Monday, July 27, 2020

Sayonara~ Miura Haruma T_T

Assalamu'alaikum guys. How's it going? Ogenki desu ka? Harap you guys sihat.. Covid-19 still tak habis lagi nie.. Kes baharu pun makin meningkat.. 

Berbalik kepada topik kita, beberapa hari yang lalu saya dikejutkan dengan berita kematian Miura Haruma. WHAT?! Tidaaakkk!! Kenapa dia? Saya tak sempat lagi nak fly ke Jepun jumpa dia.. Huwaaa.. (T_T) Sedih sangat dengar berita nie.. Kenapa la sampai macam tu sekali.. 

Dia adalah antara actor yang paling saya minati selepas Yamashita Tomohisa (yamapi), Jun Matsumoto dan Sakurai Sho. Saya mula kenal dia dalam cerita Gokusen 3 sebagai Kazama Ren.. Siap ada gambar dia lagi menghiasi wallpaper komputer.. dan profile picture di Facebook.. memang banyak betul koleksi gambar dia yg kakkoii tu.. Selalu gak saya ulang tengok cite Gokusen ni.. Best sangat..  

Source: From Google

Then, saya terjebak dengan drama dia yang lain seperti Bloody Monday.. waaahh.. cho kakkoii~~ memang pandai betul dia memainkan wataknya sebagai seorang hacker.. Saya suka tengok dia berlakon.. Fall in love gitew.. hehehe..

Source: From Google

Dia ada juga berlakon dalam cerita genre comedy. Tajuk drama dia, Samurai High School.. Sangat funny.. Dari seorang yang tak pandai lawan kepada seorang yg ada ilmu martial art.. Hehe.. But then, selepas tu saya kurang dah tengok drama sebab nak fokus dekat study.. Time tu saya tengah buat Diploma.. Dengan assignment dan kena jawab past year questions.. so, memang saya takde masa lagi nak layan Japanese drama..

Tup2.. dengar dia dah meninggal dunia akibat suicide.. Saya pun tak tahu kesahihan berita ni. Ada yang cakap masalah emosi dan tekanan dari production agency dia. So, sebagai ahli netizen yg bijak, saya serahkan semuanya kepada mereka untuk memberikan keputusan. Kita tak sepatutnya masuk campur.. Biarlah Haruma seorang saja yang tahu apa sebenarnya yang dah berlaku.. Sekarang hanya tinggal kenangan.. Huhuhu.. T_T

Sunday, July 19, 2020

Bilik baharu.. Weee~~~

Alhamdulillah.. Hari ni saya dah berpindah ke bilik baharu.. Besar juga la.. tapi takde la sampai sebesar bilik mesyuarat tu.. Hehehe.. Yang penting selesa, kan.. Bilik ni pun baru je dihuni semula.. So, agak berhabuk sikit la.. Lagipun, time mco baru2 ni, tiada yang masuk bilik ni.. Memang confirm la kena kemas gak.. Nak decorate? Hmm.. Maybe seminggu dua nanti baru decorate.. hias sket2..


Dapat rakan sebilik juga seorang pensyarah baharu di UiTM ni.. dia baru je masuk bilik ni sebulan yang lalu.. Seorang yang friendly.. That's great! Sebab sy ni jenis pendiam sket.. Jap.. Rasa mcm tak je.. Dalam family, saya la paling byk ckap smpai diorang pun tak larat nak dengar sy berceloteh.. Especially kalau time mood swing.. byk la yg sy berleter..  memang kena tahan telinga la jwbnya.. hehe.. Tapi, kalau nak kata sy ni pemalu, mcm bukan jugak.. sebab kalau jumpa stranger still boleh tegur.. maybe saya agak kurang intention untuk bersosial.. 

Introvert ka? Hmm.. Macam iya juga.. Ciri-ciri Introvert kebanyakannya sama dengan saya.. suka observe orang.. tengok perangai diorang.. kalau dekat majlis ramai orang, saya akan pilih tempat hujung dan jauh sket.. cepat penat kalau stay terlalu lama di tempat yang ada ramai orang.. prefer staying home at the weekend rather than going outside.. prefer online shopping lagi daripada pergi jalan2 shopping dekat mall.. waa... Too crowded.. Can't breath.. Dizziness.. Drowsiness.. Nak balik cepat.. and so on.. Takkan la faktor usia kot yg membuatkan saya kurang berminat untuk keluar.. Hmm.. Time saya muda2 dulu best je keluar jalan2.. Tapi sekarang macam dah tak minat nak keluar.. Nak kata tua tu.. takde la tua sangat.. tua sikit je.. hehee.. Definitely introvert! No doubt! ^_^

Sunday, June 28, 2020

Hadiri Webinar Dr OT

Alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang untuk hadiri webinar yang disampaikan oleh Dr OT. Kiranya, ini adalah first time saya hadiri webinar selepas memegang tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Webinar ini merupakan anjuran JK Penerbitan UiTM, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Kedah. Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat pihak UiTM Kedah kerana menganjurkan webinar ini. Sangat-sangat membantu buat insan ini yang baru mula nak merangkak dalam bidang pendidikan ini. Thumbs up!!


Dr OT sememangnya merupakan sumber rujukan saya ketika menyiapkan kajian saya. Ketika saya mula membuat kajian phd saya pada tahun 2014, saya telah membeli dua buah buku Dr OT dengan duit gaji saya sebagai seorang research assistant iaitu, "Tulis Tesis Cepat" dan "Tesis: Mendeley". Sebelum saya membeli buku Dr OT, saya hanya membaca dan merujuk blog Dr OT untuk memahami lebih mendalam tentang penyelidikan dan cara pengiraan measurement model.. Blog Dr OT sangat santai bahasanya dan mudah difahami. Terbaik!! Alhamdulillah, pada tahun 2018 saya berjaya siapkan phd saya. 

Feedback webinar ni?? Hmm.. Selepas hadiri webinar ini, semangat saya untuk menulis buku kembali semula. Actually, ketika saya membuat phd dulu, saya ada mengarang 2 buah buku, tetapi sayangnya ia berhenti di tengah jalan.. hehehe. tak pasti apa sebabnya.. tau2 je dah berhenti menulis buku.. Maybe, during that time saya fokus dekat penulisan article je.. Huuu.. In sha Allah, saya akan sambung menulis semula..

Okay, till next time! Be safe and take care! Covid-19 belum tamat lagi ye.. ^_^

Sunday, March 29, 2020

Covid-19

Assalamu'alaikum my lovely bloggie.. Alhamdulillah, sy diterima untuk jawatan pensyarah di UiTM.. Pada 23 Februari 2020, ketika sy otw balik kampung di Kerteh, sy dapat panggilan dari HEP UiTM Merbok.. Saya diterima utk jawatan pensyarah.. Alhamdulillah.. Syukur ya ALLAH.. Saya macam tak percaya je diterima.. In sha Allah, saya akan buat yang terbaik demi agama, negara dan bangsa.

Namun, tarikh yang dipilih untuk lapor diri jatuh dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (movement control order) iaitu between 18 - 31 March 2020. Nasib baik saya belum lagi bertolak keluar dari Terengganu or else maybe saya akan stuck kat sana tanpa bekalan makanan.

Ikut jangkaan saya maybe dalam awal bulan April sy boleh lapor diri, but then melihat kepada jumlah kes positif covid-19 yang semakin bertambah nie.. kepada 2,320 orang.. So, nampak gayanya memang tertangguh lagi la nie.. 


Our PM menambah lagi tempoh PKP demi menghapuskan rangkaian Covid-19 ini iaitu bermula 1 April 2020 sehingga 14 April 2020.. Sehingga kini (28 Mac 2020) jumlah kematian meningkat kepada 27 orang.. Takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Kes baru dah kurang sikit peningkatan dia selepas diumumkan PKP, so nasihat saya untuk semua sila la duduk di rumah..


Jaga kesihatan dan kebersihan kalian.. Selagi kita boleh makan apa yang ada kat rumah, makan je.. Jangan keluar rumah walaupun untuk membeli roti.. Better stay at home.. 


Saturday, January 25, 2020

1st & 2nd stage Interview - UiTM Arau

Happy New Year! Akemashite Omedetou Gozaimasu!! Harap2 belum terlambat lagi utk sy ucapkan Selamat Tahun Baru 2020!! Semoga tahun ini menjadi tahun yang membahagiakan buat diriku, mama dan ahli keluarga..

Sebelum ni sy pernah hantar borang permohonan utk jawatan pensyarah di UiTM Arau pada 13 November 2019.. Actually, sy pernah belajar di UiTM Arau selama 5 tahun.. 3 tahun utk Diploma dan 2 tahun utk Degree.. Sangat2 nostalgia betul tempat nie.. 

Pada 16 Januari 2020, saya terima sepucuk surat dari pihak UiTM Arau menjemput saya utk menghadiri interview di UiTM Arau pada 20 Januari 2020.. What?! 3 hari je nak prepare?? Takpe2 jangan risau.. Sy pun guna la slide ppt sy, time sy interview di UiTM Jengka, UiTM Merbok dan UTM Skudai tu.. yg mana kurang sy tambah, yg mna lebih, sy kurangkan..


Tanggal 19 Januari 2020, saya pun drive la dari Dungun ke Perlis.. Saya pergi bertiga dengan mama dan adik lelaki sy yg lepasan SPM tu.. Sampai di Kangar dlm pkul 8 mlm.. Kitorang stay dekat rumah kitorang kat sna..

Pagi 20 Januari 2020, saya pun drive ke UiTM Arau untuk sesi 'mock teaching'.. WOW!! Sangat2 ramai yg datang.. Dlm 20 org la klau tak silap.. Serious la nie! Sampai penuh satu kawasan tu dengan candidates interview saje.. Waaa.. Memang tipis kowt harapan utk dapat position ni.. 9 candidates utk HRM, 8 candidates utk Mangement (bidang sy) dan 3 candidates utk Finance..

Diorang hadkan seorang dlm 30 minit.. Start dgn Finance dlu, pastu HRM dan last skali baru Management.. Waa.. Lama tu nak tunggu.. slalunya sebelum ni sampai2 je trus dh boleh buat 'mock teaching'.. nie mmg lama nak tunggu ni.. Selepas beberapa jam menunggu akhirnya tiba giliran sy..

Sy pun dipanggil masuk ke bilik tu dan buat 'mock teaching'.. Dalam tu ada 4 orang panel termasuk sorang ketua program bidang kita.. Saya nampak ada muka2 yg sy familiar.. Selepas selesai mock teaching tu, diorang pun start tanya soalan berkenaan slide yg kita present.. diorang nak tengok sama ada kita nie expert ke tak dengan slide yg kita present time tu.. kita kaji tak tentang tajuk tu sblum present.. waa.. sekali dia minta step2 dlm 'decision making'.. huu... nasib baik la sy masih ingat lagi stage dlm decision making yg sy pernah bentang sebelum ni dkat UiTM Merbok..

Pastu diorang tanya soalan semasa dan kaitkan dengan tajuk yang kita present.. Agak ternganga juga la.. Tapi, sy jawab ikut kemampuan sy je.. Sy merupakan candidates ketiga terakhir.. Selepas selesai, sy sempat berborak dan tunggu 2 org lagi sebelum drive balik ke rumah di Kangar.. Saya dimaklumkan bahawa candidates yg berjaya sahaja akan dihubungi petang tu juga utk interview keesokan harinya.. 

Sampai ke malam sy tunggu, still tiada jawapan.. Maksudnya sy takde rezeki di situ.. So, sy pun berkemas utk pulang ke Dungun pagi esok.. Keesokan paginya, sy dpt whatsapp dari salah sorang candidates.. Dia snap nama candidates yg berjaya utk second interview..


What?! Tu kan nama kita, Syahida.. Oh No!! Trus sy telefon pihak HEP UiTM Arau bertanyakan hal tersebut.. Dia mengiyakan bahawa candidate bernama syahida memang terpilih utk 2nd interview pagi ni.. Diorang kata diorang dah col kelmarin.. waaa.. sy tak tahu pun.. Then, sy tnya, interview dah mula ke? Sbb sy tak dapat info apa2 dan sy masih di rumah.. Dia cakap, sempat je klau datang sekarang.. Start interview pkul 8.30 pagi.. jarak dari Kangar ke Arau dalam 20-30 minit.. Time tu dah pkul 8.20 pagi, kau rasa.. Waaahh.. Mmg melompat la sy di situ dan berlari ke bilik air..

Dalam pkul 8.45 pagi saya pun smpai depan bilik mesyuarat tu.. Diorg kata, candidate pertama baru je masuk.. Pheww.. Nasib baik nama sy last skali.. Haru2.. Dah la tak sempat nak baca apa2 pun.. Pagi tu baru tahu kna pergi interview.. So, sy sempat tengok2 visi, misi, objektif UiTM, UiTM Education 5.0 dan sewaktu dengannya..

Apabila giliran sy dipanggil masuk, ada rektor UiTM Perlis, timbalan rektor, ketua program dan bahagian pendaftar.. Kebanyakannye memang sy kenal sbb diorang semuanya staf lama di UiTM tu.. Kalau nak diikutkan la, sy tinggal dekat UiTM tu sejak sy darjah 3 sebab ayah sy dulu staf resident kolej di UiTM tu.. beberapa tahun stay dlm UiTM sebagai anak staf, then keluar, then masuk balik.. so memang kenal la staf2 kat situ..

Diorang tanya apa time 2nd stage interview nie?? Just biasa2 je.. Tell me about yourself? What are the topic that you do during your PhD? What are the result of your thesis? How can you improve the sales of Harumanis produced in UiTM? How to increase the loyalty among customers in purchasing the Harumanis? And et cetera..

Then, selepas selesai interview tersebut, salah seorang drp staf di situ menyerahkan borang referee report utk diisi oleh supervisor atau bos kita.. Since, my supervisor ada dekat Perlis, so sy minta tolong dia untuk isikan.. Then, keesokan harinya baru la sy bertolak pulang ke Terengganu..

p/s: Untuk pensyarah yg menjadi salah seorang drp panel ketika first interview sy, sy memang kenal Dr dan jasamu dikenang Dr.. Moga Dr terus sukses dlm bidang Dr ye... ^_^ 

Friday, November 29, 2019

Mock Teaching plus Interview - UTM Skudai

Assalamu'alaikum my lovely bloggie.. How are you? Hope you're in a pink of health.. I applied for this job position on 15 October 2019 as a business lecturer in Equine Management Program. I didn't have high expectation on this job position because I think that it is difficult to be accepted as a lecturer in UTM, since one must have a wide experience in their research field and have high qualification. UTM is also a research university.

On 20 October 2019, I received an email inviting me to attend an interview session at UTM Skudai Johor for the position of Senior Lecturer (DS51) in Equine Management Program. Bikkuri shita! What a surprised! Macam tak percaya je diorang panggil sy utk di'interview'..


So, pagi 24 November 2019 tu saya minta tolong adik lelaki sy utk drive dari Dungun, Terengganu ke UTM Skudai.. I'm glad that he's willing to help me. hehe.. sampai sana dlm pkul 1 lebih.. so, kitorang singgah jap dekat masjid di UTM tu utk solat zohor dan asar.. jamak dan qasar..

Then, dlm pkul 2.15 ptg, saya start cari bilik mesyuarat tu.. hehehe.. mmg sesat kot.. masuk bangunan V01 tu dah betul dah.. pastu dia pi jalan smpai ke bangunan sebelah.. hehe.. mula la kita kna patah balik semula.. sampai je dekat bangunan pentadbiran dia tu, dia minta tunggu di luar jap.., then baru tunggu di dalam pejabat..


Dekat situ ada 3 candidates termasuk saya.. 2 candidates lagi tu dari Indonesia..  Kedua2nya lelaki.. Diorang sangat2 berpengalaman dalam bidang Equine ni.. Seorang tu ada lesen kedoktoran dlm bidang kuda.. yg seorang lagi memang atlet lumba kuda.. ada experience on how to handle horses.. diorg sama2 ada buka klinik kuda di Indonesia.. Memang spec diorang sangat2 tinggi.. Sgt2 superb kowt.. Dekat situ sy dah rasa macam tipis je harapan sy utk diterima.. Sy anggap, sy pergi interview ni hanya utk tambah pengalaman.. Sempat la sy berborak dengan mereka.. Walaupun Malaysia dan Indonesia ni serumpun, but then ada juga perkataan yg sy gunakan, mereka tidak memahaminya.. hmmm..


Selepas nama sy dipanggil masuk, sy pun start buat 'mock teaching'.. Satu kejadian dan pemandangan yg sy tak pernah lihat sebelum nie.. Hmm.. Tak pernah dibuat orang sebelum nie.. Hmm.. No comment.. Habis je sy present, diorang sruh tunggu dkat luar.. candidates lain pula yg dipanggil masuk.. Then, selepas ketiga2 candidates siap presentation, diorang panggil sorang2 masuk untuk 2nd interview.. Dekat sini baru nampak mcm interview yg betul2.. Diorg tanya semua tentang cara nk buat financial budget, mcm mna nak kira fixed dan current asset, mcm mna nk buat business proposal plan utk bagi dekat bank for the purpose of loan, subject management mana yg sy boleh ajar sbb diorang baru nak perkenalkan Equine Management Program dekat universiti diorang.. Wow.. Dasyat jugak dengar skop kerja dia.. Sy rasa macam diri ni tak sampai tahap tu lagi.. Sebab sy hanya familiar dgn subject management and finance is not my cup of tea.. So, harapnya candidates lain je la dpt job tu.. Sy mmg tak sesuai.. dan yg paling penting, sy memang tak layak..


Sebelum tamat interview tersebut, they asked me to prepare a business plan.. just a short business proposal plan utk dihantar ke bank utk minta loan.. hmm.. To tell the truth, I don't know how to write a business plan.. Time sy belajar subject Entrepreneurship in UiTM Arau, I just need to prepare a business plan as a whole.. klau yg short ni, tak tahu pulak apa yg perlu ada dlm tu.. hmm.. That's okay. Let's this be our experience in writing short business plan. Bila lagi nak ada peluang mcm ni kan.. Memang sy tak mengharapkan sgt utk position ni, sebab sy tengok candidates yg lain lebih layak dan berpengalaman dari sy dlm bidang kuda2 nie.. 


Then selepas selesai interview tu, sy trus drive balik ke Dungun.. Otw balik tu, sy ada ckap dkat mama, yg UTM ni mcm jauh sgt je dari rumah.. laluan dia tengah2 ladang kelapa sawit sbb lalu dekat kawasan tengah2 pahang.. bahaya nie.. hehehehe.. buat2 cari excuse.. sedangkan expectation org di UTM ni tinggi sgt.. tak terdaya den.. I'm so sorry.. UTM, you deserve a better person!



Saturday, November 9, 2019

2nd Stage Interview - UiTM

Alhamdulillah.. Sesuatu yg tak dijangkakan telah berlaku.. Saya dapat mesej whatsapp dari pihak UITM Merbok untuk hadir temu duga kali kedua.. waaa... unbelievable! like seriously! terkejutnya sy.. biar betul sy dipanggil utk temu duga kali kedua.. mcm tak percaya je.. what a surprise!! 


Pada 3 Nov 2019, saya pun drive ke Kedah buat kali kedua.. Saya dimaklumkan bahawa interview tersebut ditunda ke 5 Nov 2019.. Ada banyak masa lagi nie nak prepare.. but then I don't know what to prepare so I read all that related to UiTM Education 5.0.. Nama VC UiTM, Visi dan Misi UiTM, Objektif dan sebagainya semua sy baca.. Siap hafal lagi tu.. Nasib baik lagu UiTM sy tak hafal sekali.. klau tak, mmg tak tahu la mna hujung pangkal lagu tu.. heee.. time kesatri 2 semester je kowt sy dengar lagu tu.. yup.. termasuk time sy konvo degree.. Time diploma sy tak hadir konvo.. hee.. 

Sy pun google apa yg perlu baca utk panggilan IV kedua nie.. Macam2 suggestion.. So, sy baca la psal adult dan young learners.. child traumatic experience.. psal pedagogy, andragogy dan heutagogy smua tu pun sy baca skali.. Differences diorg pun sy baca skali.. hehehe.. serious sy tak tahu nk baca apa dah.. 

Pada pagi 5 Nov 2019, sy minta tlg adik lelaki sy utk drive dari Kangar ke Sungai Petani dan tiba di UiTM kira-kira pkul 1.45 pm.. sy 'off'kan phone sbb tak nak ada gangguan, then sy stay dlm kereta sehingga pkul 2.15 pm sblum kluar pergi ke bilik mesyuarat utama di pejabat rektor.. Sampai je sna, rupa2nya interview dah start.. Aik, awal pula diorang start.. utk bidang saya, iaitu bidang 'management' ada 2 candidates termasuk sy..

Selepas candidate pertama keluar, dia pun panggil nama saya utk masuk.. Dengan lafaz bismillah, sy pun masuk dan berjalan.. opocot! nasib sy tak termelatah kat situ.. mcm mna boleh ada tangga kecik pula dekat dlm bilik mesyuarat tu.. hehe.. hampir2 terjatuh, tp tak jatuh lagi.. hehehe.. kontrol sket syahida oii.. sy senyum je sebagai cover sbb nk terjatuh tdi.. huu.. >_< 

Selepas dipersilakan duduk, sy diminta utk perkenalkan diri dan diorang pun tanya psal experience kerja sy.. sebelum ni kerja apa.. then sy pun bgtau la sebelum ni pernah jadi research assistant dekat UniMAP dan pernah publish paper in Scopus.. Then dia tnya sikit2 pastu dah boleh keluar.. Diorang cakap kalau ada apa2 nnt diorg akan maklumkan semula.. sangat sekejap.. terkejut jugak... hmm.. takpe la la, kalau ada rezeki tu.. ada la.. klau xde tu, kita tawakal je la kan..

Selepas siap tu, sy pun kluar la dari pejabat.. tengok2 kereta adik sy yg dia parking depan bangunan tu dh hilang.. oh no... call dia tak angkat.. mesej tak reply.. waaa.. dah kena tinggal ke ni?! huuu.. takpe la.. kita tunggu je la kat depan bangunan ni.. dlm 15 minit camtu baru masuk mesej.. rupa2nya adik sy pi masjid UiTM tu utk solat Zohor.. Hp dia tinggal dlm kete.. heeee.. nasib baik tak kna tinggal..

Sy pun trus balik ke Perlis.. Cari air lemon ais dlu.. bagi sejuk sikit.. panas sgt dah ni.. pastu terbaring la dlm kete tengok langit (dh ada driver sbelah, kita rest jee la kan).. dekat langit tu kelihatan gumpalan2 awan yg dh mcm cotton candy dan ada burung2 berterbangan di situ.. tenangnya tengok burung2 tu terbang.. menghilangkan keresahan di dalam jiwa.. Keesokan pagi baru sy bertolak balik ke Terengganu.. Syida bagitau kat mama, kita tawakal je.. Mana yg Allah kata terbaik utk syida, kat situ la syida akan dapat.. 

Friday, October 25, 2019

Penjagaan Muka - Oily & acne prone skin

Assalamu'alaikum minna-san~ How's it going? Never felt better. ^_^

Hari ni saya nak share sikit tentang facial skincare yang saya sedang guna.. Sebenarnya saya takde la pandai sangat berkenaan skincare ni.. Ni kira macam review jujur saya la terhadap produk skincare.. Customer is King.. tak gitu.. hehe.. Actually, muka sy jenis oily dan berjerawat.. Kalau salah pakai produk, memang akan keluar jerawat.. Memang kena hati2 la kalau nak pilih produk skincare ni..

 

Sebelum kita cuci muka, kita kena buang makeup dulu ye.. Buang kotoran debu skali.. Kalau ambik wuduk tak sah tau kalau ada lagi kesan foundation, maskara, gincu dan sebagainya.. Untuk double cleansing sy guna Garnier Micellar Cleansing Water.. saya pilih yang warna pink sebab sesuai untuk light makeup..  Saya pernah try guna Simple cleansing oil utk double cleanser.. sekali tu, banyak btul keluar jerawat.. T_T.. So, saya stop guna cleansing oil dan bertukar kepada cleansing milk.. Saya guna L'Oreal Gentle Cleansing Milk.. Selepas sy buat kajian sket, rupa2nya orang yg dry skin boleh guna oil-based sebagai double cleanser.. Tapi untuk yg oily skin dia kena cari milk-based utk double cleanser.. Micellar water ni utk buang kotoran bersifat air manakala cleansing oil/milk pula utk buang kotoran bersifat minyak.. Lain function tau diorang dua ni..

 

Next step baru guna facial wash.. Saya pernah cuba macam2 jenis facial wash.. Antaranya, Aiken, Clean and Clear, OXY, Garnier, Safi Balqis, NanoWhite Fresh, Cathy Doll, Eucerin, Hada Labo dan yang last sekali adalah La Roche-Posay (order kat Shopee).. Actually, untuk jenis kulit yang oily and acne, facial wash perlulah dalam bentuk gel dan bukan foam.. Seeloknya pilihlah jenis yang tidak berbuih dan tidak mempunyai bau perfume.. Sekarang saya guna Simple Facial Wash jenis gel.. Memang sesuai dengan kulit dan kurang buih.. Tiada perfume.. Harga pun tak semahal yang lain.. Senang je nak beli.. dekat Guardian atau Watson..

la roche posay

Next step, toner.. Sama seperti facial wash.. Saya byk buat experiment.. Pakai beberapa jenama toner.. Antaranya, Clean and Clear, OXY, Garnier, NanoWhite, Hada Labo, Eucerin, Cosrx, Some By Mi, dan yang last sekali adalah Klairs.. Toner Klairs tu best sangat pakai tapi mahal sikit la.. Sekarang saya pakai toner Simple.. Dekat senarai ingredient dia ada Niacinamide.. Yeay! Yang tu yang penting untuk memudarkan parut jerawat.. Baru-baru ni saya ada juga try toner Always Be Pure.. Sebab dapat free gift kan.. Dia guna Cypress water dan banyak kandungan tumbuhan2 hijau yang bagus untuk kulit.. Tapi bau dia agak kuat la.. So, lepas habis guna trial Always be Pure, saya guna semula Simple Toner..

 

Then, kita pakai serum.. Untuk serum ni saya jarakkan penggunaannya.. Macam dua hari sekali pakai serum, tu pun waktu pagi.. Tapi utk malam, saya pakai serum setiap hari.. Sebelum ni saya pakai Klairs Freshly Juiced Vitamin C, memang nampak kesannya.. Tapi saya pakai waktu malam je la..  Bangun pagi nampak glowing je muka.. Kalau pakai waktu siang, kulit akan nampak lagi oily.. Tapi, disebabkan produk ni mahal sket, so saya stop pakai serum vitamin C ni.. 

Buat masa sekarang, saya pakai iUnik Tea Tree Relief Serum.. Memang best.. Serum ni jernih je.. tiada perfume.. sangat2 sesuai untuk oily dan acne skin.. Parut jerawat sy pun makin kurang.. Tona kulit makin cerah dan sekata.. Jerawat pun dah tak tumbuh dah.. Bestnye.. Fall in love with this serum.. Harga dia pun tak la mahal sangat.. Affordable.. ^_^

 

Then, kita pergi kepada moisturiser.. Untuk moisturiser saya selalu pakai Guardian 100% Aloe Vera Gel.. Saya letak dalam peti ais.. Time nak pakai tu, rasa sejuk je kat muka.. hehehe.. Lagipun, ni la yang paling murah dan senang nak dapat.. Sebelum ni, saya pakai Klairs Midnight Blue Calming Cream.. saya pakai waktu malam je.. Memang best sebab kalau jerawat baru nak tumbuh, dia akan surut balik dan tak keluar dah.. Ibarat kata macam dia boleh tenangkan dan kurangkan jerawat tu.. Tapi, disebabkan produk ni agak mahal, so saya tukar cari yang lain.. heee..  

Sekarang ni sy pakai moisturiser dari Always be Pure, Forest Therapy Ultra Calming Cream.. Yang ni saya beli dekat Shopee jugak.. Dia bagi sekali free gift toner Always be Pure.. Yang ni saya pakai waktu malam je.. Bangun pagi tu, kulit jadi soft dan bouncing.. Toing~ Toing~ Best giler.. Lagipun, kandungan yang paling tinggi dalam moisturiser ni adalah Niacinamide.. That's great! Bau dia pun wangi light2 je.. Sy sangat2 suka guna moisturiser ni.. Sangat2 recommended untuk siapa nak kurangkan jerawat dan pudarkan parut jerawat..

 

Then, sunblock.. Sunblock ni ada dua jenis physical dan chemical.. Saya suka pakai physical sunblock sebab dia kurang nampak berminyak.. Kalau pakai yang chemical, memang berminyak sangat muka.. hehehe.. Tips untuk pilih sunblock bagi kulit oily dan acne adalah dengan memastikan sunblock tu mengandungi 2 bahan penting iaitu Zinc Oxide dan Titanium Dioxide.. Kalau ada satu bahan je, still tak cukup ye.. Kena ada dua-dua bahan tu baru okay.. Sebelum ni, saya pakai Biore UV Sunscreen Aqua Rich Watery Essence SPF50 PA+++.. Tapi, bagi saya la sunblock ni tak  berapa best sangat nak pakai sebab nampak macam lagi oily. Walaupun lepas pakai dia meresap dalam kulit, then beberapa jam kemudian kulit kita akan nampak oily.. So saya stop pakai sunblock tu.. 

Sekarang ni, saya pakai  sunblock jenis Biore UV Colour Control CC Milk with SPF50 PA++++.. Saya pakai yg ni je pagi2 lepas pakai toner dan serum.. Saya paling suka pakai yang ni sebab dia mudah dan cepat.. sapu2 je dah siap.. boleh terus keluar pi kedai ke pi sekolah ke.. tak payah dah nak sapu concealer ke foundation ke highlighter ke.. leceh je semua tu.. hehehe... Pakai sunblock ni boleh buat kulit kita nampak flawless je dan tak berminyak.. Dia tutup habis cela2 dekat muka dan pori2 kulit muka kita.. Dia maintain natural dan matte finish.. Terbaik!! 

Lagi satu kan, kalau kita nak tau mana satu sunblock yg sesuai dengan kulit kita, senang je.. sunblock mana yang kita suka pakai dan tak payah orang lain nak paksa kita pakai sunblock, tu la sunblock yg paling sesuai dgn kita.. yang penting, kita suka pakai sunblock tu hari-hari.. ^o^

 

Itu je la step penjagaan muka harian saya.. The end.. Ehh,.. Jap.. Jap.. Rasanya ada lagi ni.. Ha'ah la.. Kita kena buat exfoliating scrub juga.. Fungsi dia untuk buang sel kulit mati dan bersihkan liang roma.. Tapi masa scrub tu jangan la korang tonyoh muka macam korang dok sental periuk belanga tu.. Kang tak pasal2 lain pulak jadinya nanti.. hehehe.. Sebut pasal exfoliating ni, sebelum ni saya pakai yang St Ives yang apricot tu.. Tapi someone told me yg scrub tu tak bagus untuk kulit.. Then, saya pun stop la guna skrub tu.. Sapa tak sayang muka oii.. ^o^

Then, saya pakai Skin Food Black Sugar Mask.. Dia macam exfoliating plus mask.. Mula2 kita sapu kat muka.. buat macam pakai mask, then dalam 20-30 minit baru gosok dan massage muka perlahan2.. pastu baru basuh muka dengan air suam.. waaa~ best giler.. rasa lembut je kulit muka ni haa.. dia buang habis sel kulit mati.. 

 

Tips tambahan penjagaan muka, pagi2 jangan basuh muka dengan pencuci muka.. Guna air biasa je.. Kita tak nak kehilangan mineral yg ada kat kulit kita.. Tak caya? Korang try la sebulan tak basuh muka dgn cleanser lepas bangun tido.. Nanti korang akan nampak kesan dia.. Lagi satu, lepas dah scrub muka, basuh muka dengan air suam.. Then, korang guna ice kiub untuk tutup balik liang roma tu.. Lagi best kan, kalau sebelum tidur, ambik tomato yang dah dibelah 4 atau 8 dan dah dibekukan tu, gosok dekat muka sampai tomato tu habis.. Biarkan selama sejam then baru basuh muka.. Buat la dalam 2 kali seminggu.. Kulit akan jadi lembut dan soft je mcm baby.. Cer try dulu.. hehehe.. kalau rajin, korang boleh la pakai mask sheet.. Bagi saya, dia mcm moisturiser jugak la..

Saya rasa setakat tu je la step yang sy selalu lakukan utk penjagaan muka.. Senang je kan.. Tak susah pun.. Lagipun, 1st impression orang terletak pada wajah dan pakaian kita kan.. So, kita kena la sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.. Pakaian tak mahal pun takpa.. Janji bersih dan kemas.. Heehee.. Okay, la guys.. Ja mata ne~

Monday, October 21, 2019

Mock Teaching - UiTM

Moshi.. Moshi.. Ogenki desu ka? Di saat sy dah terlupa tentang job application yang sy pernah mohon dengan UiTM, tiba-tiba pada 11 Oktober 2019, saya dikejutkan dengan satu panggilan dari pihak HEP UiTM Merbok utk menghadiri interview jawatan pensyarah tetap dalam bidang pengurusan. Alhamdulillah, syukur sgt2 sebab dapat juga panggilan interview.. memang betul2 di luar jangkaan.. tak sangka diorang akan panggil kita.. Ini merupakan interview peringkat pertama saya.. Dalam masa seminggu sy prepare slide presentation.. Pada 15 Oktober 2019, saya menerima mesej whatsapp untuk makluman tentang temu duga tersebut.. (^_^)  


Waaa.. Serius sangat jauh tu utk travel sebab buat masa ni sy tinggal di Terengganu.. Kena drive ke Sungai Petani, Kedah. Waaa.. Awesome!! Cuti2 Malaysia.. Hehehe.. Dlm masa seminggu, sy prepare slide ppt utk buat presentation.. Untuk mock teaching kali ni, sy dah tak guna Prezi.. Sy convert slide Prezi yg sy interview dkat UiTM Jengka tu ke dalam bentuk Power Point..


Saya sampai di Kedah sehari lebih awal, then sy menginap di rumah asal kami di Perlis.. Keesokan harinya barulah sy drive ke UiTM Merbok sebab 'mock teaching' tu bermula dlm pkul 10 pagi.. Setibanya sy di sana, sy sempat menegur seorang candidate yg juga dtg untuk interview.. guesss what, dia pun bidang yg sama dgn sy.. kitorg tunggu di ruang menunggu menanti candidate yg lain tiba.. tapi sorang pun tak sampai lagi.. hmm.. ayashii~ あや しい~~ suspicious btul dh ni.. so, kitorng pun tnya someone yg ada dekat pejabat tu.. dia bagitau yg candidate lain semuanya dh tunggu depan bilik mesyuarat.. WHAT!!! Hahahaha.. Kitorang pun bergegas ke bilik mesyuarat tu.. Tengok2 kat sana dh ramai orang tunggu.. Lebih kurang dlm 9-10 org yg datang interview kali ni.. Tak sempat nak kira berapa org yg dtg.. Nervous punya psal kita pun..

Selepas kitorang bagi pendrive dekat staf yang uruskan sesi interview ni utk di'transfer' ke desktop, kitorang pun tunggu semula di depan bilik mesyurat bersama2 candidate yg lain.. Tak lama kemudian, dia panggil candidate yg pertama utk masuk.. Then, lepas je dia keluar dari bilik tu, tak sempat nak tanya apa2 tiba-tiba diorang panggil nama sy pula utk masuk.. 2nd candidate.. waaaa...nervous tak hilang lagi ni.. harap2 semua berjalan dgn lancar..aamiinn.. 

Masuk je sy dlm bilik tu, sy tengok ada 4 orang panel termasuk seorang setiausaha.. Selepas pengerusi explain sikit tentang 'mock teaching' tu, then dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, sy pun mula buat pembentangan selama 10 minit.. 


Selepas sy selesai buat presentation, bermula la sesi soal jawab.. apa soalannya?? hehehehe.. memang sangat2 mencabar minda.. yang pasti, soalannya berbeza dari UiTM Jengka.. dah rasa macam viva kali kedua pun ada.. hehehe.. selepas selesai sesi soal jawab, sy pun mengucapkan terima kasih dan terus keluar dr bilik tu.. tak sempat pula nak beramah mesra dgn candidate yg lain sebab semua nampak nervous juga.. saya pun minta diri dan terus drive balik ke Perlis sebelum bertolak ke Terengganu pula pada keesokan harinya.. Kalau ada rezeki kita kat situ, in sha Allah..

Saturday, September 28, 2019

1st Time Interview - UiTM Jengka

Pada tanggal 24 August 2019 saya dikejutkan dengan 1 mail diterima dari UiTM Jengka untuk hadir temu duga jawatan pensyarah bidang pengurusan. First time kowt dapat panggilan interview selepas hampir setahun grad..



OMG! Interview buat kali pertama ni. Macam mana nak buat mock teaching? Pengalaman untuk buat mock teaching belum ada lagi ni.. Pengalaman mengajar tuisyen untuk pelajar sekolah rendah dan menengah tu ada la.. Mengajar diorang ni santai skit.. Tapi, kalau nak mengajar secara formal ni memang tak pernah la kita pun.. Kerana berani dan konfiden kan diri nie..



Kejap, berapa tarikh sebenar untuk mock teaching tu? 11 September.. Hmm.. 2 minggu lebih nie.. Mesti sempat nak prepare. So, saya prepare la slide PPT guna Prezi.. Semangat la nie.. Berhempas pulas menyiapkan slide guna Prezi.. But then, ketika tiba hari presentation tu diorang dah pasang laptop siap2, so candidate hanya perlu cucuk pendrive sahaja. So, tak dapat la saya nak present guna Prezi. Nasib baik sy ada buat back-up slide guna Power Point. So, saya present yang tu je.. Candidate yang berjaya datang untuk first interview tu ada 4 orang.. Candidate yang lain tak dapat nak datang sebab ada yang dah bekerja di tempat lain.




Disebabkan time tu merupakan first time saya pergi interview, so saya pakai la jubah hitam.. Pakaian yang biasa saya pakai untuk keluar.. Rupanya kod etika pakaian saya dah awal-awal lagi salah. Adeh! Sabar je la hati.. Beberapa hari yang lalu baru saya tahu yang jubah hitam tu sebenar-benarnya bukan pakaian office. Ia adalah pakaian orang arab. What?! Research punya research.. Rupanya pakaian office ni terdiri daripada pakaian kebangsaan seperti baju kurung, baju kebaya, cheongsam dan sari.. Huu.. Nasib.. Nasib.. Asal laa saya baru tahu pasal etika pakaian office ni.. Takpa2.. Kita kan nak tambah pengalaman.. So, interview lepas ni better prepare ye..


Sumber dari Google

Hmm.. Kira-kira seminggu selepas dari tarikh saya interview, kenalan saya yang juga merupakan candidate yang interview sekali dengan saya hantar whatsapp, untuk bertanya sama ada saya dapat tak untuk temu duga panggilan kedua. Then, dari situ la saya tahu yang saya tidak layak ke pusingan kedua. Hmm.. It's okay. At least saya dah ada pengalaman interview walaupun panggilan kedua untuk jawatan ini tak berjaya. Mungkin bukan rezeki saya di situ. Allah dah tentukan tempat yang terbaik buat saya. Cuma saya je tak tahu dekat mana tempat kerja yang terbaik buat saya.


No matter what happens, kita kena terus berusaha. Tak gitu.. So, dekat sini, saya nak share sikit soalan yang ditanya ketika interview hari tu. Mana tahu kalau2 korang dapat panggilan ke temuduga sebagai pensyarah di UiTM. Antara soalan yang ditanya..
1. Kenapa pilih UiTM dan bukan universiti yg lain?
2. Sekiranya pelajar membuat bising or dalam kata lain tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran kita, apa yg kita patut lakukan?
3. Apa contribution yang kita boleh bagi dalam meningkatkan imej sesebuah universiti atau fakulti yang kita mohon?
4. Macam mana nak perkenalkan UiTM Jengka especially Fakulti Pengurusan dan Perniagaan kepada semua, dalam dan luar negara?

That's all from me. To those yang akan hadiri interview jawatan pensyarah, good luck and all the best! Caiyok2! ^_^ 

Saturday, June 8, 2019

Ujian PTD buat kali pertama

Alhamdulillah, saya terima email untuk menduduki peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Ramai orang mengenali jawatan ini sebagai PTD. Ni merupakan kali pertama saya menjawab soalan peperiksaan online bagi jawatan PTD ni. Tetiba rasa best je sebab terpilih.. Terpilih untuk jawab soalan jer pun.. Bukan dapat jawatan tu lagi.. Hee.. ^_^ 


Ketika jawab soalan bahagian pengetahuan am, memang saya tergelak seorang diri.. nasib baik la takde orang tengok.. klau tak memang diorang kata 'dah giler apa budak ni.. gelak sorang2'.. Soalan pengetahuan am ni.. mak aih!! susah naw soalan dia! Saya ada terfikir jugak macam mana la diorang boleh jawab soalan2 macam ni.. Memang tabik aa!! 


Sebelum nak jawab soalan ni kena stand-by dulu. Cari kertas dan kalkulator bagi soalan daya penyelesaian masalah.. Pensel sekali.. Sebab ada pengiraan yang ala2 KBAT sket tu ha.. Apa yang nak saya komen tentang soalan daya penyelesaian masalah ini adalah... Tak cukup masa nak jawab... Waaaa.. Redha je la.. Mungkin bukan rezeki untuk jawatan ni.. 

Soalan dia boleh tahan banyak juga la.. Soalan2 dia ni sebenarnya tak susah mana pown, cuma peruntukan masa yang diberikan sangat sedikit. Tak sempat kowt nak jawab.. Maybe diorang nak cari orang yang dapat berfikir secara pantas dalam menyelesaikan masalah gamaknya. Hehehe.. I'm sorry. I'm not that kind of person. Cari orang lain jer la.. Kita tak cukup lagi ilmu di dada.. 



Sementara menunggu untuk jawab soalan Bahasa Inggeris.. sempat lagi saya pi dapur bancuh air dan cari biskut sket.. Hmm.. Soalan dia, tak susah pown.. Basic English ja.. Grammar dan comprehension. Macam tu la.. Yang pasti takde la soalan writing tu.. Mau gigih kita nak menaip satu2 huruf.. Hehehe.. Tapi, okay juga kalau buat ujian menaip. At least boleh uji kepantasan candidate dalam menaip sesuatu petikan atau karangan. Tapi pastikan petikan tu tak boleh copy+paste ye.. Heee.. 

Isi dalam Peperiksaan Online PTD ni?? Contoh soalan dia?? Hehehe.. Mana sempat saya nak screenshot.. Nak jawab pun tak sempat.. So.. Surprise!! Nanti korang jawab soalan ini baru la korang tahu macam mana bentuk soalan dia.. Senang ke susah soalan dia.. Apa2 pun, untuk yang berjaya dapat tawaran untuk jawab solan PTD ni, tahniah sangat2!! Bukan semua orang layak dapat tawaran ni tau.. Kalau yang berjaya dapat jawatan PTD Gred M41 ni, anda memang superb!! Caya la!! 

Thursday, November 1, 2018

Throwback - Hooding Ceremony & Convocation 2018

Assalamu'alaikum my lovely bloggie.. Waa.. Lama betul sy tak menulis di sini.. Harap2 korang semua baik2 aja ya.. Okay, sebenarnya saya nak share sket tentang Hooding Ceremony dan Convocation yang saya telah hadiri pada akhir tahun lepas..

Kisahnya bermula apabila saya menerima RSVP dari Unimap yang menjemput saya menghadiri majlis Hooding Ceremony di Putra Palace pada 25 October 2018. 



Ketika saya hadiri majlis tu, memang ramai juga la yg attend.. Hooding ceremony ni apa sebenarnya? Hooding ceremony ni boleh kata macam sebuah majlis di mana, supervisor akan memakaikan hood dan topi bonnet kepada pelajar PhDnya sebagai tanda pengiktirafan yang special bahawa mereka telah berjaya menamatkan PhD mereka. 

Dalam erti kata lain, macam satu hadiah buat student yang telah berjaya survive selepas menempuh segala macam onak duri, ribut taufan dan puting beliung ketika menjalankan kajian PhD mereka.. Saya pergi majlis tu pun sebenarnya sebab sy nak experience macam mana hooding ceremony nie.. sbb macam best jer dengar org kata.. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Best ker???

Of course la,... biasa2 je.. Takde la best pun.. Hehehehe.. Just kidding.. Sebenarnya, majlis tu best sangat2 sebab.... ada makanan dan minuman.. hehehe.. itu yg paling penting buat sy.. And then, dekat majlis tu, of course ada persembahan.. tapi, okay la persembahan dia tu.. walaupun takde la havoc sgt mcm concert BTS tu.. hehe.. Meriah juga la majlis dia ni..



Selepas persembahan, MC start panggil nama one by one.. Time nama saya dipanggil, nervous giler.. takut gak kalau2 terpijak kain time naik tangga or tersadung wayar2.. waa.. menakutkan.. hee.. Sy dengar org kat situ cakap yg main supervisor sy tak dapat datang.. Nasib baik la co-supervisor sy ada.. kalau tak, mmg sy regret la pi majlis tu klau kedua2 supervisor sy xde.. 

Selepas diorang pakaikan hood, diorang akan pakaikan bonnet kita.. dalam masa yg sama, pelajar kena kemaskan hood dgn mencantumkan tali hood pada button gown.. Naah.. Time nie jugak la button dan tali gown sy buat hal.. Diorg tak sehati sejiwa plak.. Tetiba, boleh plak diorg buat tak nak bercantum.. Adeh.. Dah la aq tengah neves nie.. diorg wat msalah lak.. bertambah lg la nevesnya.. T_T 

Selepas sesi pengiktirafan tu, sempat la sy snap 1 @ 2 gambar sy.. buat kenangan orang kata.. bukan selalu kan kita boleh pi hooding ceremony ni.. kna buat PhD semula baru boleh pi.. hehehe.. sanggupkah anda?? hehe.. tak sanggup den.. klau buat PhD tanpa presentation, kemungkinan sy boleh buat PhD lagi sekali.. Tapi, klau kna buat presentation or viva, memang tak la jawabnya.. buat masa ni, mmg tak la.. mana la tau.. beberapa tahun lagi saya tergerak hati nak buat PhD lagi..

Ni gambar sy bersama geng2 PhD dari UniMAP yang grad sekali dgn saya, 2018.. Ada yang dari school yg sama dengan sy iaitu, School of Business Innovation and Technopreneurship (PPIPT) dan yang lainya semua dari school yang berbeza.. budak engineering ada, budak chemical ada.. budak mechanical ada, budak mekatronik ada.. dan lain2 budak yg sewaktu dengannya.. hehehe.. budak lagi ke diorg ni??? bapak2 dan mak2 budak ader le.. ^o^ 



Then, selepas selesai je majlis tu, sy trus buka gown dan trus bergegas balik.. malas nk selfie merata2 sbb byk lagi keja kat rumah nk kna buat... lagipun lepas habis majlis ni, sy plan nak pi beli brg dapur.. nasib baik la mama nak temankan sy shopping beli brg dapur.. ada juga peneman.. takde la rasa macam ibu tunggal membeli brg.. hehehe..  ^_^  

Berbalik semula kepada kisah saya, selepas Hooding Ceremony, sy kna hadiri konvokesyen UniMAP ke-13 di UniMAP Pauh Putra.. Dah la sidang pagi.. Dari Kangar ke Pauh? Jauh tu.. Kira-kira dalam pukul 7 lebih sy dah start drive dari rumah.. Sampai sana, tengok2 parking dah takde.. Punya banyak kete kat sana.. Jammed trus jalan nak masuk UniMAP.. Sy pun konfius jap.. Diorang ni mai lepas subuh ka? ke diorang berkampung semalaman kat sni? Cepat betul parking dia penuh.. Huhuhu.. Jauh jugak la sy nak park sebelum berjalan ke dewan.. 

Sampai je dekat dewan, semua orang dah siap beratur di luar dewan.. dengan siap pakai gown, hood dan mortarboard/ bonnet.. Waaa.. Gown, hood dan bonnet sy pun masih terletak elok dlm beg kertas.. duduk sopan2 je diorang dalam beg tu.. waa.. apa lagi, sy pun  terus daftar nama dan terus mencari barisan sy.. dlm barisan baru la sy start pakai gown, hood dan topi penyet tu.. nasib baik la, ada phone.. boleh buat pengganti cermin..

Sebenarnya, pagi hari konvo tu saya bawa Mama dan adik saya.. peneman mama dalam dewan.. Sedih jugak la sebab papa tak dapat pergi sekali.. hhuuwaaaa...T_T  

Sidang pertama!! Pergh! Segala macam ucapan dan anugerah kehormat sebelum tiba giliran kitorg budak2 doctorate nie.. waduh.. lama benar nk tunggu.. nasib baik tak tertidur je lagi.. time dalam dewan tu, beberapa kerusi sebelah kanan dan sebelah kiri sy kosong.. maybe diorg tak dapat hadir rasanya.. sebab kebanyakan student doctorate ni dari luar negara.. habis je study, trus diorang balik ke negara diorang.. mungkin trus sambung kerja diorang la tu..



Lepas selesai majlis, saya terus hantar balik jubah konvo ke bilik yang ditetapkan.. sebab kalau balik kangar pastu nak pergi pulak ke pauh untuk hantar jubah, macam jauh je.. habis minyak kete plak.. tu yg terus hantar..

Habis ke urusan jubah, sy setelkan urusan gambar konvo, gambar hooding ceremony dan dapatkan sijil pengiktirafan PhD dari UniMAP menandakan saya dh tamat belajar di UniMAP.. Sebelum balik, sy dapat plak satu kad alumni UniMAP.. Bekas pelajar UniMAP..

That's the end of my convocation day.. Drive balik ke Kangar semula dengan penuh keletihan.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...