Friday, September 20, 2024

Perbincangan masa depan

Hai.. moshi2.. hari ni saya just nak share pasal perbincangan berkenaan majlis.. majlis merisik plus bertunang dan akad nikah nanti.. hmmm.. banyak betul step dan process dia.. waahhh.. yang mana boleh cut, kita cut terus cost dia.. benda boleh jimat, kita kasi jimat.. kalau boleh, kita buat yg afdal je.. tak payah la nk jemput ramai sangat orang.. kita jemput kawan2 yang rapat je.. buat majlis tertutup.. kita buat ala2 "intimate wedding" gitew.. hahaha.. kecil dan comel.. plus berkat dan tak membazir.. yang penting, jimat.. [^_^] 

Tapi, sempat juga la merasa ice-blended signature coffee dia dekat kedai EdisiOne ni.. Caramel Macchiato Frappe.. sedap yang amat.. drizzle dengan caramel syrup.. perghh! memang terbaik!! harga pun boleh tahan la.. hehehehe.. sekali sekala minum, xpe kut.. harap2 gatal2 dekat kulit tak flare semula la lepas nie.. lama dah kita berpantang minum dan makan yg manis2 ni.. 

 

Ambience dekat cafe ni sangat2 best.. tenang sangat.. interior design dia pun tak serabut mata.. pemilihan background sound pun terbaik.. serious sgt2 tenang.. Then, sambil2 bincang tu tambah pulak hot cappucino.. hmmm... sedap gak.. rasa pahit2 kehidupan gitew.. hahahaha.. tapi, sedap sgt.. tak perlu pun nak kena tambah gula atau creamer dah.. kita dah la kurang sangat minum yang manis2 ni.. time teringin sangat nak minum manis tu, baru order..  selagi boleh pantang, kita cuba pantang.. [^_^] 

Okay la, back to the topic.. time discuss tu ada la dia bagi sikit nasihat tentang kehidupan.. apa niat dan matlamat perkahwinan tu.. apa yg perlu buat untuk selamatkan perkahwinan tu.. tentang pasangan sekufu dari segi pemikiran, tolak ansur.. kejujuran.. huwaaaa... tetiba saya rasa sebak.. [T_T] hmm.. tak tau la kenapa.. tapi, sebelum ni, ada je orang bagi nasihat dekat saya.. saya okay je.. takde rasa apa2 pun.. tapi, kenapa time dia bagi nasihat tu, saya boleh rsa sebak.. tetiba rasa mcm nak nangis.. huhu.. pelik betul.. saya sakit ke?. hmmm.. 

Berbalik kepada majlis nanti, sebenarnya, saya nak buat sesimple yg boleh.. tak perlu nak grand2 sangat.. sebab lepas majlis tu, nak kena pakai byk duit demi kelangsungan hidup.. kita buat yang perlu2 je ea.. lagipun, saya ni "introvert" sikit.. kalau boleh, memang nak 10-20 orang je la yang datang.. lagi sikit, lagi bagus.. hehehehe..😅😅 tenang je rasa hati ni.. utk orang introvert mcm saya ni, kalau saya stay dekat tempat ramai orang ni, battery kita cepat drained.. so, kena cepat2 cari tempat yg tenang (i.e. takde ramai org) untuk charge semula.. itu sebab better majlis kecik2 je.. [n_n] 

Itu sahaja celoteh saya untuk hari ni.. lepas dah list tu, nampak macam byk sangat kerja nk kena buat.. memang kena cari pakar dalam bidang ni.. klau tak, memang ke laut jdinya.. semoga dipermudahkan segala urusan kita nanti.. aamiin.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...