klau nk contoh, sy bleh bg contoh.. Ni sbg contoh jer ye.. Jgn marah ye Dafi.. Hehehe..

 VS 


Hari tu sy hampir tergelak besar pabila terjumpa sorang pekerja kat C-Mart ni yg buat haircut mcm org korea.. Sy terus berpaling ke arah lain dn tergelak perlahan.. Mama sy pun hairan knapa la tetiba jer sy tergelak time tu.. Bwahahaha.. Lawak giler kowt.. Hehehe.. Harap2 dia x perasan la yg sy x sengaja tergelak dkat dia.. Hehehe.. 

Anyway, that's their rights.. They have the right to do whatever they like.. Ikut suka hati dia la, dia nk buat apa.. Tu rambut dia kan, bukan rambut kita pun.. Klau dh x suka tu, x payah la tgok diorg tu kan.. Tutup jer mata.. Tak payah tengok.. Kan senang cerita.. Hehehe.. Biar la dia dgn trend dia yg dia anggap 'cool' sgt tu.. Hehe.. Cuma sy doakan agar akhirnya dia akan sedar bhawa penukaran dia tu mmg tersgt-sgt weird.. HEHE.. ^__^ 
 Can u imagine, Malay man with this haircut? 

Sebenarnya, sy peminat Jpop.. Sy minat diorg pun sbb diorg comel sgt.. Hahaha.. Iye la tu comel.. Hehehe.. Tu bonus jer la.. Sbnarnya sy dengar lagu Japan tu sbb skarang sy tgh blaja bhasa Jpun.. So, sy try meneka maksud ayat tersebut sblum sy mencari subtitles dia as a proven.. Antaranya Arashi, Kat-tun, Yamashita Tomohisa, Hey Say Jump, dll.. Sy bukan jer minat artis dr Jepun malah dr Korea pun sy minat gak.. Tp, x de la smpai nk tiru gaya trend org korea ni.. Just suka rentak music diorg dan sync among group members time diorg dance.. Antaranya CNBlue, SS501, Suju dan the latest one, Nu'Est.. Sy x berapa minat sgt artis2 perempuan Korea ni.. Why??? Hahaha.. Buat x tau pulak dia nie kan.. Hehe.. That's because I can't stand watching their clothes.. Huhu.. Terlalu terbuka dn x berapa sopan utk dilihat.. Especially klau kanak2 mcm sy ni tgok.. Boleh terganggu fikiran kanak2 ni tau.. Hehehe.. (^_^) 
 Kan Cantik Klau Grup SNSD Pkai Mcm Ni.. Sweet Sgt 

Sebenarnya pakaian diorg tu sekarang dh x melambangkan negara tersebut.. Korea ni kan dah termasuk dalam negara2 Timur, tp knapa mesti tiru gaya Barat.. Sekarang, gaya ketimuran korea ni dh  hilang dek arus hiburan.. Same with Japan and Malaysia.. Dulu, adat ketimuran dr negara2 ni amat2 dikagumi oleh rakyat dari negara2 Barat.. Tp, sekarang diorg dh x pandang sgt dkat negara2 Timur ni.. Korang nk tahu sbb apa??? Sbbnya, negara Barat tgok, ngara2 Timur ni dh x de apa yg boleh dibangga-banggakan lg.. Juz sama jer mcm diorg.. Huhu.. So, please la.. Negara2 Timur tolong kekalkan adat ketimuran korang.. Buat malu je la.. Kalau korang x jaga adat ketimuran negara2 korang, nescaya suatu hari anda pasti menyesal melihat generasi akan datang yg hilang rasa malu dan hormat kpd anda.. Huhuhu.. Don't ever to regret what u have done..

Hmm.. Whatever la.. Anyway, sy ada try buka Youtube beberapa hari yg lpas.. Saja nk tgok lagu2 korea yg baru2.. Ade x lagu yg sama dgn taste sy.. Time tu sy terjumpa dgn satu grup artis korea ni.. Grup tu dikenali sbg NU'EST.. 

NU'EST

Sy suka dgr lagu diorg.. Diorg pun comel2 gak.. Bila terpandang jer diorang, sy terus berkenan.. Hahaha.. Sy teka diorg ni mesti muda beberapa tahun dari sy.. So, after I do some research on this group, my instinct was true.. Most of them are 17 years old and only one of the members is 19 years old, in this year (2012). Among all of the members the one who really catch my interest is Ren.. He is so cute.. Hahaha.. Mcm taste sy jer.. Jgn x tahu, taste budak ni mmg tinggi giler.. Hahaha.. Ntah dpt ke x org yg mcm ni.. Hehe.. Maybe dalam mimpi jer kowt.. *(^_^)* 



 REN from NU'EST 

Anyway, lagu diorg yg first skali sy dgr mmg amat2 best.. Mmg kna dgn rentak yg saya minat.. Hehe.. Sy pun manusia jugak.. Bukan alien ya.. So, klau sy suka music gak jgn nk buat muka pelik ye.. Hehehe.. Sy minat lagu ni dh macam sy minat citer Kamen Rider dan baca komik Detektif Conan.. Tiada yg aneh kay.. Just as a normal person.. Minat baca komik dan tgok citer yg mcm budak2 ni.. Sy paling x suka tgok cite seram especially cite hantu, fighting smpai berdarah2 dn citer yg terlebih romantik sgt.. Hehe.. Nnt otak kanak2 sy ni terganggu.. Terpaksa lak kna masuk ICU.. Hehe.. 

Klau korang nk try dengar lagu NU'EST yg sy minat tu, sy bleh bagi link dia.. Tu pun klau korang nk dgar la.. Klau x nak dgr, x payah dgr.. Tiada paksaan ye.. Tu kan hak setiap individu.. Hehe.. Maybe taste sy x sama dgn taste org lain.. tak gitu??? Ok, see u later my lovely bloggie.. Love u so much.. Muuahhh.. =.= 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...