Saturday, October 24, 2009

minggu dpn final exam..

ya Allah, kuatkan semangatku untuk menghadapi final exam yg bakal berlangsung pada minggu hadapan... exam tersebut menentukan sama ada sy berjaya ke tak... tp sy berharap sgt dpt 4 flat... klau x dpt 4 flat, dekan pun jadilah... subjek pertama yg sy kna amik ialah bel311... disamping final exam, sy juga terlibat dengan test Muet... i hope i can do well... i will try my best to be the best... pray for me...

hari yang malang buatku.. 'hackers yg jahat'

hari nie, sy terpaksa menukar semua emel sy dn password sy... sbb ade makhluk yg telah berjaya meng'hack' emel sy... pasai pa la diorg buat lagu tu, dh tak de keje kot... sy harap sesangat dpt guna balik emel sy yg lama... sy terpaksa buat emel baru... dekat facebook pun kna sign up... huhu... semua game dlm tu kna start balik dr level 1... abis da...

kpd semua kwn2 sy yg menerima emel dr 'shisuta_syahida90@yahoo.com', diharap mengabaikan emel tersebut kerana bukan sy yg menghantarnya, ttp org laen yg tak berperikemanusiaan tu yg menghantarnya...

sy harap emel yg baru ni, x der la org hack lg... huhu... semua nie mesti dugaan kehidupan...

Thursday, October 15, 2009

kenapalah sy diuji dgn dugaan yg macam nie... astaghfirullah...

kenapalah ramai org tak pernah nk paham ape sebenarnya tersirat dlm hati sy??? knape ramai yg menyalahkan sy apabila berlaku sesuatu masalah??? kenapa sy buat semuanya salah dn apa yg mereka buat semuanya betul??? kenapa??? sy jadi serba salah.. buat tu x kna, buat nie pun tak kna... sy tolong buat group assignment pun dia marah... dia selalu mengatakn yg sy x beri dia buat keje... sedangkn sy bg, tp dia yg melengahkn... klau sy tanya korang pun, korang nk ke assignment korang tak siap, tak lengkap dn x menepati kehendak lecturer??? korang nak?? korang pun tak nk kan..

sy pun macam korang jugak.. sy nak semua keje tu siap dn dihantar on time... selepas apa yg berlaku, kami bermasam muka sepetang itu, tp keesokn harinya kita bertegur seperti tak berlaku apa2 pun.. apabila sy nk bincang pasal assignment baru, dia akn ungkit yg sy ni x bg dia buat keje... dia anggap sy ni teruk sgt sbb tak bg dia buat... dia akn sruh sy rehat jer, bg dia jer buat semua... ok.. fine.. sy suruh dia buat keje yg pertama iaitu tulis soklan questionnaire... seminggu sy tunggu, dia tak buat apa2 pun lg... after that sy tanya dia, dah buat ke belum, dia kata kejap lagi dia buat la... sy tunggu lg.. bagai menunggu buah yg takkan gugur... tp spt yg sy jangkakn dia mmg tak buat apa2 pun lg... time tu, mmg sy marah sgt, tp terpaksa pendamkn dn menghadiahkn kepadanya senyuman model2 dn artis2 (iaitu senyuman palsu dn plastik) ... sy sebenarnya x percaya yg dia boleh siapkan sbb sy dh byk kali sy dh terkena... sedangkn dh lama sy sruh dia buat, tp dia tak buat pun... dia kata esok dh nk antar, hari ni baru dia akn buat... habis kalau kna buat questionnaire dn analysis data tak kan boleh buat dlm masa sehari jer.. dia suka sgt buat keje last minit.. apa, dia ingat buat keje last minit tu ok la... perfect sgt la klau keje buat last minit... argh... bengangnya kat dia... tp sy tak boleh nk tunjukkn kebengangan sy terhadap dia... sy terpaksa jd hipokrit semata2 untuk menjaga hati semua... sy tau klau umat Islam tak bertegur sapa dlm masa tiga hari dia akn berdosa, so sy bercakap benda yg perlu jer... sejak dr hari tu, sy jarang sgt bergurau senda dgnnya... hanya bercakap bila perlu dn sy bykkn dgn mendiamkn diri dn mengulangkaji pelajaran jer...

sy rasa sebab tu la sy x ramai kwn... mungkin diorg tak sama dengan perangai sy... diorg lebih mementingkn kawan drp pelajaran... kalau diberi pilihan sama ada temankn kawan dia pegi makan atau temankn kawan dia studi... semestinya ramai org yg memilih utk meneman rakannya yg hendak makan... tak payah nk nafikn lagi... sy sebenarnya dh lama perati gelagat dn perangai kwn2 sy dn perangai manusia sekeliling sejak dibangku sekolah lagi... tak pernah lg sy jumpa kwn yg benar2 memahami hati kita... selalunya sy jumpa orang yg nk kita jaga hati dia jer, tp hati kita dia buat tak peduli... dia ingat kita nie patung boneka yg tak mempunyai hati dn perasaan ke???

apapun, perkara dh lepas, kita hanya perlua ambik pengajaran dn lebih berjaga2 dimasa akan datang... sy telah bertekad untuk membuat semua group assignment seorg diri... klau perlukan bantuan, sy akan meminta bantuan drp org yg benar2 mahu membantu... hanya Allah sahaja yg dapat menbalas jasa kwn sy yg suka membantu... ya Allah jauhilah aku dr sebarang gangguan manusia dn jin yg sering menjatuhkan aku ketika aku sedang berusaha mencari ilmu di muka bumi Mu ini... peliharalah aku dr sebarang unsur penganiayaan dn tipu helah manusia... amin~

Tuesday, October 6, 2009

Jenis Darah - Rahsia Personaliti Anda

Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.


DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda haruslah lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

p/s: sy dpt maklumat nie dlm sebuah laman web ttg perkembangan dunia semasa... just for fun.. bukan percaya 100% pun...

akhirnya berjaya juga... lalala ~

ohaiyo'... ogenki desuka?

setelah hampir sebulan sy tak dpt bukak blog... huhu... sedih rsanya sbb x bleh nk tulis dlm blog nie... sorry yer blog... bukan salah sy melupakanmu blog, klau ikut sy rindu sgt kat blog... muah..muah.. ntah la ape masalah kat komputer sy pun x tau... akhirnya baru sekarang saya berjaya buka blog nie... blog ape khabar??? rindu kat sy tak? mesti rindukan.. hihi..

erm.. nk tulis ape lagi ek.. ohh.. ok.. sebenarnya sy baru balik dr podium sbb tadi ade test 2 eco... kira oklah soklan dia tu.. alhamdulillah, kebanyakannya saya boleh jawab.. harap2 dapatlah nk naikkan carrymark sy yg sedia skit tu... huhu... klau org tau, malu weh... napelah bleh dapat skit nie... tp, sy redha jer.. mungkin bukan rezki sy... mungkin rezki sy pd waktu lain.. bak kata papa sy, kita berusaha jer bersungguh-sungguh dn selebihnya kita bertawakal dn berserah kpd Allah s.w.t sama ada kita beroleh kejayaan ataupun tidak... kalau kejayaan tu bukan rezeki kita, kita takkan dapat walaupun kita berusaha dgn bersungguh-sungguh...

emm... esok byk nk kna bwat... huhu... kna planning elok2 nie.. antaranya:
1. buat assigmnent speaking b. arab
2. buat assignment eco (past year)
3. type balik term paper bel dan prepare utk speaking test
4. buat assignment biscom ( job application dan resume)
5. buat assignment statistic (soklan dlm buku)
6. buat report statistic ( kna buat segala graph dan pengiraan)
7. buat soklan past year bel (nnt nk bincang dlm class)
8. buat video tuk b. arab
9. prepare for MUET minggu dpn (speaking)
10. buat semua assignment yg tersenarai diatas....

huhu... cukupla dulu... bila sy senaraikn keje sy nie, baru terasa keje sy byk sgt yg nk kna bwat... huhu... sape nk tolong bleh gak... tolong tengok jer... hahaha... erm.. oklah... sy pun dh nk gi tido dh nie... ngantuk sgt... huargh.. (>_<) lgpun esok byk keje nk bwat... walaupun byk keje, kita kna happy baru hidup kita ceria... ceria lalalala ~ lalalala ~

oyasumi'...
ja na~

Friday, September 11, 2009

~ perlawanan hoki ais ~


Dalam perlawanan nie, kitorang menang.. huhu.. x sangka.. semangat kesukanan dan kesepakatan yg tinggi yg ade dlm kump kitorang telah membolehkn kitorg merangkul gelaran juara... terdapat 30 negara yg turut mengambil bahagian... pasukan malaysia yg x pernah ade salji kat negara dia pun bleh menang.. semua negara memandang tinggi kpd pasukan kitorang yg telah memenangi perlawanan tersebut dn kitorang telah mempersembahkan satu aksi ballet ketika akhir perlawanan tersebut.. walaupun agak letih, kitorg tetap menghiburkn penonton dn penyokong kitorang yg sanggup berada dlm kesejukan semata-mata tuk memberi sokongan dan semangat kpd pasukan kitorang... sebaik saja kitorg tiba di airport KLIA, perdana menteri Malaysia sendiri menyambut kepulangan kitorang semua.. huhu... terharu pun ade.. siap ade yg bg bunga lagi..

Kitorang pulang ke rumah dengan diiringi oleh 20 buah kereta mewah dan 30 buah motosikal yang berkuasa besar... terasa bangga sgt kerana dpt mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.. satu penghormatan yg diberikan oleh mereka tak kan dpt kitorang lupakan... dalam perjalanan pulang ke rumahku, fikiranku melayang-layang memikirkan apa yg akan dilakukan di rumah nanti... tiba-tiba bunyi dentuman yg kuat telah mengejutkan ku dr lamunanku... kepalaku berasa sangat sakit dn berdenyut-denyut... sy tengok pemandu kereta dh pengsan mungkin kerana terkejut kot.. anggapan sy salah seratus peratus kerana sy melihat byk darah mengalir keluar dr kepala pemandu tersebut.. sy berasa sgt takut dan menjerit sekuatnya untuk meminta tolong.. kemudian sy terdengar seseorg memanggil nama sy... eh? macam mana ade org laen tau nma sy nie... huh.. konpius..konpius..

"angah.. oh.. angah... bangun la.. ape tido petang2 macam nie.. kn x elok utk kesihatan... tengok, kn dh dpt mimpi buruk... siap jatuh katil lagi tu.. x benjol ker... hahaha..." aduh, patut la kepala dok berdenyut-denyut jer.. rupanya jatuh katil jer, igtkan accident btul2... huhu.. its only a dream... haha... dh kena tipu... mana ade sy pi perlawanan tu pun.. sajer jer reka citer.. kasi gempak skit.. nk menang perlawanan tu??? haha.. dlm mimpi jer bleh menang.. klau pasukan malaysia pi sana, bukan diorg nk lawan hoki ais pun, diorg nk gi tgk salji turun jer... nnt kalah, wat malu jer.. hahaha... juz kidding.. jgn marah2.. x baek.. sy x pernah2 dpt bunga, tetiba jer dpt bunga kat airport... klau dlm realiti pun ade gak org kasi bunga ka sy.. byk sangat.. tp yg x ori.. hanya cetak rompak semata-mata... haha.. diorg bukan kasi bunga yg betul tp diorg kasi gambar bunya jer.. haha.. ingat sy nie pengumpul gmbar bunga ker.. hah?? klau antar kat sykt komik, mesti diorg suke sbb nk masukkn gambar tu dlm komik diorg.. haha..

p/s: what will be, will be.. smile always and have a nice day... sentiasalah berusaha tuk ubah nasib kita yg sering ditindas oleh golongan yg lebih kuat... beware..
"Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib seseorang dikalangan kamu, melainkan kaum itu sendiri yg mengubah nasib mereka."

~ gambar menarik ~


Akhirnya, berjaya juga sy tau sikit2 cara tuk edit gambar... tp sy x brape satisfy sgt dgn gambar2 yg telah sy edit sbb ia x seperti yg sy inginkan.. laman web tuk edit gambar nie pun sy dpt dr kwn lama sy, asma' hanani... dia yg memperkenalkan kpd sy ttg laman web tu... tp laman web tu x byk sgt effect gambar dia.. huhu... sebenarnya sy tengah mencari laman web yg boleh meng'edit'kn gambar sy dgn menggabungkan dua gambar dn dijadikn satu gambar... sebagai contoh, sy nk gambar sy berlatar belakangkan pemandangan di kaki gunung, walaupun sy x menjejak kaki ke gunung tersebut.. huhu.. sampai sekarang sy x jumpa lg.. sy berazam akn cari bersungguh-sungguh slpas nie... klau nk berjaya kna berusaha kan.. bukannya mencari alasan... sesungguhnya kejayaan bersama dengan org yang berusaha.. eh??? ape yg sy melalut nie.. dh terkeluar tajuk nie.. nk cakap pasal 'edit' gambar, jd citer ttg motivasi plak.. haha...

dah la gambar yg diperoleh tu susah skali utk diperolehi, ia juga tetap x memberi kepuasan kpd sy.. mungkin org laen x sedar, tp tu la kelemahan sy.. seorg yg sangat cerewet dn suka semua benda yg perfect... macam tu gak klau time wat assignment secara berkumpulan... susah sy nk percayakn org laen.. sy lebih percayakan diri sendiri tuk buat assgnmt tu.. mungkin korunk x tau knape sy jadi macam nie... sbnarnya, sy dh pernah kecewa kerana seorg kwn segroup sy yg telah melakukan sesuatu yg telah menyebabkan sy hilang segala kepercayaan kpdnya dn seterusnya kpd org laen juga... sy tau mungkin ade sorang dua atau ramai yg x brape suke dgn sikap sy yg cerewet nie... itu x kena, ini x kna.. itu salah, ini salah.. isi kandungan x betul, bentuk format x betul... dn laen2.. huhu.. sape segroup dgn sy kna byk bersabar dgn kerenah sy yg tah ape2 nie.. bila teringatkan masa depan nnt, ape pekerjaan yg sesuai tuk sy ek... serba cerewet.. x pernah nk puas hati.. sape lah lelaki yg malang tu.. klau dia suka kt sy... huhu.. kna byk bersabar, bersabar dan terus bersabar...

Sunday, September 6, 2009

Test 1 QMT181...

pagi tadi kira-kira pukul 11 pagi telah diadakan test QMT... suasana kat dewan baru tadi macam suasana hari final exam... huhu.. menggerunkan.. nk bawak soklan masuk dlm dewan pun kna ade pengiring dia.. bila diorg panggil masuk rsa macam nak kna interview lak.. tangan pun dh terketar habis... cari punya cari tempat duduk, dpt dekat dgn bhgn depan.. huhu.. tu la masuk dewan lmbt sgt... sbnrnya bukan sbb lmbat datang tp sbb x nk berebut dgn org ramai.. kang x pasal2 batal air sembahyang... dh la pintu dia buka kecik jer.. x pe2 tempat duduk bukannye penting sgt.. yg penting sekali ialah kertas soklan tu.. sebaik saje diorg bg arahan tuk jawab soklan, sy trus belek kertas tu dr dpn sampai la ke belakang... saje tengok, kot2 soklan dia susah sesangat... tp.. alhamdulillah soklan tu sumer nye senang belaka... dgn lafaz bismillah dn sedikit doa, sy mula menjwb soklan qmt tu.. tgh2 kusyuk jwb soklan tiba2 lecturer tu kata:

'masa menjawab anda..... ade 15 minit lagi'. huh... sebaik jer dgr dia cakap macam tu, sy dengar ramai student kat situ melepaskn nafas lega.. termasuk saya sekali... hahaha.. ingatkan masa menjawab dh tamat.. buat gabra org jer.. apabila masa menjwb tamat, kitorg pun antar kertas soklan dn beredar balik ke asrama masing2... baru sy nak rasa lega skit sbb dh abis test, tiba2 teringat bahawa lusa adalah tarikh last tuk antar report 'biscom' -business communication... huhu.. x bleh nk heppi lg... kna wat report bg abis dlu... byk lagi nk kna siapkan.. satu report tentang MPP(majlis perwakilan pelajar) dn satu report lagi untuk ID CLUB (interior designer club).. huhu.. harap2 encik tu bleh bg msa lg kat kitorg tuk antar repot tu... ameen..

Saturday, September 5, 2009

dh setengah bulan kita berpuasa..

hari nie cukuplah 15 hari kita berpuase... x rasa letih sangat macam berpuasa sbb sibuk dengan assignment, test, quiz dan segal2nya... jd x sempat nk rasa letih tu... baju raya?? sy pakai baju raya yg thn lepas jer sbb x rosak lagi.. lagipun baju tu masih ok lagi... duit raya?? ehmm... rasanya x dpt dh kot sbb dh besar.. haha.. besar fikiran tau bukan besar fizikal... kad raya?? sape yg nk bagi.. skang nie sumer pakat2 guna sms jer... ape klass antar kad raya guna setem.. huhu.. tu la pandangan sesetengah mskt skang nie... diorg x tau sejarah di sebalik penghantaran kad raya secara manual tu ade byk faedahnya.. ah.. lupaknlah.. lain org, lain persepsi dia (bukan air pepsi atau air sarsi =p) kuih raya?? ermm.. ape yg sedap ek? rasanya x de yang sedap melainkan 'biskut london almond'... hehe.. x bleh miss biskut nie.. klau x, nnt ade la yg merajuk plak... huhu.. ttg plajarn plak, sbnrnya sbg seorg plajar uitm nie, mesti korunk x tertunggu2 nk raya, tp sebenarnya korunk tertunggu2 tuk abis sem nie kn... hehe.. lepas raya ade final exam, pastu baru bleh cuti.. huhu.. knape cepat sgt masa berlalu, byk lagi soklan past year sy x jwb lagi... tolong.. macam mna nie.. harap2 sy sempat menjwbnya.. esok pagi ade test QMT kat dewan baru, dari chapter 1 sampai chapter 5.. huhu... byk tuh.. doakn sy ek, supaya dpt jawab sume soklan dgn btul dn dpt keputusn yg cemerlang.. ameen... di samping itu, sy berharap sesangat bahawa x akan ader berlaku sesuatu yg buruk terhadapku dlm thn nie.. sy bermohon supaya Allah menjaga saya dn keluarga sy dn juga umat Islam semuanya drp virus H1N1 yg akan melanda buat kali kedua yg dijangkakn lebih teruk drp yg berlaku baru2 nie... sama2 lah kita mohon supaya dijauhkn drp bala ini...

Thursday, September 3, 2009

salam ukhwah dr saya..


smile always..


sampaikn surat cinta ini utk si dia...

Kek Coklat Lembab.. ^_^


Resipi Kek Coklat Lembab (amat mudah untuk disediakan)

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula (dikisar halus)
1 cawan minyak masak
2 cawan susu tepung (4 sudu besar untuk satu cawan)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur


Cara-cara:
1. Rebuskan air secukupnya untuk mengukus. Sementara menunggu air mendidih, anda bolehlah mula membancuh adunan tersebut.
2. Tepung gandum, serbuk koko, gula, soda bikarbonat dan serbuk penaik dicampur sekali dan dikacau.
3. Tuangkan minyak ke dalam adunan tersebut dan kacau rata.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata.
5. Tuangkan susu sedikit demi sedikit dan kacau. Pastikan anda kacau adunan tersebut satu arah sahaja, sama ada ikut arah jam atau lawan jam.
6. Apabila sebati, tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang atau acuan. Kukuskan adunan tersebut selama 45 minit atau lebih mengikut ketebalan adunan di dalam loyang tersebut.
7. Setelah siap, kek tersebut bolehlah dihidangkan. Anda juga boleh menyimpan kek yang sudah siap itu semalaman di dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak dan lazat.
~* Selamat mencuba… *~

Monday, August 31, 2009

place in my dream...

tempat nie la yg paling sy teringin sgt nak pergi... sy suka sangat salji.. klau bleh, sy teringin sgt malaysia pun ade salji.. sy seronok sgt time baring atas tanah dh melihat salji turun ke bwh.. rasa tenang jer... kadang2 apa yg kita impikan susah nk dapat... sy berharap sesangatlah sy dpt pergi melancong ke negara2 yg ade musim salji nie.. sy nk duduk kat sana selama mana yg sy suka... doa2 kan sy dpt pergi sy ek... impian masa depan sy.. huhu...

Sunday, August 30, 2009

summer breeze..



Indahnya ciptaan Illahi

Pemandangan di tepi laut. Kelihatan daun-daun pokok kelapa melambai-lambai ditiup angin.. Suasana yang tenang dan nyaman menghilangkan tekanan seseorang yang dilanda masalah. Pasirnya yang memutih dak berkilau-kilau bak mutiara yang dihancurkan. Langit yang membiru terjadi kerana pantulan warna lautan yang juga kebiruan. Melihatkan betapa uniknya dan hebatnya ciptaan Illahi menjadikan seseorang hamba merasakan diri mereka yang kerdil dan daif. Kehebatan ciptaan Illahi tidak dapat ditandingi oleh manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan.

Saturday, August 22, 2009

~* Nilai Tudung Wanita *~

Di sini menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


* dipetik daripada laman web Darul Nu'man

Thursday, August 13, 2009

~ bulan sya'ban ~


~* hana kimi *~


comelkan bdk nie... bdk nie adalah pelakon utama dlm cite Hana Kimi versi Jepun... korunk pernah tengok ke citer dia?? citer dia pun sy x tengok sampai abis.. sy tengok sekerat jer... entah la mungkin x brape sesuai tuk di tonton kot, tu la yg malas jer nk tengok.. tp actually jalan citer dia best... bdk nie nama dia chara mizuki... dia nie sebenarnya plajar perempuan tp dia menyamar jadi pelajar lelaki dan bersekolah di sekolah 'all boys'...

dia buat macam tu sbb dia nk balas jasa seorg plajar lelaki yg telah menyelamatkan nyawanya... dia nk bagi semangat dekat plajar lelaki tu supaya involve semula dlm arena sukan iaitu lompat tinggi... mula-mula plajar lelaki tu x tau yg bdk nie perempuan, tp last2 dia pn tau... tp yg bestnye dia x bg tau pn kawan2 dia pasal bdk perempuan nie... byk peristiwa kelakar yg berlaku dlm citer nie... sy tgk pn sampai sakit perut, sbb gelak byk sgt... haha.. klau korunk x caya, korunk tengok la... tp mungkin x brape sesuai tuk kanak-kanak...

chocolate world...


sy suka sgt tengok cerita nie... citer dia ttg seorg pengusaha kilang coklat yg bernama willy wonka... dia x percayakan pekerjanya selepas peristiwa pekerjanya mencuri resepi coklatnya dn menjualkannya kepada orang lain... kemudian dia menguruskan kilangnya dgn bantuan org kerdil... dia lebih percayakan orang kerdil daripada manusia biasa.. coolnya.. kemudian dia menjemput 5 kanak-kanak yg berjaya memperolehi 'golden ticket'... salah sorang drp 5 kanak-kanak tersebut akan mendapat hadiah yg paling best sekali selepas melalui pelbagai cabaran di dlm kilang tersebut...


sy paling suka sekali time charlie dpt ticket tu... dia lebih mementingkn keluarganya drp kepentingannya sendiri... akhirnya selepas diperli oleh datuknya, dia pun pergi ke kilang tersebut... dlm kilang tersebut telah berlaku banyak peristiwa yg mencuit hati.. haha... diantaranya ketika willy wonka mencari kunci utk membuka pintu besi yg menempatkan ratusan tupai terlatih... hehe.. willy nampak comel ketika sedang mencari kunci tersebut... nampak sangat dia nakal dan suka mengusik... haha...


kemudian selepas semuanya berakhir, pemenang utamanya telah memenangi hadiah yg lumayan... pemenangnya sudah tentu charlie sbb tajuk citer nie pn ade nama charlie kan... tp sayangnya, charlie menolak hadiah tersebut sbb dia x nak tinggalkan keluarga dia... dia memang seorg anak yang baik... emm...korunk nak tau hadiah dia ape??? hadiah dia ialah...


jeng..jeng..jeng... klau nak tau beli la dvd dia barulah korunk dpt tau ending dia... haha... jangan marah tau... tp klau nk diikutkan la, sinopsis yg kat atas tu, sy rasa dh nk ending dh ... tp klau korunk sumer nk tau ape yg berlaku sebenarnya, korunk kena la tengok sendiri baru korunk satisfied... hehe.. klau dia suruh rating dari 1 bintang sampai 5 bintang, sy nk bg citer ni 5 bintang... citer nie best sesangat... trust me.. lg pun citer nie sesuai tuk kanak-kanak dan remaja... citer nie x der unsur-unsur negatif yg slalu ade dlm citer2 lain...

Saturday, August 8, 2009

~ kisah seorang anak yang menderita ~


Saya pernah terdengar satu cerita tentang seorang anak yang insaf selepas melakukan sesuatu kesalahan... si anak nie meminta maaf daripada bapanya tetapi si bapa pula tidak memaafkan anaknya, malah mendera anaknya dengan kejam sekali... bila terbayangkan citer tu tiba-tiba terasa sedih .. knape lah sampai macam tu sekali balasan yang dia dapat.. rasa macam tak setimpal jer.. citernya bermula begini..

Seorang bapa telah berjimat mengumpul duit untuk membeli kereta baru... setelah cukup jumlah wang yang diperlukan, dia pun pergi membeli kereta baru.. kemudian dia pulang ke rumah dengan menaiki kereta baru tersebut.. sampai jer kat rumah, dia terus panggil isteri dia, anak dia dan pembantu rumah dia..

"Tengok nie, abah dah beli kereta baru nanti bolehlah kita pergi jalan-jalan makan angin guna kereta baru nie"

Kereta baru si bapa nie masih lagi berkilat kerana kereta nie baru jer keluar dari kilang pembuatan kereta... kemudian si bapa pun masuk ke rumah setelah memastikan keretanya telah berkunci.. mereka makan malam bersama-sama... sebelum tidur, si bapa nie pergi tengok kereta dia lagi sekali untuk memastikan keadaan kereta tu selamat.. selepas dia tengok semuanya elok, dia pun naik ke bilik tidurnya dan terus tidur kerana esok pagi dia perlu pergi kerja..

Keesokan harinya dia terlambat bangun untuk ke pejabat.. dia terus bergegas mandi dan terus berpakaian kemeja untuk ke pejabat... apabila dia berdiri di depan pintu rumahnya, dia tergamam dan terkejut melihat apa yang telah terjadi di hadapan matanya.. pemandangan yg boleh menguji kesabarannya dan menaikkan kemarahannya... rupa-rupanya kereta baru kesayangannya itu telah diconteng dan dilukis oleh anaknya... seluruh badan kereta tersebut telah dipenuhi dengan contengan anaknya... apalagi, dia pun terus menjerit memanggil nama anaknya...

"Amin!!!"
"Amin!!!"

Pada saat itu, Amin sedang duduk di dapur. Mendengar sahaja jeritan ayahnya memanggil namanya, dia mengagak ada sesuatu yg buruk akan terjadi padanya... dia terus pergi ke arah ayahnya..

" Kenapa abah panggil Amin?"
"Amin tak buat salah apa-apa pun"

Si anak tersebut melihat muka ayahnya merah padam kerana menahan kemarahan... dia tidak tahu apa yang telah berlaku yang menyebabkan bapanya marah... si bapa pun menjerkah anaknya yang berada dihadapannya itu..

"Amin, kau kan yang conteng kereta baru abah nie?"
"Kau tau tak berapa banyak duit abah habis untuk beli kereta nie?"
"Kau pulak senang-senang jer conteng kereta nie"

Amin memandang bapanya dengan penuh ketakutan dan menjawab soalan bapanya dengan terketar-ketar..

"Amin yang conteng kereta tu abah"
"Amin minta maaf kalau abah tak suka"
"Amin janji Amin tak kan buat lagi"

Si bapa terus mencari benda untuk memukul anaknya yang telah merosakkan kereta barunya itu... kemudian si bapa ternampak batang besi buruk di tepi garaj kereta.. dia terus mengambil batang buruk tersebut dan mula memukul anaknya tanpa belas kasihan...si isterinya cuba mententeramkan suaminya, malangnya segala yang diungkapkan oleh si isteri tersebut tidak diambil peduli langsung... hati ibu mana tak sedih melihat anak yang dikandungkannya 9 bln itu didera oleh si bapa... si pembantu rumah cuba menasihati si bapa supaya bersabar tetapi tetap juga tidak diendahkan si bapa tersebut... kemarahan si bapanya sampai ke tahap kemuncak apabila dia mengunakan batang besi itu menores tangan si anak tersebut... darah merah mengalir keluar dari toresan tersebut...si ibu menjerit menyuruh suaminya berhenti berbuat demikian, begitu juga dengan si pembantu rumah...si anak meraung-raung kesakitan kerana ditores dengan batang besi yang berkarat tersebut...

"Abah, tolonglah Amin bah... Amin sakit sangat"
"Abah, ampunkan Amin"
"Amin janji tak kan buat lagi"
"Ampunkan Amin bah"

Si anak nie menangis meraung-raung minta dilepaskan kerana kesakitan yang dialaminya tetapi si bapa tetap melakukan perbuatan yang kejam itu sehingga di berpuas hati mendera anaknya... setelah dia habis melepaskan segala geramnya ke atas anaknya itu, dia terus memandu pergi ke pejabat dengan kereta lamanya... si ibu nie, mengubat dan merawat luka si anak tersebut dengan penuh kasih sayang yang melimpah ruah... si anak nie masih belum berhenti menangis kerana kesakitan yang amat sangat...

Si bapa pergi ke kerja dengan 'mood' yang tak baik... dia men'silent'kan 'handphone'nya kerana tidak mahu diganggu buat sementara waktu..ketika makan tengah hari, si bapa tidak pulang ke rumah seperti selalu.. mungkin kerana kemarahannya terhadap si anak tersebut masih belum reda... manakala si anak yang berada di rumah pula tidak lalu untuk makan tengah hari... menjelang petang suhu badan si anak tersebut telah meningkat secara mendadak... si ibu nie, cuba menelefon suaminya tetapi tak dapat, hanya masuk 'voice mail' jer... si ibu nie meninggalkan pesanan kepada setiausaha suaminya sahaja... selepas itu, si ibu nie terus membawa anaknya ke hospital untuk mendapat rawatan segera.. si ibu tidak putus-putus berdoa supaya tempoh hayat anaknya masih panjang...

Berbalik kepada kisah si bapa pula... selepas dia habis mesyuarat di luar, dia terus pulang ke pejabat tanpa balik ke rumah... setibanya di pejabat dia dikejutkan dengan berita yang telah disampaikan oleh setiausahanya.. anaknya Amin masuk wad ICU... dia terus bergegas ke hospital dan mengharapkan sesuatu yang buruk tidak akan berlaku... setibanya dia di hospital, dia terus berjumpa dengan doktor yang merawat anaknya... doktor tersebut meminta si bapanya nie menandatangani satu borang kebenaran... doktor tersebut memberitahu kepadanya bahawa nyawa anaknya berada dalam keadaan berbahaya dan mungkin akan membawa kepada kematian sekiranya tidak memotong tangan anaknya itu... tangan si anak tersebut telah dijangkiti virus yang boleh merosakkan segala sistem saluran darah dalam badan sekaligus merosakkan sistem saraf di bahagian otak sekiranya tidak diambil tindakan yang segera... 'karat' yang terdapat pada batang besi tersebut telah masuk ke tangan si anak tersebut ketika tangan si anak tersebut ditoreh oleh si bapa... demi menyelamatkan nyawa anaknya itu, si bapa menandatangani borang tersebut...

Setelah sedar dari pengsan, si anak terpandang bapanya yang berdiri di sebelahnya... bapanya memandangnya dengan pandangan yang sayu... dia berkata kepada bapanya

"Abah, Amin minta ampun... Amin minta maaf"
"Sebenarnya Amin cuma nak tunjukkan kat abah lukisan yang Amin lukis tu, nanti abah pergi kerja bolehlah abah tunjukkan lukisan tu kat kawan-kawan abah"
"Amin ingat abah suka dengan lukisan tu... kalau abah tak suka, Amin janji Amin takkan buat lagi"
"Abah, pulangkan semula pensel warna Amin... nanti Amin nak lukis senang sikit.. Amin akan lukis dalam buku jer"

Si anak tersebut melihat bapanya tertunduk... dia melihat ada air mengalir turun dari kedua-dua belah mata bapanya...dia memandang ibunya yang juga sedang cuba menahan kesedihan tetapi terdengar juga tangisan tersebut... dia tidak tahu kenapa mereka sedih... kemudian si anak tersebut terpandang tangannya yang berbalut... dia memandang bapanya semula dan berkata dengan suara yang perlahan...

"Abah, pulangkan semula tangan Amin.. Amin janji Amin tak akan conteng kereta abah lagi"
"Kalau abah tak pulangkan tangan Amin, macam mana Amin nak melukis?"

Si bapa nie, terus terdiam tanpa menjawab sepatah pun... dia berasa amat kesal dengan apa yang berlaku... sekiranya masa boleh diundur semula, dia bertekad tidak akan melukakan tangan anaknya itu dengan besi tersebut dan dia tidak akan sekali-kali mendera dan merotan anaknya itu... benar kata pepatah "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"

Begitulah kisah yang saya dengari dari salh satu saluran radio... ketika saya dengar kisah nie, mata saya bergenang dengan air mata... huhu... sedihnya saya... tak dapat saya nak gambarkan betapa sedihnya saya memikirkan nasib yang menimpa si anak tersebut.. tak kan kerana perbuatan yang sekecil tu, si anak tersebut terpaksa menderita seumur hidup dengan kecacatan pada anggota badan yang dihadapinya... pada pendapat saya, si bapa tersebut harus menarik nafas dan tahan kemudian lepaskan perlahan-lahan supaya tahap kemarahannya dapat dikurangkan... kemudian si bapa haruslah bertanya kepada anaknya sebab munasabab anaknya berkelakuan demikian... dan menasihati anaknya supaya tidak mengulanginya... dengan menghantar keretanya untuk di cat semula adalah lebih baik daripada mendera anaknya sendiri... sekiranya si bapa tersebut mengambil langkah yang bijak, kemungkinan besar dia tidak akan menanggung rasa kesal yang menebal di dalam jiwanya di masa depan... moga cerita nie dapat dijadikan iktibar oleh orang-orang yang di luar sana...

Friday, July 31, 2009

time klas management

time nie sy dlm klas management, Pak Lah yg ajar kitorang... time kitorg baru jer part 1, tp skang dh part 3...huhu cepatnya masa berlalu... mula2 klau kita dgr 'Pak Lah' mesti teringat kat PM kita yg dlu, Pak Lah ... tp lec sy ni nk kitorg panggil dia Pak Lah.. so kna ikut jer la kn.. klau sy imbas balik time sy kat klas nie, rsa mcm nk balik semula ke zaman tu.. rsa happy jer sbb x byk bebanan dn tanggungjawab.. skang ni makin bertambah byk keje yg kna buat...huhu... kwn2 sy nie bleh dikategorikn sbg student yg rajin.. haha.. rajin ker??? its up to you..whether you think it possitively or negatively... sy bersyukur sgt kwn2 sy kat sni rajin2 belaka, so diorg dh naik kn semangat sy tuk belajar dgn lebih tekun ... tp yg hairannya knapa lah pelajar perempuan lebih bersemangat untuk belajar berbanding pelajar lelaki??? jumlah pelajar lelaki yg semangat nk belajar cuma sikit jer quantity dia... klau cari tempat duduk mesti kaum hawa berebut tempat depan manakala kaum adam berebut tempat belakang... klau keadaan nie berterusan macam mana jadinya negara kita masa depan... menurut ajaran Islam, kaum adam adalah pemimpin sesebuah tampuk pemerintahan, klau diorg x berubah sikap macam mana dengan negara yg dipimpinnya... renung2 kn... dn carilah jalan penyelesaian... kejayaan yg dikecapi oleh seseorang bermula dgn kegagalan yg telah dihadapi...

Thursday, July 30, 2009

menjwb pertanyaan dr korunk sumer



sy tau mesti korang tertanya2 nape la sy suka letak gambar bdk2 yg cute...nape la x nk letak gambar sendiri.. hehe.. semestinya sy nie low profile... sy nk nk sgt dikenali dn famous... x pasal2 ade plak kes x puas ati dn sebagainya.. so langkah pencegahannya sy x letak gambar sy.. lg pun ade website2 tertentu yg susah tuk sy upload gambar sy... klau dh susah nk upload, baek x payah upload kn? buat susah jer.. lg pn sy x nk org kwn dgn sy semata-mata paras rupa.. klau bleh sy nk kwn dgn sumer org.. nk paham isi ati diorg sumer.. sy suka sgt share citer dgn korunk sumer.. rsa macam hidup nie sentiasa ceria...
gambar bdk cute nie pn sy amik sbb sy suka watak dia yg jarang senyum.. nma pnuh bdk nie ialah Yamada Ryosuke...dia salah sorang ahli dlm HS7 (Hey Say 7) dia juga berlakon sbg Ryu Amakusa dlm Tantei Gakuen Q( cite penyiasatan) dia nampak cool skit berbanding yg lain.. lagi pn dia x interest sgt dgn perempuan... dia pernah kna interview... org tu tnya kat bdk nie(ryosuke), 'awk ade dpt coklat drp bdk perempuan time valentine day?' dia pn jwb, 'sy x dpt ape2 pn drp bdk perempuan sbb x de org yg suka kat sy, lg pn sy suka wat bising dlm klas'

bila sy tengok perangai dia, sy cam x caya jer dia nie suka wat bising dlm klass. sbb dia suka abiskn masa dia dgn baca buku jer.. trutamanya time dia dlm flight tuk buat show kat tmpat lain..
sy suka sgt watak bdk nie.. dia slalu berlakon dlm cite penyiasatan spt Tantei Gakuen Q, Scrap Teacher, Furuhata Chugakusei, dn byk lg...so kawaii..

Wednesday, July 29, 2009

baju baru =p


hari nie sy dh berjaya siapkn baju baru sy dgn bantuan mama... gambar jubah kat atas tu hanyalah gambar hiasan semata-mata.. tiada kaitan antara yg hidup mahupn yg telah mati.. hehe.. sy pn bukannya pandai jahit pn, cuma pandai menyusahkn org jer.. sy dh siapkn 2 pasang jubah.. yippe.. lepas nie bleh la pakai baju baru... bukan susah pn, senang jer.. btul..btul..btul...(tiru ipin)

minggu lepas merupakan kali kedua sy hampir pengsan..huh..seb baek sy sempat lari dn trus landing atas sofa, klau x mesti sy jatuh kat dapur dh... tetiba jer gelap jer pandangan... suara mama sy pn dgr sayup2 jer... kali pertama sy hampir pengsan time sy darjah 6.. time tu ade perhimpunan pagi... tetiba jer sy rasa cam suara cikgu yg tengah cakap tu sayup2 jer, pastu sy rasa mcm dunia tgh berpusing2 dn sy trus nk terjatuh...alhamdulillah sy sempat berpaut pd bahu kwn di dpn sy... kwn sy trus berpaling menghadap sy dn berkata "awk ok ke? muka awk nampak pucat jer". sy pn kata ok jer sbb x nk susahkn org... tiba-tiba pandangan sy gelap, sy x nampak ape2 pn... sy takut sgt.. igtkn sy dh mati...huhu... pastu sy rasa ade org papah sy pi bilik sakit dn baringkn sy kat atas katil.. sy x sedar apa2 pn.. time rehat tamat baru sy sedar dr tidur... sy pn trus gi klass dn belajar cam biasa... diorg pn tgk2 jugak kat sy, munkin diorg takut sy pengsan dlm klas plak kot... bila sy bg tau mama ttg maslah sy rupanya sy menghidap 'anemia' iaitu penyakit yg mana seseorg tu kekurangan darah... dh la sy x suka makan hati dn kerang.. huhu.. cam ne nk tambah darah... =p

anyway, skang nie sy ok skit... cuma penin2 jer.. hidup mesti ditruskn..

setiap yg bermula pasti berakhir, dn setiap yg hidup pasti akan MATI...itulah janji pencipta kita, Allah Yang Maha Kuasa..

Sunday, July 26, 2009

hari cuti hujung minggu...

spt yg korunk sumer tau, hari minggu adalh hari tuk kita sumer bergembira dan lepak2 ngan kwn kn??? tp sy spt biasa abiskn masa lapang sy kat rmh jer... haha... langkah pencegahan tuk H1N1... dok rmh baca buku jer..jd budak baek la kata kn... tp sbnrnya dok tido jer memanjang..hehe.. jaga kulit muka.. org kata klau tido yg secukupnya kita bleh awet muda... sy qada balik waktu tido sy yg sblm nie... tido2 jugak..makan tetap mkn... dh segar skit barulah start baca buku balik... beberapa minggu lg ade test, so sy kna bca apa2 yg patut... klau x, jatuhlah result sy... korunk nk tau satu citer x, diorg kata bdk UiTM Arau nie x der H1N1, tp sebenarnya dh ramai yg kna..cuma pihak UiTM jer yg x hebohkn..klau diorg hebohkn ke, sah2 diorng balik kampung malam tu jugak..hehe.. buat gempax skit.. dua tiga minggu yg lepas sy demam, tp alhamdulillah dgn izin Allah SWT, sy telah pulih sepenuhnya..takut jugak sy klau2 sy kna H1N1, huhu.. amalan baik sy x byk lg.. moga sempat tuk sy bertaubat...ade pihak2 tertentu mengatakan bahawa H1N1, adalah satu penyakit ganjil yg muncul di akhir zaman, hanya org yg jahil sahaja yg kna, dan org2 yg beriman hanya demam2 biasa jer.. nauzubillah minta dijauhkan drp penyakit H1N1 nie.. amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...