Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Monday, August 4, 2014

Japanese Cotton Cheese Cake ^_^

Assalamu'alaikum.. Moshi.. moshi.. Ogenki desu ka? Watashi wa genki desu.. Wah!!! Lamanya tak update blog ni.. Makin menyepi pulak saya ni kan.. Hehehe.. Biasa la.. Saya busy sikit sejak kebelakangan ni.. Mungkin ini disebabkan oleh life seorang student yang telah memaksa saya utk membaca segala anak cucu cicit journal utk dijadikan reference dalam kajian saya.. Huhuhu.. Pening sgt2.. Mungkin itu pengorbanan yg perlu kita lakukan sebelum dihadiahkan dgn kejayaan.. Huhuhu.. Sabar jer la sakurai oii.. T_T

Eh, kejap!! Kenapa saya cerita pasal life saya plak ni.. Ini bukan tujuan sebenar saya update blog sy ni.. hehehe.. Okay, back to the topic. Hari ni, saya nak share dengan korang macam mana nak buat "Japanese Cotton Cheese Cake" - [versi mudah!!!]




Sebenarnya, saya baru jer terjumpa resepi ni.. Ada org share dekat FB.. Tp, sy tak boleh nak cite nama dia kat sini sbb sy dah lupa kat mana sy ternampak resepi ni.. Maaf ye.. Kepada tuan empunya resepi ni, sy dengan rendah diri nak minta izin utk share resepi anda di sini.. Harap anda memahami ye.. Jangan saya disaman sudah ler.. Hehehe.. Okay, dalam beberapa hari yang lepas saya dah try buat kek ni.. Ternyata memang sedap kowt.. Sugoku oishii desu [It's so delicious].. Wanna try?? Okay, here is the recipe :-


Bahan2 :-
6 keping chesdale [jenama apa pun x pe] - disiat kecil2

300 ml susu segar [jenama apa pun xpe]


100 g butter [nak guna margerin pun bole]


100 g tepung gandum [jenama apa pun x pe, ikut keselesaan korang]


125 g gula


6 biji telur ayam - asingkan putih telur dn kuning telur


sedikit esen vanila



Cara2 :-
1) Bahan A - Campurkan  chesdale + butter + susu [dipanaskan dgn api kecil]
2) Bahan B - Pukul putih telur smpai kembang, masukkan gula & pkul smpai jadi meringue
3) Bahan C - Pukuk kuning telur sampai kembang
4) Campurkan Bahan A + B + C
5) TETAPI, sebelum letakkan Bahan B, masukkan dulu Bahan A & C, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit + esen vanila. Kacau sebati. Pastu baru masukkan Bahan B.


Cara Bakar :- 
1) Bungkus bahagian bawah loyang adunan dengan aluminium foil, kemudian, letakkan loyang yg berisi adunan didalam loyang yg lebih besar yg berisi air panas. Pastu barulah dibakar. EH!! Ada macam pening sikit tak?? Hehehe.. 

Okay, maksud saya, loyang yang berisi adunan dan loyang yg berisi air panas dibakar serentak.. Ala2 "double boiler" utk cairkan coklat gitu.. Cuma dlm kes ni, kita bakar dlm oven.. 

Motif?? Supaya, kek kita akan sentiasa lembab kerana air tersebut dapat mengawal kepanasan suhu dlm oven supaya sentiasa kurang dr 100 darjah celcius. Disamping itu, kek ini akan terkawal kelembapannya.. 


Suhu Bakar :-
1) Suhu 170 dalam 20 minit pertama
2) Suhu 140 dalam 40 minit terakhir


Okay, that's it.. Walaupun korang nampak mcm susah jer nak buat, tapi hakikatnya kek ni memang senang giler nak buat.. cuma bab bakar tu cerewet sikit.. biasa laa tu.. kek keju ni memang manja sikit.. kena pandai layan dia.. hehehe..

Selamat mencuba ya.. Sehingga berjumpa lagi.. ja mata ne~  *(^_^)*

Thursday, September 3, 2009

Kek Coklat Lembab.. ^_^


Resipi Kek Coklat Lembab (amat mudah untuk disediakan)

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula (dikisar halus)
1 cawan minyak masak
2 cawan susu tepung (4 sudu besar untuk satu cawan)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur


Cara-cara:
1. Rebuskan air secukupnya untuk mengukus. Sementara menunggu air mendidih, anda bolehlah mula membancuh adunan tersebut.
2. Tepung gandum, serbuk koko, gula, soda bikarbonat dan serbuk penaik dicampur sekali dan dikacau.
3. Tuangkan minyak ke dalam adunan tersebut dan kacau rata.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata.
5. Tuangkan susu sedikit demi sedikit dan kacau. Pastikan anda kacau adunan tersebut satu arah sahaja, sama ada ikut arah jam atau lawan jam.
6. Apabila sebati, tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang atau acuan. Kukuskan adunan tersebut selama 45 minit atau lebih mengikut ketebalan adunan di dalam loyang tersebut.
7. Setelah siap, kek tersebut bolehlah dihidangkan. Anda juga boleh menyimpan kek yang sudah siap itu semalaman di dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak dan lazat.
~* Selamat mencuba… *~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...